Pantun |
Sumber |
Tema |
Tanam mari tengah hari, Mana didapati ada tak kena; Saya menyusun sepuluh jari, Jangan diumpat mana tak kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kaki tak kena lumpur, Bila berjalan tidak berkasut; Bagaimana hati tindakkan kotor, Bila perjanjian tidak diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Baik-baik memasang taji, Salah ikat tak kena lawan; Baik-baik abang berjanji, Bila khianat merosak badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ada satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak Keling anak Cina, Ketiga dengan anak Melayu; Jangan belayar angin tak kena, Takut karam tenggelam lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Membeli songket di kampung Cina, Kadung berisi buah berangan; Tahan racik burung tak kena, Burung biasa makan di tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ada satu Mamak Pelikat, Lima tahun balik negeri; Bubu kuhimpit lagi kuikat, Kalau tak kena kupasang lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kututuh mari sebatang pisang, Habis menimba selara padi; Kutembak dengan peluru petunang, Naga tak kena ular tak mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| kena (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,
2. Dalam konteks sasaran bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,
3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang
4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,
5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,
6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,
7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,
| Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena, |
|
Puisi |
---|
|
Tahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena.
Lihat selanjutnya... |
|