Kata |
Takrif |
Sumber |
suntingan | apa-apa yg dijadikan sunting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suntingan | 1. sesuatu yg disunting (bunga dll); 2. pembetulan atau pembaikan karangan (buku, makalah, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suntingan | hasil drpd menyunting. | Kamus Pelajar |
suntingan | apa-apa yg dijadikan sunting. | Kamus Pelajar |
sunting I | suntingan apa-apa yg dijadikan sunting. | Kamus Pelajar |
sunting II; menyunting | suntingan hasil drpd menyunting. | Kamus Pelajar |
sunting I | hiasan (bunga dll) yg dicucukkan di rambut atau di belakang telinga. ~ malai hiasan rambut yg dipakai di belakang telinga. bersunting memakai sunting. menyunting memetik bunga (utk dijadikan sunting dll): Mereka bermain-main di taman sambil ~ bunga mawar. menyuntingkan melekatkan bunga dll di kepala atau di belakang telinga sbg hiasan: Gadis itu ~ sekuntum bunga mawar pd sanggulnya. mempersunting 1 mengambil dan menjadikan sesuatu sbg sunting. 2 ki mengambil gadis utk dijadikan isteri; memperisteri: Banyak pemuda yg ingin ~nya. suntingan apa-apa yg dijadikan sunting. penyuntingan perbuatan (hal dsb) menyunting atau menyuntingkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sunting | perhiasan berupa bunga dll yg dicucukkan di rambut atau di belakang telinga: di kepalanya terhias ~ emas; ~ hati ki anak kesayangan; ~ malai sj perhiasan rambut yg dipakai di belakang telinga; bersunting, bersuntingkan memakai sunting (drpd bunga dll); menyunting 1. memetik bunga (utk dijadikan sunting dll): ia bermain di taman ramai sambil ~ bunga hati, memetik kembang murni; 2. memperkemas dan menyiapkan karangan (makalah dll) utk dicetak; 3. menyusun filem dll (sebelum ditayangkan); menyuntingkan 1. meletakkan bunga dll di kepala atau di belakang telinga (sbg perhiasan), memakai sunting (drpd bunga dll): ia ~ bunga mawar di sanggulnya; 2. memasukkan kata pendahuluan dll (dlm buku dll), mencantumkan; mempersunting 1. memakai bunga dll sbg sunting, menyuntingkan: bunga dipersunting sudahnya akan layu; 2. mengambil gadis utk dijadikan isteri, memperisteri: timbullah keinginan dlm dadanya utk ~ gadis itu; 3. ark mendapat sesuatu yg berguna; suntingan 1. sesuatu yg disunting (bunga dll); 2. pembetulan atau pembaikan karangan (buku, makalah, dll); penyuntingan perbuatan menyunting (buku, makalah, dll); penyunting orang yg menyunting (karangan, filem, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
assemble edit | suntingan sambung; suntingan himpun | suntingan sambung; suntingan himpun | suntingan sambung; suntingan himpun | Komunikasi Massa |
field editing | suntingan lapangan/suntingan luar | Tiada | suntingan luar | Ekonomi |
cutaway | suntingan selitan | suntingan selitan | suntingan selitan | Komunikasi Massa |
edition | suntingan edisi | suntingan edisi | suntingan edisi | Kesusasteraan |
text edition | suntingan teks | suntingan teks | suntingan teks | Kesusasteraan |
authoritative edition | suntingan berwibawa | suntingan berwibawa | suntingan berwibawa | Kesusasteraan |
electronic editing | suntingan elektronik | suntingan elektronik | suntingan elektronik | Komunikasi Massa |
cross-cutting | suntingan silang | suntingan silang | suntingan silang | Komunikasi Massa |
assemble editing | suntingan rakit | suntingan kumpul atur | suntingan himpunan | Komunikasi Massa |
edit pulse | denyut suntingan | denyut suntingan | denyut suntingan | Komunikasi Massa |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
splitt edit | sunting lengah | Komunikasi | Tiada | Peralihan suntingan pada audio atau video daripada suntingan pertama ke suntingan kedua dengan cara mendahulukan atau melengahkan bahagian suntingan yang terdahulu atau terkemudian. Contohnya, sekiranya bunyi yang mengiringi adegan diperdengarkan dahulu sebelum visual, proses ini dipanggil suntingan lengah audio mendahului video. Sekiranya bahagian visual adegan itu pula ditunjukkan terlebih dahulu sebelum audio, proses ini dikenali sebagai suntingan lengah video mendahului audio. Dikenali juga sebagai suntingan berperingkat. |
zero cutting | suntingan sifar | Komunikasi | Tiada | Suntingan yang dilakukan untuk menghubungkan dua potongan bingkai filem daripada gulungan A dan gulungan B secara bertindih. Kaedah suntingan ini dikenali juga sebagai cantuman automatik. |
bloop | blup | Komunikasi | Tiada | Suntingan yang dilakukan dengan cara memadam gambar yang tidak diperlukan. Bagi optikal positif, suntingan ini dibuat dengan cara mendakwatkan modulasi yang tidak diingini. Bagi optikal negatif, suntingannya dibuat secara pemotongan fizikal. Manakala bagi pita pula, suntingan ini dilakukan secara magnetik. |
off-line editing | suntingan luar talian | Komunikasi | Tiada | Proses memilih dan menyusun imej visual serta bunyi dengan menggunakan bahan-bahan visual dan bunyi yang disalin daripada pita asal. Hasil suntingan di peringkat ini akan dijadikan sebagai panduan bagi suntingan dalam talian. |
variant | varian | Kesusasteraan | Tiada | Sesuatu yang berbeza dalam naskhah sastera daripada yang lazim dari segi ejaan, perkataan, perbandingan, gambaran tokoh, dan episod. Suntingan varian ialah kerja suntingan yang dilakukan terhadap keseluruhan teks yang berlainan. |
unnecessary editions | suntingan membazir/edisi membazir | Kesusasteraan | Tiada | Suntingan yang tidak mengikut kaedah saintifik. |
cutting outline | kerangka suntingan | Komunikasi | Tiada | Lihat: asas suntingan. |
edited master | suntingan utama | Komunikasi | Tiada | Hasil terakhir bahan suntingan dalam talian. |
cutting on action | suntingan semasa aksi | Komunikasi | Tiada | Suntingan yang menggunakan aksi pelakon atau pergerakan dalam filem sebagai panduan bagi melakukan pememotongan bahan visual dari satu tangkapan ke satu tangkapan yang lain. |
on-line editing | suntingan dalam talian | Komunikasi | Tiada | Sistem penyuntingan video berkomputer yang dilakukan pada peringkat akhir. Pada peringkat ini, hasil susunan dan suntingan video yang dibuat terlebih dahulu akan dijadikan sebagai panduan. Penyuntingan akan dilakukan dengan lebih berhati-hati kerana menggunakan pita audio dan peralatan yang berkualiti tinggi. Bahan yang terhasil daripada peringkat penyuntingan ini akan dijadikan sebagai bahan siaran. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
suntingan | [sun.ti.ngan] | سونتيڠن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata suntingan |
|
Puisi |
---|
|
Anak itik terbang ke hutan, Disambar buaya patah kakinya; Bunga cantik jadi suntingan, Tak sangka begini harum baunya.
Lihat selanjutnya... |
|