Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Semua ayat-ayat di bawah adalah betul, iaitu: 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
Saya masih kurang jelas dengan erti perkataan 'rekayasa' dan tidak yakin untuk menggunakannya takut-takut berlaku "malapropism". Harap pihak tuan dapat memberikan beberapa contoh ayat yang menggunakan perkataan rekayasa. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu. Contoh ayat: DBP harus lebih serius merekayasa bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta. | Makna | 16.06.2009 |
Salam. Ingin bertanya ttg istilah kata-kata berikut. Apakah yang boleh kita golongkan kata-kata tersebut? - kalau takut, jangan berani-berani, kalau berani , jangan takut-takut. - terima kasih. | Kata-kata tersebut hanya ungkapan biasa tetapi tidak ditulis dengan sempurna/ tidak lengkap. | Tatabahasa | 25.01.2013 |
Selamat pagi... Minta ajar... 1. Apakah perbezaan antara takut akan dan takut pada? 2. Ling Ling takut akan singa / takut pada singa? Terima kasih ^.^ | Untuk makluman, kedua-dua perkataan tersebut iaitu pada dan akan merupakan kata sendi nama. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Manakala, kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada manusia. Sehubungan dengan itu, perkataan yang tepat bagi tersebut ialah Ling Ling takut akan singa. | Tatabahasa | 19.06.2016 |
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza?? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; | Istilah | 01.11.2009 |
Mereka takut akan mati. Mereka takut akan kematian. yang mana satu betul? | Ayat yang betul ialah 'Mereka takut akan kematian'. | Tatabahasa | 09.02.2011 |
Tentukan sama ada ayat ini gramatis atau bukan. Demi memperkasa perhubungan kukuh antara negara-negara asing, pemimpin mesti mengisbatkan saban tahun pasti ada lawatan ke negara lain,sayang seribu kali sayang juga ada yang tidak berpuas hati terhadap lawatan kami turut berkata lawatan ini seerti menggadai kedaulatan negara,sepandainya kami mengkritik nama baik kerajaan.Mana yang mengancam nama baik kerajaan itu adalah orang-orang dari tanah air sendiri yang terlalu bersikap materialistik. pandai-pandai menyebarkan maklumat palsu kerana tidak bertanggungjawab hanya termakan rasuah daripada tangan-tangan yang menyapu wang banyak dinamakan kaya,bijaksana dari sudut persepsi mujtamak.Inilah dia rakyat dikenakan tipu acheh gurindam barus daripada orang-orang yang telah sanggup dikorbankan oleh mereka.Usah beri kebebasan lagi kepada jurang yang suka mengabui mata ia beri kerugian banyak kepadanya.Sebagai intiha bicara,saya ingatkan pihak lawannya jangan memperalatkan rakyat dalam perlawannya kerana kata orang prigel dan fatan berhati-hati dalam meludah ke langit,takut-takut nanti ia jatuh setepek ke muka sendiri.ingat agar tidak berpesta-pesta bermain api permusuhannya. | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan gunakan bahasa kebangsaan yang betul untuk menanyakan soalan. | Lain-lain | 26.05.2018 |
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih | Saudara, Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggalkan tempat itu; memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin). Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan. Makna beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; | | | | Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b). | Lain-lain | 15.10.2010 |
Manakah frasa yang betul 'takut akan perubahan' atau 'takut pada perubahan'? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 07.11.2014 |
adakah ayat ini betul? Masing-masing tertunduk takut | Mereka tertunduk takut. | Lain-lain | 29.07.2017 |
|
Tesaurus |
---|
| takut (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat, Berantonim dengan berani
2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati, Berantonim dengan senang hati
3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder, Berantonim dengan berani
| Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut, |
|
Puisi |
---|
|
Saya takut kerbau di ladang, Yang muda garang sekali; Saya takut jalan seorang, Badan muda langsung sekali.
Lihat selanjutnya... |
|