Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
chiral structureStruktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilit bulatan tiub. Struktur ini mempamerkan putaran atau pilin di sepanjang nanotiub. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah zig-zag dan kerusi berlengan.
armchair structureStruktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilitan tiub. Struktur ini mempunyai satu garis heksagon selari dengan nanotiub dan mempunyai simetri yang tinggi. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah zig-zag dan kiral.
zig-zag structureKeadaan struktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilitan tiub. Struktur ini mempunyai satu garis ikatan karbon ke bawah pusat nanotiub dan simetri yang tinggi. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah kerusi berlengan dan kiral.
long range orderSusunan teratur atom dalam pepejal berstruktur hablur yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom yang sama adalah lebih besar. Susunan atom ini berulang pada julat yang berpanjangan. Contohnya, tertib julat panjang terdapat dalam bahan berhablur seperti silikon dan intan. Banding tertib julat pendek.
photonic crystalHablur yang terdiri daripada susunan bahan secara berkala yang direka bentuk supaya memberikan kesan kepada pergerakan foton (gelombang elektromagnet) sama seperti pergerakan elektron dalam hablur semikonduktor. Susunan tersebut terdiri daripada lapisan filem tipis berpemalar dielektrik tinggi berselang dengan lapisan filem tipis berpemalar dielektrik rendah. Pergerakan foton dalam hablur ini sama dengan pergerakan elektron dalam jalur tenaga semikonduktor. Hablur fotonik terdapat secara tabii atau buatan. Contoh hablur fotonik semula jadi ialah batu permata opal. Hablur fotonik dihasilkan melalui teknik litografi atau teknik lain sama seperti penyediaan litar bersepadu bahan semikonduktor. Hablur fotonik digunakan dalam sistem komunikasi.
monolayerLapisan yang terdiri daripada susunan molekul yang ketebalannya bersamaan dengan saiz molekul tersebut. Monolapisan dapat terjadi apabila molekul amfifilik terapung atas permukaan air dan lapisan ini dapat dimendapkan di atas permukaan substrat pepejal menggunakan teknik Langmuir-Blodgett. Monolapisan juga boleh terdiri daripada susunan atom yang padat dan dihasilkan di atas substrat pepejal melalui pemendapan epitaksi alur molekul.
nanocrystalSusunan atom atau ion dalam pepejal yang berstruktur nano dengan saiz 1 nm - 100 nm. Jika saiz hablur ini menyamai atau kurang daripada saiz jejari eksiton, hablur tersebut akan memberikan kesan kuantum, seperti tenaga yang dipancarkan menjadi diskret. Nanohablur yang diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti kadmium selenida (CdSe) dikenali sebagai bintik kuantum. Contoh nanohablur yang lain ialah emas, grafit dan nikel.
buckyballSusunan atom karbon dalam molekul yang berbentuk sfera kosong, C60. Nama asalnya dikhaskan untuk molekul bukminsterfulerena. Struktur bola bucky juga terdapat dalam molekul lain seperti N20 dan B80.
bucky paperSusunan nanotiub karbon yang dilekatkan pada plat loyang supaya terbentuk lapisan rata. Kertas ini dibuat bertujuan untuk menentukan tegasan nanotiub dengan cara mengukur perubahan voltan pada kertas tersebut apabila plat loyang diregangkan.
short range orderSusunan teratur atom dalam cecair atau pepejal tidak tertib yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom lain adalah lebih besar berbanding dengan atom yang berada dalam keadaan rawak penuh. Contohnya, tertib julat pendek terdapat dalam bahan semikonduktor amorfus dan karbon amorfus. Banding tertib julat panjang.
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,