Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kenapa penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu masih di takuk lama. Pelbagai kesalahan penggunaan bahasa berlaku di mana-mana. Hal ini bukan melibatkan badan swasta sahaja, malah jabatan kerajaan juga. Sila turun padang dan cuba lihat penggunaan papan-papan tanda oleh JKR misalnya..... Sebenarnya hal ini demikian boleh mengganggu pembelajaran pelajar di sekolah-sekolah. | Untuk makluman tuan, DBP meneruskan kerja pemantauan penggunaan bahasa Melayu di tempat awam dan membuat teguran kepada pihak yang jelas mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan. DBP juga menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa sebagai saluran untuk pengguna menanyakan hal-hal kebahasaan tetapi mungkin khidmat ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya. | Lain-lain | 06.06.2009 |
Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ya, mohon pihak tuan membantu saya membetulkannya. 1)Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2)Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4)Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5) Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Adakah perkataan menyungai dalam ayat di bawah sesuai digunakan? 1) Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. Apakah jawapan yang paling tepat bagi tempat kosong di bawah kerana jawapan yang diberikan hampir sama. 1) Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. A) hiruk-pikuk B) riuh-rendahr C) hingar-bingar D) gegak-gempita | 1. Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2. Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3. Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4. Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5. Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Ayat-ayat di atas betul. 6. Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. 7. Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. Hingar bingar sama maksudnya dengan hiruk-pikuk, riuh-rendah dan gegak-gempita. | Tatabahasa | 14.04.2015 |
Salam, Saya ingin mengetahui asal usul perkataan Tetangga. Kata asas ialah tangga. adakah maksudnya satu tangga. Mungkin rumah kampung mengunakan satu tangga untuk jiran bersebelahan. Tolong jelaskan bagi saya. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tetangga bermaksud orang yang tinggal di sebelah-menyebelah rumah kita atau yangg tinggal berdekatan dgn kita; jiran. Tangga pula bermaksud: 1.Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dan lain-lain 2. Alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain), injak-injak; 3. bahagian daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, peringkat, skala, tingkatan (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Lain-lain | 14.05.2018 |
|
Tesaurus |
---|
| takuk (kata nama) | 1. Bersinonim dengan takik: toreh, tukik, rakuk, sufal, cangap, tokek, tubang, ketak, gerat,
2. Bersinonim dengan had: takat, peringkat, batas, sempadan,
| Kata Terbitan : bertakuk, menakuk, |
|
|