Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sekali pinang gugur, Sekali upih tanggal; Sekali abang mundur, Mati pun tdak menyesal.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kerana kainnya tiada Iebar, Hendak diikat pastilah tanggal; Kerana pemimpin pendusta besar, Banyaklah umat mati terjual.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana keldai tidakkan gatal, Diberak semut pagi dan petang; Bagaimana gigi tidakkan tanggal, Awak pencarut bini peradang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hari panas pergi ke hutan, Terlanda semut duduk meracau; Laki pemalas bini penyegan, Tanggal berlumut periuk berlangau.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dari Teluk ke Pantai Lepas, Raja Mersing bertenun kain; Sudah dipeluk jangan dilepas, Biar tanggal bunga di kain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yanglah kecil biarlah kecil, Supaya dapat mengenal dirinya; Orang tua degil biarlah degil, Supaya cepat tanggal giginya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu tidur mata bengkak, Hendak berjalan kaki pegal; Mahu bercukur kepala botak, Hendak makan gigi tanggal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gelaklah beruk mencabut kunyit, Mahu digigit terasa mual; Hendak memeluk perutnya buncit, Mahu mencubit kukulah tanggal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1
Tesaurus
 
tanggal (kata kerja)
Bersinonim dengan terlepas, lucut, gugur, luruh, terkelupas, tercabut, londeh, copot, menggelup;,
Kata Terbitan : menanggalkan, tertanggal,