Kata |
Takrif |
Sumber |
tanya | ; ~ jawab soal jawab (dlm majalah dll); temuramah (dgn orang-orang kenamaan dll). bertanya meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. bertanya-tanya berulang-ulang atau berkali-kali bertanya: Ia ~ kalau-kalau ada orang yg tahu akan hal itu. menanyai bertanya kpd: Dia ~ kawannya ttg hal itu. menanyakan 1 bertanya ttg sesuatu; meminta keterangan ttg sesuatu: Dia pergi menemui doktor utk ~ nama penyakit itu. 2 meminta persetujuan seseorang perempuan utk dijadikan isteri; melamar; meminang: Dia menyuruh orang tuanya ~ gadis itu. mempertanyakan menimbulkan sesuatu yg ditanyakan; menjadikan sesuatu sbg bahan bertanya(-tanya); mempersoalkan: Kerana difikirkan tidak menjalankan tanggungjawab, orang ramai ~ peranan pihak berkuasa. tertanya-tanya 1 dlm keadaan bimbang (hairan dsb) dan seolah-olah bertanya-tanya dlm hati: Ia ~ apakah maksud mimpinya itu. 2 selalu bertanya; asyik bertanya: Anak kecil itu sentiasa ~ akan ibunya. pertanyaan 1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya. 2 sesuatu yg ditanyakan atau yg dipertanyakan: ~ yg sukar. penanya orang yg bertanya, menanyai atau menanyakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
temu duga | 1 soal jawab antara majikan dgn orang yg memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dgn orang kenamaan, spt tokoh politik; temu bual; wawancara. menemu duga menyoal pemohon kerja, tokoh politik dll (mengenai sesuatu perkara): Hanya sepuluh orang pemohon yg telah dipanggil utk ditemu duga. penemu duga orang yg menemu duga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
soal jawab | pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanya jawab | soal jawab (dlm majalah dll); temuramah (dgn orang-orang kenamaan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanya jawab | soal jawab, temu ramah, wawancara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanya; - jawab | soal jawab (dlm majalah dll); temu ramah (dgn orang-orang kenamaan dll). | Kamus Pelajar |
temu ramah | soal jawab antara pemberita surat khabar dgn seseorang utk mendapatkan berita dll; wawancara; temu bual. | Kamus Pelajar |
temu duga | 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dgn orang kenamaan spt tokoh politik dll; temu bual; wawancara. | Kamus Pelajar |
temu duga | 1 soal jawab antara majikan dgn orang yg memohon kerja dll. | Kamus Pelajar |
talkin | talkin Ar 1. petunjuk atau peringatan tentang soal jawab dlm kubur yg dibacakan kpd jenazah orang Islam selepas sahaja ia dikebumikan; 2. bimbingan mengucapkan kalimah syahadah yg dibisikkan pd telinga seseorang mukmin yg sedang menghadapi saat kematian atau dlm keadaan sakaratul maut; air ~ air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; bertalkin membaca talkin: biar dia sendiri mendengar orang ~ hingga tamat; mentalkinkan membaca talkin kpd jenazah yg baru sahaja dikebumikan, atau kpd seseorang yg sedang menghadapi saat kematian atau dlm keadaan sakaratul maut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
question time | n masa soal jawab. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
catechism | n 1. questions and answers for religious instruction, soal jawab agama; 2. close questioning, soalan-soalan yg rapi: to face the ~ of the opposition, menghadapi soalan-soalan yg rapi drpd pihak pembangkang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cross-fire | n 1. (kejadian) tembak-menembak: he was caught in the ~, dia terperangkap dlm kejadian tembak-menembak; 2. (fig.) bertalu-talu, bertubi-tubi: a ~ of questions and answers, soal jawab yg bertalu-talu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
