Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
nanoscale synthesisSintesis yang berkaitan dengan penghasilan nanostruktur dengan geometri khusus dan pada tempat tertentu di atas suatu permukaan substrat. Sintesis ini juga melibatkan sifat kimia dan komposisi molekul yang digunakan. Kaedah yang biasa digunakan dalam sintesis ini ialah kaedah kimia, pengewapan laser, termolisis, dan kaedah denyutan laser.
laser evaporation synthesisTeknik sintesis nanozarah dengan menggunakan alur laser untuk menyejat bahan sasaran yang kemudiannya terkondensasi menghasilkan zarah bersaiz kurang daripada 100 nm.
codonSatu rantaian tiga nukleotid pada mRNA yang membentuk kod genetik bagi menghasilkan asid amino tertentu ke dalam rantai polipeptida semasa proses sintesis protein atau isyarat untuk memberhentikan sintesis protein tersebut.
nanoparticle synthesisKaedah kimia atau fizik yang digunakan untuk menghasilkan nanozarah. Contohnya, kaedah plasma RF, kaedah sol-gel, termolisis dan kaedah denyutan laser.
Merrifield methodTeknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini.
messenger RNABentuk RNA yang menjadi perantara bagi pemindahan maklumat genetik daripada sel nukleus ke ribosom dalam sitoplasma. Pengutus RNA berfungsi sebagai templat bagi sintesis protein. Molekul mRNA adalah pendek berbanding DNA dan merupakan nanodawai pendek.
bottom-up nanofabricationPembinaan struktur peranti yang bermula daripada unit terkecil seperti atom atau molekul, sehingga menjadi produk akhir. Proses ini menggunakan teknik sintesis kimia yang rumit dan dikawal rapi, seperti teknik swapasang. Banding nanofabrikasi atas-bawah.
nanoclusterGugusan nanozarah berbagai-bagai saiz antara 1 nm - 100 nm. Nanogugusan mempunyai sifat tertentu, iaitu antara sifat molekul dan sifat bahan pukal. Nanogugusan logam dipakai dalam proses sintesis kimia sebagai pemangkin.
nanorodStruktur yang bentuknya seperti batang kayu, berdiameter 1 nm -100 nm dan nisbah panjang terhadap lebar adalah antara 3 - 5. Beberapa nanorod diperbuat daripada logam atau bahan semikonduktor, contohnya emas dan silikon karbida (SiC). Nanorod dihasilkan menerusi sintesis kimia dan mempunyai kegunaan meluas dalam teknologi paparan hingga kepada mikroelektromekanik (MEMS).
albuminProtein ringkas yang larut dalam air dan dapat tergumpal oleh haba. Albumin didapati dalam putih telur, serum, darah, susu, dan kebanyakan tisu haiwan dan tumbuhan. Dalam bidang perubatan, albumin merupakan bahan yang menjadi kunci untuk melaraskan tekanan osmotik darah, manakala dalam bidang nanoteknologi, albumin dapat bertindak sebagai surfaktan dalam proses sintesis nanobahan.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sintesis.