Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Assalamualaikum dan selamat pagi. Contoh ayat: 1. Bahasa utamanya ialah bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Assyria, bahasa Kurdis, dan bahasa Turki. 2. Wilayah tersebut mencakupi beberapa kelompok suku dan budaya termasuk suku Iran, suku Arab, suku Yunani, suku Yahudi dan lain-lain. 3. Dia telah menjalankan penyelidikan di Vietnam, di Indonesia, dan di Thailand. Adakah perkataan "bahasa", "suku", dan kata sendi nama "di" dalam ayat-ayat tersebut perlu diulang bagi setiap contoh atau boleh digugurkan bagi contoh yang kedua dan seterusnya?Waalaikumussalam
perkataan bahasa, suku dan kata sendi nama di tidak perlu diulang bagi contoh yang seterusnya.
Tatabahasa07.02.2017
mengetahui cara mengajar membaca secara menyebut suku kata, perkataan, dan ayat mengenali suku kata terbuka dan suku kata tertutup

Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Rujuk juga buku Daftar Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP; Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman; dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran ini, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif, iaitu pensyarah di maktab dan universiti.

Lain-lain30.04.2013
Selamat malam, 1. Adakah perkataan "hai/ran" terbentuk daripada suku kata terbuka + suku kata tertutup ? kemusykilan saya ialah adakah bunyi diftong "ai" dianggap sebagai suku kata terbuka ? 2. Adakah perkataan "se/nang" dan "ta/rikh" terbina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup ? Terima kasih.Perkataan hairan, senang dan tarikh ialah suku kata tertutup. Diftong "ai" ialah suku kata terbuka. Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.Tatabahasa21.01.2010
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Saya ingin mengetahui ejaan perkataan di bawah jika dipisahkan sebutan suku katanya, bagaimanakah sebutan yang sebetulnya? 1. siap ( satu suku kata @ dua suku kata) 2. naik( satu suku kata @ dua suku kata) 3. main( satu suku kata @ dua suku kata) Semoga mendapat perhatian daripada pihak tuan/ puan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekian, terima kasih.Dikira dua suku kataIstilah03.09.2010
saya ingin bertanya,, adakah perkataan dua itu dieja dengan satu suku kata atau dua suku kata ? Kalau satu suku kata, kenapa? Sekian terima kasihMerujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, dua dieja sebagai [dua].

Manakala, dalam Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, mengikut penggalan suku kata, dua merupakan perkataan dalam bahasa Melayu dua suku kata, kv+v = du+a.

Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu.  Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan.  Pemenggalan kata bagi ejaan pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala, sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun].

Ejaan21.03.2014
Apakah perbezaan sebutan suku kata dan kata ejaan suku kata ?Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan. Pemenggalan kata bagi ejaan  pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun].

Contoh:  ma-kan-an (pemenggalan suku kata)
             ma-ka-nan (pemenggalan sebutan)
             ba-yar-an (pemenggalan suku kata)
             ba-ya-ran  (pemenggalan suku kata)
     
Lain-lain19.01.2022
saya menghadapi masalah untuk memahami suku kata tertutup dan suku kata terbuka dalam bahasa melayu.Terima kasih.

Saudari Hazrina,

Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, contohnya: saya, baca dan buku, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan, contohnya: emak, kakak dan buah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.

Tatabahasa02.10.2012
1) Boleh huraikan tentang suku kata terbuka dan suku kata tertutup? 2) Terangkan tentang suku kata bagi perkataan "emak", "kakak", dan "buah". Saya keliru dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia muka surat 37 (BM3.5.6,BM3.5.7,dan BM3.58)1. Suku kata terbuka ialah  suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, contohnya: saya, baca dan buku, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan, contohnya: emak, kakak dan buah.Tatabahasa23.04.2012
Perkataan 'emak' ialah perkataan 2 suku kata terbuka atau tertutup? Perkataan 'biawak' ialah perkataan 3 suku kata tertutup atau terbuka? Adakah saya lihat suku kata terakhir dalam sesuatu perkataan untuk menentukan sama ada perkataan itu terdiri daripada suku kata terbuka atau tertutup?Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Oleh itu, emak dan biawak ialah suku kata tertutup.Lain-lain20.07.2010
Salam sejahtera. Mohon sedikit penjelasan berkaitan dengan suku kata. Jika KVVK (buat), berapa suku kata terdapat di situ? Contoh lain, KVVKK (buang), berapa suku kata di situ? Terima kasih.Salam sejahtera,

Buat - mengandungi 2 suku kata, iaitu bu + at
Buang - juga mengandungi 2 suku kata, iaitu bu + ang

Untuk makluman, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata terbuka, suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.
Tatabahasa09.09.2015
Tesaurus
 
suku
Rujuk :kaum