Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sapu bukan sebarang sapu Sapu ijuk gunanya banyak; Tahu bukan sebarang tahu, Tahu duduk sempurna tegak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sapu bukan sebarang sapu, Sapu lidi banyak gunanya; Tahu bukan sebarang tahu, Tahu diri nampak tuahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Cari beca cari Ah Lo, Batu dikorek pakai gerudi; Beli kereta beli banglo, Tahu-tahu kontrak tak jadi.Pantun Melayu SarawakKiasan
Sapu lidi penyapu laman, Sapu diikat dengan tali; Tahu diri tahu pedoman, Tahu mengingat jalan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak ikan dimakan ikan, Ikan siar dalam tuar; Tahu makan tahu simpan, Rahsia kita jangan keluar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang dayung sampan, Angin turun baik layarkan; Tahu makan tahu simpan, Rahsia jangan tuan khabarkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Arulah aru ketumbar aru, Aru kering beri berair; Kalaulah tahu bersama tahu, Barang ditahu jangan dilahir.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Laju-laju perahu laju, Singgah semalam laut China; Tahu tuan saya pun tahu, Saya miskin jangan dihina.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kami tak tahu padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Kami tak tahu orang tak sudi, Balas juga dengan tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Puisi
 

Air pasang dayung sampan,
     Angin turun baik layarkan;
Tahu makan tahu simpan,
     Rahsia jangan tuan khabarkan.



Lihat selanjutnya...