Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ingin bertanya perbezaan ayat-ayat sindiran & ironi dalam bahasa melayu. Saya sedang melakukan penyelidikan dalam bidang ini dan perlukan pengesahan. Untuk makluman, saya sudah ada dataset ayat-ayat sindiran dan ironi, ini saya collect dari social media data seperti facebook comment & twitter comment. Cuma, saya perlukan pengesahan dan nasihat dari pakar bahasa di DBPi untuk menentukan aya-ayat dari dataset saya ini sama ada berbentuk sinidiran atau ironi. Sebagai contoh, secara manual, saya menganalisa 2 ayat ini yang diambil pada komen di Facebook pada posting mengenai Bajet 2024 adalah seperti dibawah; 1. Perkukuh ekonomi negara je, ekonomi rakyat hampeh, duit melayang, habis kami semua dikerjakan (SINDIRAN). 2. Bajet dari kerajaan paling BAGUS di dunia. (IRONI) Saya diberitahu daripada team kajian saya bahawa saya boleh menghubungi pihak DBP untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar bahasa mengenai kajian saya ini. Jadi, saya memerlukan khidmat nasihat & pengesahan sekiranya ada Pakar Bahasa Melayu dari DBP yang dapat membantu kajian saya, mungkin kita boleh berjumpa dan berbincang secara terperinci. Terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, sindiran bermaksud kata-kata sinis atau tajam yang disampaikan secara berkias atau secara tidak terus terang, biasanya untuk bergurau, menegur kesalahan seseorang, meluahkan perasaan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Ironi pula bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya.

Untuk data penyelidikan seperti yang dimaklumkan, puan perlulah menjalankan penyelidikan dan analisis berdasarkan kajian puan. Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan analisis data atau kajian bagi penyelidikan. Bagi membantu puan menyelesaikan tugasan ini, puan boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan seperti Kamus Dewan Perdana dan Tatabahasa Dewan Edisi Keempat.

Lain-lain20.12.2023
apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1.Akhbar itu menyediakan ruangan pujuk sebagai sindiran kepada pihak tertentu supaya mereka memikirkan semula tindakan yang telah mereka ambil. 2.Apabila harga barangan semakin meningkat, mereka terpaksa membeli juga barang-barang tiruan yang berharga murah di pasaran. 3.Petronas telah meningkatkan usaha menggali minyak pada tahun lalu dalam usaha meningkatkan tabungan minyak sekurang-kurangnya 25 peratus.1.Akhbar itu menyediakan ruangan pojok sebagai sindiran kepada pihak tertentu supaya mereka memikirkan semula tindakan yang telah mereka ambil.
 
2.Apabila harga barangan semakin naik, mereka terpaksa membeli juga barangan tiruan yang murah di pasaran.

3.Petronas telah meningkatkan usaha menggali minyak pada tahun lalu dalam usaha menambah tabungan minyak sekurang-kurangnya 25 peratus.
Tatabahasa22.04.2013
Apakah kegunaan bahasa kiasan?Bahasa kiasan - digunakan sebagai pertimbangan mengenai sesuatu perkara dengan perbandingan, mengibaratkan atau membuat sindiran yang ditujukan kepada seseorang.Lain-lain29.09.2006
apakah perbezaan antara tema dan maksud dalam sesebuah seloka ?Tuan,

Untuk makluman, seloka bermaksud puisi yang berisi ajaran (sindiran, jenaka dll). Tema dalam seloka ialah subjek yang menjadi dasar/pokok sesuatu pembicaraan dalam seloka. Manakala, maksud  dalam seloka pula ialah tujuan sesebuah seloka itu dicipta, sama ada mengejek, menyindir secara serius atau berjenaka, mengkritik tingkah laku, sikap atau sifat negatif dan sebagainya.
Sastera22.04.2019
BAHASA KIASANMenurut Kamus Dewan, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain. Kiasan juga bermaksud ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan. Bahasa kiasan ialah bahasa yang digunakan untuk membuat perbandingan terhadap sesuatu dengan cara yang lebih menarik.Untuk memehami pengertian bahasa kiasan, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP. Terima Kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Makna18.12.2006
Assalamualaikum. Boleh tak terangkan maksud kiasan berkacau?Menurut Kamus Dewan, kiasan bermaksud pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain. Kiasan juga bermaksud ibarat, perumpamaan, sindiran, pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan. Kiasan berkacau tiada dalam pangkalan data kami.Makna17.07.2014
Salam sejantera, Mohon perlu penjelasan frasa "pulang paku buah keras". Harap dapat sertakan contoh ayat bagi menerangkan maksud. Terima kasih.Pulang paku buah keras bermaksud memulangkan balik kata-kata atau sindiran yang ditujukan kepadanya dahulu kepada orang yang menyindirnya.

Saleha pulang paku buah keras kepada rakannya yang pernah bercerita pasal dirinya.
Makna13.02.2013
Assalamualaikum. Apakah perbezaan antara "sindir" dan "perli"? Boleh tolong berikan contoh perbuatan yang menggambarkan setiap istilah? Terima kasih.Waalaikumussalam.  Sindir dan peril membawa maksud yang sama.  Sila lihat dalam Kamud Dewan Edisi Keempat atau Kamus Pelajar.

Perli :  Ucapan yg dikeluarkan utk mengejek atau utk menyindir; sindiran; ejekan. memerli mengucapkan kata-kata yg menyindir atau yg mengejek: Jangan suka ~ orang.

Perli:  Sindiran perkataan yg di­ucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. menyindir mengatakan sesuatu (utk mengejek atau utk mencela) dgn cara tidak terus terang; menggiat: Ketika bersama-sama di dlm bas, dia selalu ~ saya.
Makna20.03.2014
Apakah perbezaan antara nama julukan, nama samaran dan nama timangan? Mereka seolah-olahnya sama sahaja. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, nama julukan bermaksud nama yang diberi sebagai jolokan (ejekan, sindiran). Nama samaran pula ialah nama yang bukan nama yang sebenarnya atau nama untuk menyem­bunyikan nama yang sebenarnya manakala nama timangan pula bermaksud nama yang dipakai untuk menyatakan sayang atau manja atau nama lain daripada nama yang diberikan ketika lahir.



Lain-lain16.10.2021
Bijak Bisnes AHA 5.37 PTG Bijak Bisnes Assalamualaikum.. Ape yg dimaksudkan dgn bahasa 'sarkastik' ?Sarkastik bermaksud bersifat menyindir (dengan kata yang tajam, pedas) yang boleh menyakitkan hati seseorang. Bahasa sarkastik ialah unsur bahasa yang digunakan dalam menyampaikan maksud sindiran.Makna10.09.2017
1
Tesaurus
 
sindir
Kata Terbitan : menyindir, sindiran,