Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saya takut kerbau di ladang, Yang muda garang sekali; Saya takut jalan seorang, Badan muda langsung sekali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kami tak takut kerbau datang, Suka melurut padi manila; Kami tak takut kekasih orang, Jika diturut hati nan suka.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Timba-timba dicebok jangan, Takut dapat puyu saja; Gila-gila mabuk jangan, Takut dapat malu sahaja.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jangan tebang pinang tinggi, Takut kena junjung sirih; Jangan kacau tunang kami, Takut terkena hujung keris.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cuba-cuba menanam sirih, Takut nak ada tumbuh sulurnya; Cuba-cuba merebut kasih, Takut nak ada unjuk hulurnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Banyak nyamuk Kuala Gaung, Nyamuk tidak takut api; Banyak dosa saya tanggung, Sedikit tidak takut mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Esah orang Patani, Takut tengok telaga dalam; Tak usah hidup begini, Tidur siang berjaga malam.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sapu tangan bersangkut mata, Takut besi dimakan api; Bunga di tangan apa disuka, Luka di hati dibawa mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baiklah baik berjalan-jalan, Kalau takut bawalah teman; Alangkah merpati berpasang-pasangan, Mengapa orang tidak berkawan.
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,

Puisi
 

Saya takut kerbau di ladang,
     Yang muda garang sekali;
Saya takut jalan seorang,
     Badan muda langsung sekali.



Lihat selanjutnya...