Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Kata Kerja Transitif mesti disambut oleh objek / frasa nama. Contohnya Pihak kerajaan akan menyiarkan kepada umum surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel sepatutnya ditulis begini Pihak kerajaan akan menyiarkan surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel kepada umum. Akan tetapi, terlalu banyak ayat Kata Kerja Transitif yang salah, misalnya; mengumumkan dalam masa terdekat keputusannya. Sepatutnya mengumumkan keputusannya dalam masa terdekat dan banyak lagi kesalahan seumpamanya. bagaimana pula dengan menembak mati penjenayah (menembak penjenayah hingga mati), menghumum mati, menembak jatuh burung, dll?Pendapat tuan betul, kata kerja transitif memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ayat contoh dan frasa yang diberikan juga betul, iaitu Pihak kerajaan akan menyiarkan surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel kepada umum, menembak penjenayah hingga mati, menghukum orang yang bersalah dan menembak burung hingga jatuh.Tatabahasa06.04.2012
Adakah penggunaan "dan" dalam ayat berikut adalah betul : Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang.Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang. 

Berdasarkan teks tersebut, jelas menunjukkan laras yang digunakan ialah laras undang-undang. Kita menerima gaya bahasa yang berkenaan tetapi penggunaannya terhad dalam laras undang-undang sahaja.
Tatabahasa02.01.2013
Apakah perbezaan antara surat edaran, pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan?Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengetahuan umum dan surat pekeliling atau surat pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu.Makna25.09.2019
Adakah terma "Yang benar" dan "saya yang menurut perintah" dibenar untuk digunakan sebagai pengakhiran surat (signing off) di dalam surat-surat rasmi kerajaan? Jika dibenarkan, keadaan yang bagaimanakah kedua-dua terma itu dibenar untuk digunakan? Apakah yang membezakan kaedah penggunaannya? Berikut adakah cadangan yang digariskan: Adakah sesuai? Penggunaan signing off Saya yang menjalankan tugas: 1. Surat berbentuk hebahan penguatkuasaan seperti Pekeliling, Garis Panduan dan Peraturan yang sedang atau akan dilaksanakan 2. Surat berbentuk peringatan seperti makluman penting, teguran dan tindakan tatatertib 3. Surat berbentuk maklumbalas atau penjelasan kepada pihak atasan seperti Pengurusan Universiti, Kementerian dan pihak berkepentingan. Penggunaan signing off Yang benar: 1. Surat berbentuk umum seperti memohon penajaan, kelulusan program, rayuan dan pelantikan. 2. Surat jemputan seperti menghadiri Mesyuarat dan Program Rasmi Universiti 3. Surat penghargaan dan ucapan tahniah 4. Memo edaran dalaman Jabatan Ketua Jabatan kepada kakitangan jabatan masing-masing Mohon pandangan dan nasihat daripada pihak Tuan. Terima kasih.Kedua-dua klausa ini "Saya yang menurut perintah" dan "Saya yang menjalankan tugas" adalah betul. Pemilihan penggunaan penutup surat rasmi  bergantung kepada organisasi masing-masing, tidak tertakluk pada konteks penggunaan dan tajuk surat. Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai garis panduan dalaman tersendiri, dan kami menggunakan klausa "Saya yang menurut perintah". Sekiranya oraganisasi tuan berhasrat menggunakan klausa "Saya yang menjalankan tugas", itu merupakan gaya surat rasmi tersendiri organisasi tuan. Adapun klausa "Yang benar" lazimnya digunakan dalam surat tidak rasmi.Tatabahasa26.09.2016
Adakan terdapat terjemahan manusckrip "Surat-surat Berhubung dengan Harta Keluarga Diraja Kedah" di simpanan DBP?Untuk mendapatkan maklumat berkenaan manuskrip ini, mohon tuan hubungi pegawai di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) di talian 03-21479545.Lain-lain29.10.2014
Mohon bantuan. Sesuai atau tidak saya menggunakan perkataan 'Peringatan Mesra' bagi surat-surat peringatan yang saya hendak keluarkan kepada jabatan/agensi lain"Peringatan" telah memadai untuk menyatakan tujuan surat itu dikeluarkan, namun bukanlah suatu kesalahan untuk menggunakan frasa "Peringatan Mesra".Tatabahasa17.11.2014
Jamak bagi muka surat ialah muka-muka surat atau muka surat-muka surat? Kedua-duanya berbunyi janggal.Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan, seperti muka-muka surat.Lain-lain31.12.2010
Salam, saya nak tanya, dimana boleh saya cari terjemahan manuskrip lama yang bertajuk "Surat-surat berhubung dengan harta keluarga diraja Kedah"? adakah terdapat simpanan terjemahannya di DBP? Terima Kasih.Salam, tuan/puan boleh menghubungi Pusat Dokumentasi Melayu 03-2147 9659/9661 untuk mendapat maklumat lanjut tentang bahan yang tuan/puan cari.Lain-lain29.10.2014
Assalamualaikum..merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 terbitan DBP, pada muka surat surat 146, ada dinyatakan tentang kata ganda SEPARA berimbuhan berserta contoh: berlari-lari (awalan), sayur-sayuran (akhiran), bersalam-salaman (apitan) dan beberapa contoh yang lain. (Sila rujuk lampiran fail yang saya sertakan) Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada kata ganda SEPARA berimbuhan benar-benar wujud dan adakah bentuknya seperti yang tercatat dalam buku teks tersebut? TERIMA KASIH.Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

i. Penggandaan separa kata tunggal : laki menjadi lelaki, pohon menjadi pepohon.
ii. Penggandaan separa kata berimbuhan
   berlari = berlari-lari
   kenang= kenang-kenangan
   kuning = kekuning-kuningan

Sila rujuk halaman 77 untuk lebih lanjut.

Tatabahasa03.10.2014
Salam, saya menghadapi kesukaran membaca manuskrip lama yang berbahasa jawi, bagaimana cara untuk saya mendapatkan terjemahan bagi manuskrip "Surat-surat Berhubung Dengan Harta Keluarga Diraja Kedah"?Puan boleh mendapatkan perkhidmatan transliterasi daripada syarikat Klasika Media di Bandar Sri Putra Kajang.  Alamat e-mel: klasika.media@yahoo.com atau hubungan Ustz Mohd Syukri Rosli.: 03 89209800.  Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan25.10.2014
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,

Puisi
 

Air ini air minuman,
     Air letak dalam gelas;
Surat ini surat kiriman,
     Harap juga abang balas.



Lihat selanjutnya...