Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Jika tuan ke surau, pergi ke surau, Jangan dipetik kenanga, bunga kenanga; Aduhai tuan bergurau, saya bergurau, Saya sudah punya, ada yang punya.Pantun Melayu SarawakBergendang
Pergi ke surau memakai jubah, Memberi ceramah serta petua; Walau baru tetap berubah, Begitu muda menjadi tua.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tambat perahu tepi surau, Hanyut sampai sungai Tualang; Ombak melenting tepi pulau, Arusnya deras bukan kepalang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau sekali pergi ke surau, Dua kali pergi ke masjid; Kalau sekali menjadi gurau, Dua kali menjadi penyakit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau duduk di dalam surau, Ingat-ingatlah membaca kitab; Kalau duduk bersenda gurau, Ingat-ingat tersalah cakap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Diam-diam orang ke surau, Mahu mengaji sehingga subuh; Saban malam abang mengigau, Menunggu adik yang pergi jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Membeli tali pasar Senyawan, Singgah di surau tangga berlian; Merosak hati menggugur iman, Seperti pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ramai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada satu nama si Putung, Duduk di surau berbaju kurung; Taruh umpan salah gantung, Tak kena ikan kena jerung.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
1
Tesaurus
 
surau
Rujuk :masjid

Puisi
 

Hiris rojak hantar ke surau,
     Hendak menjemput datuk penghulu;
Gadis bijak orang tak hirau,
     Ilmu di dapur laksana dulu.



Lihat selanjutnya...