Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Toleng nyatakan sama ada ayat-ayat berikut ini ayat susunan biasa atau susunan songsang. 1. Ada beberapa kekeliruan yang timbul. 2.Bahawa dia lapar telah dinyatakan oleh adik.Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Dalam ayat pertama misalnya ayat tersebut tidak lengkap (Tidak ada predikat). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 478.Tatabahasa13.08.2012
Adakah susunan ungkapan "sebahagian daripada" sama dengan susunan "selain daripada"? Jikalau benar, "daripada" dalam ungkapan itu mesti digugurkan? Terima kasih.Kedua-dua ungkapan mempunyai susunan yang sama tetapi berbeza makna. Jika yang dimaksudkan ialah sebahagian daripada atau segolongan daripada, kata daripada tidak dapat digugurkan. Hal ini berbeza dengan ungkapan selain daripada kerana dapat digantikan dengan frasa selain itu.Tatabahasa15.08.2011
soalan brkenaan sastera: 1.naksud sebenar rima akhir-pengulangan bunyi akhir atau huruf akhir baris puisi.saya keliru

Rima ialah skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan bunyi di hujung baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. 

Kekeliruan anda mungkin menyangka huruf akhir baris puisi  yang dinyatakan dalam sesuatu penerangan sama ada buku atau ceramah adalah sama dengan rima akhir dan pergulangan bunyi akhir. Sebenarnya rima akhir dan pergulangan bunyi adalah sama dan huruf akhir pula ada tanda yang digunakan untuk menunjukkan pergulangan bunyi atau rima seperti contoh di atas.  

 

 

Lain-lain15.02.2009
Apakah susunan betul bagi Liga Bola Sepak Wanita Nasional?Frasa 'Liga Bola Sepak Wanita Nasional' adalah betul. Tatabahasa19.04.2021
Ayat susunan biasa: Murid murid beratur di luar kelas. Jika tukar kepada ayat songsang ialah: (1) Di luar kelas murid-murid beratur ATAU (2) Beratur di luar kelas murid-murid. Ayat songsang 1 atau ayat songsang 2 betul? Minta penjelasan berkaitan dengan ayat songsang, terima kasih.Tiga ayat songsang yang boleh dihasilkan daripada ayat ‘Murid-murid beratur di luar kelas’ adalah seperti yang berikut:
(1) Beratur di luar kelas murid-murid.  (pendepanan seluruh predikat)
(2) Beratur murid-murid di luar kelas.  (pendepanan frasa kerja)
(3) Di luar kelas murid-murid beratur.  (pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat
Tatabahasa22.08.2017
Adakah susunan ayat ini tepat? Sebagai sebuah negara kesultanan Melayu, Brunei memiliki adat istiadat yang unik.Ayat ini boleh dibaiki lagi menjadi : Sebagai sebuah negara berkesultanan Melayu, Brunei memiliki adat istiadat yang unik.Lain-lain16.05.2016
Bagaimana susunan ayat melapor diri dari cuti tanpa gaji atau melapor diri daripada cuti tanpa gajiAyat yang betul ialah, melapor diri daripada cuti tanpa gaji.Tatabahasa22.03.2014
Bagaimanakah susunan dalam membuat salinan kepada atau cc (bagi emel) - siapa yang perlu didahulukan namanya, adakah yang lebih berpangkat kepada yang lebih rendah atau sebaliknya. terima kasihDalam membuat salinan kepada (cc), terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Pihak atasan perlu dimaklumkan sesuatu projek/program untuk  pemberitahuan/pemakluman. Selain itu, salinan kepada juga diberikan kepada pegawai yang terlibat dalam projek atau program yang dianjurkan.

Puan hendaklah mengenal pasti kewajaran e-mel berkenaan untuk disalinkan kepada penerima yang lain.
Lain-lain06.12.2013
APA SUSUNAN SAPAA IKUT PROTOKOL YANG BETUL: DALAM PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU VIPNYA KETUA PENGARAH PELAJARAN, TETAMU UNDANGAN AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA YB TENGKU ADNAN. PENGANJUR PEJABAT PELAJARAN PUTRAJAYA (TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN)VIP DAHULU (KETUA PENGARAH PELAJARAN), TETAMU UNDANGAN YB. TENGKU ADNAN. DICADANGKAN BERTANYA KEPADA BAHAGIAN PROTOKOL DI KEMENTERIAN PELAJARANLain-lain20.05.2011
Adakah susunan perkataan ini betul "menghubungkan perniagaan berjaya"Ayat yang lebih sempurna ialah ... menghubungkan perniagaan yang berjaya atau ...berjaya menghubungkan perniagaan.   Tatabahasa09.01.2009
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,