give | ~ over to, a. hand over to, menyerahkan [sst] kpd: the keys to the apartment were ~n over to the security guard, kunci pangsapuri itu telah diserahkan kpd pengawal keselamatan; b. set aside for, (usu pass.) dihabiskan dgn: the rest of the time was ~n over to a question and answer session, masa yg lebih itu dihabiskan dgn sesi soal jawab; c. completely devote (os) to, mengabdikan: he gave his life over to research, dia mengabdikan sepanjang hayatnya membuat penyelidikan; ~ os over to, (a feeling) mengikutkan hati dan [v]: he was feeling down but didnt ~ himself over to despair, dia berasa sedih tetapi tdk ikutkan hati dan berputus asa; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
catechism | soal jawab | Sejarah | Tiada | Pengajaran lisan secara soal jawab biasanya dalam kelas agama dan moral. |
question and answer | soal jawab | Komunikasi | Korporat | Proses komunikasi dua hala antara sumber degan penerima maklumat. Proses ini merupakan amalan asas pelaksanaan komunikasi bersemuka yang membolehkan kedua-dua pihak bersoal jawab bagi menjelaskan kenyataan dan persoalan yang kabut atau tidak mantap. Dalam komunikasi korporat, proses ini boleh berlaku semasa sidang media antara pihak pengurusan atasan dengan pihak media, antara pelanggan dengan pihak syarikat atau organisasi, dalam mesyuarat di peringkat jabatan, dan antara pihak pengurusan atasan dengan khalayak dalaman berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui bersama. Selain menggunakan kaedah rasmi, soal jawab boleh berlaku melalui elektronik atau pertemuan di kaunter pertanyaan. |
question and answer | soal-jawab | Pendidikan | Tiada | Tiada |
question-and-answer method | kaedah soal jawab | Pendidikan | Tiada | Kaedah mengajar dan menilai pelajar melalui siri soalan yang dikemukakan dan dijawab secara lisan. |
catechismus | catechismus | Kesusasteraan | Tiada | Sesuatu teks yang berhubungan dengan soal jawab agama. Contoh: Kitab Seribu Masalah. |
circuit time | masa maklum balas | Pendidikan | Tiada | Masa yang diambil oleh guru untuk memberi maklum balas tentang tugasan, soal jawab dan sebagainya kepada pelajar dalam sistem pendidikan jarak jauh. |
calypso | calypso | Muzik | Tiada | Lagu popular rakyat Trinidad dan Jamaica yang bersinkopasi dan diimprovisasikan. Melodinya bercorak soal jawab dan liriknya bertemakan kehidupan rakyat serta komentar politik. Ensembelnya terdiri daripada alat muzik seperti dram besi, liub buluh, wisel timah dan gitar. |
news conference | sidang berita | Komunikasi | Tiada | Pertemuan yang diadakan dengan para wartawan untuk menyampaikan maklumat penting yang perlu disebarkan segera. Dalam pertemuan ini, sesi soal jawab turut diadakan bagi menjawab segala persoalan yang timbul. Selain itu, pertemuan ini juga bertujuan untuk mendapat liputan media massa mengenai sesuatu perkara. sidang media, sidang akhbar, sidang berita. |
online help | bantuan dalam talian | Teknologi Maklumat | Tiada | Bantuan yang diperoleh dengan merujuk manual, pertanyaan melalui telefon ataupun rujukan menerusi Internet. Bantuan yang diperoleh melalui internet mungkin dalam bentuk rujukan manual elektronik, FAQ, soal jawab interaktif, e-mel dan lain-lain. Bantuan ini amat diperlukan oleh pengguna yang menghadapi masalah menggunakan komputer, peranti komputer, dan perisian. Contoh laman www.dbp.gov.my yang menyediakan bantuan dalam talian berkaitan ejaan. |
media briefing | taklimat media | Komunikasi | Korporat | Sesi pertemuan antara wakil organisasi dengan pihak media. Sesi pertemuan dengan pihak media hanya berlaku apabila wujud sesuatu keadaan yang memerlukan pihak organisasi menjelaskan sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya, penjelasan tentang sesuatu acara atau peristiwa penting yang berkaitan dengan organisasi dan pemakluman tentang sesuatu perubahan keadaan atau situasi dalam organisasi. Antara perkara yang diperjelas dalam sesi taklimat media termasuklah maklumat latar belakang dan gambar tentang subjek yang diperkatakan, serta maklumat publisiti lain yang berkaitan. Taklimat biasanya disampaikan oleh ketua organisasi atau jurucakap organisasi dalam keadaan terkawal tanpa melibatkan soal jawab yang banyak antara media dengan organisasi. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tebawen I | tanya, soal; ~ uleang soal jawab; | Melanau Mukah | |
|
|