Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Golongan kata untuk perkataan SINAR?Perkataan sinar tergolong dalam kata nama.Tatabahasa12.08.2021
Mengapakah perkataan lut sinar tidak dieja rapat dalam Kamus Dewan (seakan-akan lutsinar tidak baku) walaupun dalam penulisan biasa dan istilah digunakan lutsinar lebih kerap daripada lut sinar?Ejaan yang betul ialah lut sinar seperti yang terakam dalam Kamus Dewan.Ejaan03.04.2018
"...muka hadapan akhbar Sinar Harian." atau "...muka depan akhbar Sinar Harian." atau kedua-duanya betul dan tepat?

Salam saudara,

Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, depan dan hadapan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua bentuk, iaitu muka depan dan muka hadapan adalah betul dan boleh digunakan.

Makna09.10.2012
Soalan saya berkenaan dengan penggunaan bahasa melayu bagi x-ray dan sinar-x. Saya telah rujuk pada kamus dewan edisi keempat. Kedua-dua perkataan ada dalam kamus. Jadi, adakah dibolehkan penggunaan kedua-dua perkataan x-ray atau sinar-x di dalam ayat bahasa melayu. Jika menggunakan kedua-dua perkataan tidak menjadi kesalahan bahasa ke? Terima kasihKedua-dua perkataan x-ray dan sinar-x boleh digunakan dan tidak menjadi kesalahan bahasa. Makna30.03.2022
Salam dan selamat sejahtera. Semoga ceria menerima pertanyaan ini. Kami ingin buat semakan sama ada ejaan 'lutsinar' adalah satu perkataan atau dua perkataan (lut sinar)? - sama ada bagi kegunaan istilah atau bukan istilah. Berdasarkan prpm (5/12/12), ia satu perkataan: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lut+sinar&d=10 Terima kasih atas maklum balas.Ejaan yang betul ialah lut sinar, kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan19.12.2013
Assalamualaikum, saya ingin bertanya ayat ini betul atau tidak,Memberi sinar kegemilangan Di pentas bahasa dan juga Namanya kekal dipersada jiwa kita semua. terima kasih. Jika ayat ini tidak tepat, boleh tak dicadangkan ayat yang lebih bagus dari yang ini. Terima kasih.Tidak ada konteks yang jelas tentang ayat tersebut, mungkin ayat tersebut dapat diperbetulkan menjadi (jika tidak lari maksud sebenarnya) Memberi sinar kegemilangan dalam memartabatkan bahasa dan namanya kekal dalam jiwa kita semua.Tatabahasa14.09.2014
Assalamualaikum, saya nak tanya adakah "blue light" diterjemahkan dalam BM adalah cahaya biru atau sinar biru?Mohon berikan konsep atau contoh ayat bagi perkataan yang ingin diterjemahkan agar pihak kami boleh memberikan padanan yang baik dan betul.Makna09.02.2022
ape makna dan maksud istilah 'kirana' 'aruna' 'kinara'Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud bagi perkataan kirana ialah ark sinar; 2. cantik, elok, indah.  Istilah aruna pula digunakan dalam bidang kimia, manakala istilah kinara tiada dalam sumber rujukan kami.Makna11.02.2010
"Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - Bangkok ditangguhkan KE 19 Mac 2014" atau "Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - BAngkok ditangguhkan KEPADA 19 Mac 2014"? (Sumber: Sinar Harian, 9 Januari 2014)"Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - Bangkok ditangguhkan KE 19 Mac 2014". Kata sendi "ke" lebih sesuai kerana menunjukkan pergerakan masa ke hadapanTatabahasa09.01.2014
ingin mengetahui istilah garnet diterjemahkan dalam bahasa malaysiaIstilah garnet dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu yang bermaksud sejenis batu bernilai yg lut sinar, berwarna merah tua, hijau atau kuning, yg dijadikan sbg batu permata.Istilah18.06.2009
Tesaurus
 
sinar
Kata Terbitan : sinaran, bersinar, menyinar, bersinar-sinar, menyinari, menyinarkan, penyinaran,

Puisi
 

Lang Buana mengait ciku,
     Gugur sebiji ke Majapahit;
Hilang warna manikam biru,
     Terkena sinar intan yang baik.



Lihat selanjutnya...