Kata |
Takrif |
Sumber |
stereng /stéréng/ | berstereng ada sterengnya. | Kamus Pelajar |
stereng /stéréng/ | alat yg umumnya berbentuk spt bentuk roda dan digunakan utk mengemudikan kereta dsb. | Kamus Pelajar |
stereng | /stéréng/ alat yg umumnya berbentuk spt bentuk roda dan digunakan utk mengemudikan kereta dsb. berstereng ada sterengnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
stereng | (stéréng) alat yg berbentuk spt roda utk mengemudikan kereta dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setir | Id stereng (kereta), kemudi; memegang ~ menyetir; menyetir memandu (kereta): aku kira aku sudah tidak boleh lagi ~ sendiri; penyetir pemandu (kereta). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setang | IB bahagian yg dipegang utk mengemudikan basikal (kereta), stereng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemudi | 1 perkakas (alat) pd bahagian belakang kapal atau perahu yg digunakan utk mengarahkan haluannya: Spt kapal patah ~. 2 alat utk memandu arah perjalanan kereta dll; stereng (pd kereta, kapal terbang dll). 3 ki pimpinan dlm sesuatu persatuan (perkumpulan dll); kuasa pemerintahan yg tertinggi. berkemudi memakai atau mempunyai kemudi: Kapal ~, kereta berstereng. mengemudikan 1 mengatur (menetapkan) arah pelayaran kapal, perahu dll dgn menggunakan kemudi: Jurumudi itu membentangkan layar dan ~ perahunya. 2 memimpin atau mengetuai persatuan (perkumpulan dll); mengurus; mengelolakan (rumah tangga dll): Mereka bersama-sama ~ perkumpulan itu. pengemudi 1 orang yg mengemudikan kapal (perahu dll). 2 orang yg mengemudikan atau yg mengetuai persatuan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemudi | 1. perkakas (alat) pd buritan kapal atau perahu yg digunakan utk mengarahkan haluannya: Spt kapal patah ~. 2. alat utk memandu arah perjalanan kereta dll; stereng (pd kereta, kapal terbang dll). 3. ki pimpinan dlm sesuatu persatuan (perkumpulan dll); kuasa pemerintahan yg tertinggi. berkemudi memakai atau mempunyai kemudi:Kapal ~, kereta berstereng. mengemudikan 1. mengatur (menetapkan) arah pelayaran kapal, perahu dll dgn menggunakan kemudi: Jurumudi itu membentangkan layar dan ~ perahunya. 2. memimpin atau mengetuai persatuan (perkumpulan dll); mengurus; mengelolakan (rumah tangga dll): Mereka bersama-sama ~ perkumpulan itu. pengemudi 1. orang yg mengemudikan kapal (perahu dll). 2. orang yg mengemudikan atau yg mengetuai persatuan dll. | Kamus Pelajar |
kemudi | 1. sj perkakas di buritan kapal (perahu) utk mengawal arah pelayarannya: manakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; bam ~ = celaga ~ = tangan ~ kayu sbg pegangan atau tangkai kemudi; 2. Id alat utk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pd kereta): Hawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; 3. ki pimpinan (persatuan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan; 4. ark pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pd kuda); ~ bundar pusar-pusar bulu pd kuda; ~ cawat kemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah; ~ sepak kemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung); patah ~ dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi; berkemudi 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta; ~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahannya); mengemudikan 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju pemerintahan, mengendalikan, mengurus (rumahtangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu; pengemudi 1. jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta); 2. orang yg mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
steering shaft | aci stereng | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Aci yang memanjang dari gear stereng ke roda stereng. |
power steering | stereng kuasa | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem stereng yang menggunakan tekanan hidraulik untuk membantu daya pulas pemandu. Tekanan tersebut digunakan sama ada di dalam kotak gear stereng atau silinder hidraulik yang dipasang pada rangkaian stereng. |
pitman arm | lengan pitman | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tuas pendek bergelugur yang menyambungkan gear stereng dengan aci melintang. Ia memindahkan daya stereng ke rangkaian stereng. |
in-line power steering | stereng kuasa sebaris | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Stereng kuasa kamiran, yang menggabungkan gear stereng bebola berputar dengan injap kawalan dan omboh penggerak. |
tilt steering wheel | roda stereng condong | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Stereng yang boleh diubah kedudukannya atau dicondongkan kedudukannya pada sudut tertentu melalui bahagian sambungan lentur pada aci stereng. |
worm gear | gear ulir | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear yang mempunyai susunan gigi berbentuk ulir kasar yang terletak pada bahagian hujung bawah aci stereng, dalam gear stereng lengan pitman. |
steering arm | lengan stereng | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lengan yang dipasang pada bahagian sendi buku stereng, yang akan memusingkan sendi buku dan roda bagi mengemudi kenderaan. |
steering wheel | roda stereng/roda kemudi | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Roda pada bahagian atas aci stereng yang diputar oleh pemandu untuk menukar arah pergerakan kenderaan. |
steering and ignition lock | kunci stereng dan pencucuh | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digunakan untuk mengunci kunci pencucuh dan bahagian stereng supaya tidak dapat dipulas apabila diletakkan pada kedudukan mati. |
steering gear | gear kemudi | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear dalam sistem stereng, yang terletak pada bawah aci stereng. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
stereng | stering [steri] | Melanau Dalat | |
stiring | stereng | TETAW | |
pemalieng | 1 alat utk mengemudi kereta dll, stereng; 2 kayu di pasang ke batang kemudi utk memalingkan kemudi, tangkai kemudi, celaga, bam kemudi. | Melanau Mukah | |
ulin | kemudi; 1 perkakas di buritan kapal, perahu utk mengawal arah pelayarannya: pemalieng ~ bam kemudi; 2 stereng; 3 ki pimpinan; ~ petepanan kemudi sepak; lepeng ~ lepeng pemalieng (patah kemudi patah bam) prb patah kemudi dgn bamnya; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
stereng | [sté.réng] | ستيريڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata stereng |
|
|