Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SUKU

Suku ialah satu kumpulan manusia yang bersaudara

melalui nenek moyang yang sama. Sesetengah suku

merupakan matrilineal (pertalian persaudaraan

melalui nasab ibu). Suku yang lain ialah patrilineal

(pertalian persaudaraan melalui nasab bapa). Ahli

sesuatu suku dapat merasakan hubungan yang rapat

antara satu sama lain, dan biasanya mempunyai

semangat perpaduan yang utuh walaupun mereka

mungkin tinggal berjauhan. Mereka sering berkongsi

harta benda atau hak-hak istimewa. Kebanyakan suku

dikatakan eksogami, iaitu ahli suku mesti berkahwin

di luar suku. Suku sering dinamai mengikut totem

(haiwan atau tumbuhan simbolik). Orang Asli Amerika

mempunyai suku dikenali sebagai suku Bear atau

suku Tobacco.

UMUM
TARTARSuku bangsaBUDAYABangsa/Suku/Kaum
LAPPSuku kaumBUDAYABangsa/Suku/Kaum
IRRANUNSuku bangsaBUDAYABangsa/Suku/Kaum
ORANG HELVETIA

Orang Helvetia ialah ahli suku kaum yang pernah

tinggal di satu tempat yang terletak di barat daya

Switzerland kini. Suku kaum Jermanik mengancam

orang Helvetia, dan sejumlah 263 000 orang Helvetia

cuba berpindah ke wilayah Rom di Gaul pada tahun

58 S.M. Tentera Julius Caesar membunuh ramai

orang Helvetia, dan mereka yang terselamat dipaksa

pulang. Semasa di bawah pemerintahan Maharaja

Augustus antara tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M.,

kerajaan Rom menawan seluruh Switzerland.

Orang Helvetia pula mula menerima pakai adat

Rom dan bahasa Latin. Kadang-kadang

penduduk di barat Switzerland yang berbahasa

Perancis merujuk kawasan mereka sebagai

Helvetia.

UMUM
TECUMSEH

Tecumseh (1768?1813) ialah pemimpin suku

Orang Asli Amerika bahagian timur, yang

terkemuka pada akhir tahun 1700-an dan awal

tahun 1800-an. Dia berusaha menyatukan semua

suku Orang Asli Amerika menjadi satu gabungan

yang akan mempertahankan tanah Orang Asli

Amerika daripada pencerobohan orang kulit putih.

Tecumseh bermakna tembakan bintang atau

meteor.

UMUM
A'SYA, AL-

Asya, al- ( ?7 H./ ?629 M.), salah seorang penyair

al-Muallaqat . Nama penuhnya ialah Maymun ibn

Qays ibn Jundul ibn Syarahil. Dia berasal daripada

keturunan Dubayah ibn Qays ibn Thalabah, yang

mempunyai salasilah keturunan suku Bakar. Suku

Bakar menetap di bahagian timur Semenanjung

Tanah Arab di sepanjang lembah Sungai Furat

hingga al-Yamamah di tenggara Najd. Sementara

suku Qays pula menetap di kawasan al-Yamamah.

UMUM
BODI CANIAGOBODI CANIAGO,  nama suku matrilineal dan salah satu daripada dua laras atau tradisi politik Minangkabau.  Organisasi sosial tradisional Minangkabau yang terpenting ialah suku, yang bersifat geneaologis.  Setiap negeri iaitu perkampungan yang merupakan sebuah kesatuan komuniti adat terdiri daripada beberapa suku.  Menurut tradisi Minangkabau, ada empat suku yang asli, iaitu Bodi, Caniago, Koto dan Piliang.  Sebuah suku diketuai oleh seorang atau lebih penghulu adat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum
BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG

BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG, bahasa yang dituturkan oleh Orang Asli di Semenanjung. Bahasa ini terbahagi kepada dua kelompok besar. Dalam kelompok pertama digolongkan bahasa-bahasa Orang Temuan, Orang Hulu (Jakun, Orang Kanak dan Orang Seletar, yang semuanya berbahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa ibunda mereka. Oleh itu, bahasa suku-suku itu tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia, seperti semua dialek Melayu. Tetapi selain Orang Asli yang diklasifikasikan dalam Rumpun Austronesia tersebut, terdapat puluhan ribu Orang Asli yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BAHASABahasa
ALITERASI

Aliterasi berlaku apabila bunyi yang sama mula

menggantikan suku kata yang diaksenkan.

Contohnya, dalam Peter Piper picked a peck of

pickled peppers, aliterasi ini dicipta dengan

pengulangan bunyi p pada permulaan setiap suku

kata yang diaksenkan. Puisi Inggeris lama tidak

mempunyai rima, tetapi mempunyai pola aliterasi.

Aliterasi, seperti juga rima, asonansi, dan

konsonani, ialah cara pengulangan yang

membantu menyatakan perasaan dan idea sesuatu

puisi. Lihat juga Puisi (Bunyi).

UMUM
Tesaurus
 
suku
Rujuk :kaum