Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air.

Takrif

Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takut titik lalu tumpah.

Takrif

Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takut akan lumpur, lari ke duri.

Takrif

Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Dari lecah, lari ke duri).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takut akan hantu, lari ke pandam.

Takrif

Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan mayat terpeluk bangkai, b. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai, c. Takut titik lalu tumpah). pandam = pekuburan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takut di hantu, terpeluk ke bangkai.

Takrif

Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut titik lalu tumpah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang.

Takrif

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takut pada ular, terkejut pada bengkarung.

Takrif

Kerana takut kepada orang yang berkuasa, lalu takut pula kepada keluarganya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.

Takrif

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Takrif

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takut akan bayang-bayang.

Takrif

Takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Takutkan bayang-bayangnya sendiri).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,

Puisi
 

Saya takut kerbau di ladang,
     Yang muda garang sekali;
Saya takut jalan seorang,
     Badan muda langsung sekali.



Lihat selanjutnya...