Kamus Sains.indb Abney level (alat aras Abney) Alat yang terdiri daripada binaan teropong segi empat tanpa kanta dan berukur- an kira-kira 125 mm panjang. Sebuah alat piring separuh bulat yang berseng- gat dipasang tetap pada teropong. Tiup gelembung pula dipasang tetap pada lengan vernier dipangsi pada piringan bersenggat. (HUT) abnormal (abnormal) Berkaitan dengan sifat atau keadaan yang luar biasa atau ganjil. Contohnya apa- bila jasad mengalami sesaran. (FIZ) active star (bintang aktif) Topologi rangkaian perhubungan data yang mempunyai tatasambung yang terdiri daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bin- tang, dengan nod pusat bertugas sebagai penyambung rangkaian dan sebagai pemproses mesej dalam rangkaian. Kegagalan nod pusat akan menggagalkan keseluruhan sistem. (KOM) active transport (pengangkutan aktif) Pergerakan masuk ion atau bahan
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tang gat |
|
|