Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai untuk tempat duduk stail "booth seating" yang selalu terdapat di restoran lama?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah booth seating ialah tempat duduk reruai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.05.2023
Salam, tolong beri sedikit panduan tentang membina Tajuk Dokumen, dari sudut huruf besar dan huruf kecil. Juga, apakah saya harus menulis "diketahui" atau "DiKetahui" atau "diKetahui ," dalam pembinaan suatu Tajuk. Terima kasih DBP. Nota kecil: Dalam stail AP, preposisi empat atau lebih huruf (seperti "between" dan "above") hendaklah menggunakan huruf besar. Dalam stail Chicago, semua preposisi mesti ditulis dalam huruf kecil.

Pihak DBP tidak menawarkan khidmat nasihat secara khusus mengenai gaya penerbitan Associated Press atau The Chicago Manual of Style untuk maklumat lanjut mengenai kursus penerbitan tuan boleh merujuk Akademi DBP http://akademi.dbp.my/wordpress/. Berdasarkan gaya penerbitan yang digunakan di DBP untuk penulisan tajuk  teks berikut akan ditulis "Diketahui" jika menggunakan huruf besar untuk huruf permulaan ayat atau “DIKETAHUI” jika menggunakan huruf besar all caps untuk keseluruhan ayat. (Gaya Dewan).

Lain-lain05.03.2022
Salam Penulisan kata singkatan adakah ada kaedah tertentu atau stail sahaja. Contohnya UiTM dan UniSZA tidak ditulis huruf besar kesemuanya seperti KIAS? Terima kasih.

Singkatan dan akronim merupakan kependekan perkataan, frasa, kata nama am dan kata nama khas, sama ada yang berbentuk teknikal, mahupun bukan teknikal. Kedua-dua bentuk penulisan ini bertujuan memudahkan sebutan, meringkaskan penulisan dan menjimatkan ruang.  Selain itu, contoh akronim yang diberikan oleh tuan/puan ialah akronim nama khas. Akronim nama khas biasanya ditulis sesuai dengan nama yang ditetapkan oleh institusi atau pihak yang berkenaan.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat, DBP 2023, halaman 169 hingga 175.

 

Lain-lain01.02.2024
Assalammualaikum.... Bolehkah istilah seperti direktif, kolaborasi, kolaboratif, toleransi, non-direktif dan stail digunakan dalam penulisan buku akademik? Seperkara lagi, apakah istilah yang sesuai digunakan bagi perkataan bahasa inggeris instructional scaffolding? Bolehkah saya mengguna pakai perkataan perancah pengajaran? Terima kasih atas bantuan tuanSalam sejahtera,

Tuan,

1. Berdasarkan soalan tuan, hanya perkataan non-direktif sahaja yang tiada maksud dalam data kami. Jadi, tuan boleh gunakan perkataan yang disebutkan diatas selain perkataan non-direktif dalam penulisan buku akademik.

2. Bagi instructional scaffolding, padanan scaffolding dalam bidang Pendidikan ialah sokongan. Instructional pula bermaksud  pengajaran/pendidikan/arahan. Oleh itu, kami mencadangkan sokongan pengajaran. Namun, kami berpandangan Kementerian  Pendidikan sudah ada istilahnya sendiri bagi konsep tersebut. Tuan boleh rujuk pihak KPM juga.

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/ .

Sekian, terima kasih.
Makna09.07.2017
Apakah terjemahan yang sesuai untuk idiom "Steal your/one's/someone's thunder" yang mengekalkan stail dan gaya terjemahan dalam bahasa asal? Terima kasihUntuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali istilah dan perkataan yang ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanpun kami boleh membantu tuan, menyemak penggunaan ayat yang telah diterjemahkan. Oleh itu, sila terjemahkan ayat tersebut dan nyatakan konsep penggunaannya untuk kami membantu tuan membina ayat yang betul.Penyemakan dan penterjemahan07.04.2017
Assalamualaikum. Tuan, dalam kertas mesyuarat saya pernah terjumpa frasa PERINGATAN MESYUARAT. Adakah maksudnya sama dengan MINIT MESYUARAT? Mana lebih tepat antara keduanya mengikut pandangan DBP?Adakah menjadi satu kesalahan gaya penulisan Minit mengikut stail tersendiri?Contohnya mengikut sistem penomboran contohnya Perkara 1 ada pecahan 1.2 atau dipecahkan lagi 1.2.1 dan sebagainya, atau mengikut turutan seperti sistem Jabatan Pelajaran dengan melabelkan Perkara I,II,III,IV sehingga seterusnya. Terima kasih Ismail Hashim-Baling Kedah

Peringatan Mesyuarat sama maksudnya dengan Minit Mesyuarat. Walau bagaimanapun Minit mesyuarat  lebih tepat penggunaannya kerana minit merupakan  catatan tentang apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dan sebagainya). Gaya penulisan Minit tidak semestinya sama antara semua organisasi. Minit mesyuarat DBP tidak sama 100 peratus dengan minit mesyuarat Kementerian Pelajaran, Intan ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun, minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut: format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul).

Tatabahasa10.04.2011
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stail