political discourse | wacana politik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perbincangan serta perdebatan tentang ilmu politik secara intelektual yang bersifat formal, melibatkan pertukaran idea, persepsi, buah fikiran oleh sekumpulan individu. Biasanya wacana ini dibuat apabila timbul satu isu dalam sesebuah negara yang boleh memberikan impak kepada kedudukan politik. Ia sering melibatkan golongan terpelajar seperti siswa-siswi, golongan intelek mahupun ahli politik. Wacana ini dipercayai dapat mencambahkan pemikiran dalam memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam. Contohnya, perbincangan terhadap isu yang berkaitan dengan globalisasi, liberalisasi, dasar luar negara dan sebagainya. |