Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
sintesis | synthesis | Proses membentuk sebatian yang baharu dengan cara menggabungkan dua atau lebih unsur atau sebatian. | Menengah Rendah |
asid ribonukleik | ribonucleic acid | Asid nukleik yang memainkan peranan yang penting dalam sintesis protein semua organisma hidup. Ia adalah bahan genetik bagi kebanyakan virus. | Menengah Atas |
ribosom | ribosome | Organel berbentuk sfera yang terdiri daripada protein dan RNA. Ia adalah tempat sintesis protein dalam sel. | Menengah Atas |
hormon adrenokortikotrofik | adrenocorticotrophic hormone | Hormon yang dirembeskan oleh lobus anterior kelenjar pituitari, yang merangsangkan sintesis dan perembesan hormon oleh korteks adrenal. | Menengah Atas |