Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apa yang dimaksudkan dengan plenari? contoh ayat: sidang plenari

Kata 'plenari' tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Berdasarkan penggunaan semasa, kata tersebut mungkin membawa maksud 'pleno'. Contoh: "Sidang Pleno"

pleno bermaksud: rapat (sidang) ~ rapat atau sidang yg lengkap drpd seluruh anggota.

Makna04.11.2008
As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini.Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa.Tatabahasa13.11.2011
saya Sarina dari Kraftangan Malaysia.. saya sedang menyiapkan cadangan untuk melantik sidang editorial buletin. bolehkah saya mendapatkan bantuan dari DBP untuk mendapatkan penjelasan tentang fungsi dan peranan setiap anggota sidang redaksi (cth:ketua editor, editor grafik, editor teks dll). terima kasih atas segala maklumbalas.. sekian.

Dalam penerbitan buletin, struktur editorialnya merangkumi Ketua Editor, Editor, Pembantu Editor, dan  Editor Pengeluaran. Fungsi umum sidang editor ini adalah seperti yang berikut:

1. Ketua Editor- Menjalankan tugas pengurusan penerbitan buletin secara keseluruhannya, seperti perancangan, pengorganisasian kerja, pengarahan, dan pengawalan. Perancangan penerbitan buletin  merangkumi tugas seperti merancang strategi penerbitan buletin  mengikut kehendak atau spesifikasi penerbit, dalam hal ini mengikut dasar penerbitan Kraftangan Malaysia.

2. Editor- Mengetuai  operasi penerbitan  buletin , seperti memastikan makalah  siap mengikut tarikh yang dikehendaki; ertinya memastikan pengakuran kepada jadual penerbitan. Editor juga membantu Ketua Editor dalam hal pengurusan penerbitan buletin , seperti merancang strategi penerbitan, melantik penulis yang sesuai dan  membuat penilaian makalah dan penyuntingan substantif   pada makalah tersebut.

3. Pembantu Editor- Membuat kerja penyuntingan dari segi  tatabahasa dan sebagainya termasuk menyemak pruf sebelum disahkan oleh Ketua Editor.

4. Editor Pengeluaran - Membuat  kerja rekabentuk buletin  seperti halaman pertama, , teks, dan sebagainya dan juga menguruskan atur huruf .

 

 

 

 

 

Lain-lain27.09.2010
2 Soalan: 1. Apakah maksud rapat umum? Ayat "ramai menyertai rapat umum untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan"...adalah betul? 2. Apakah kata adjektif yang boleh digunakan untuk mengambarkan ayam? Adakah ayat ini betul, "Oleh sebab ayam Pak Zahir sihat, ramai membeli ayam daripadanya." Jawapan yang diberikan dalam buku ialah salah atas penggunaan perkataan sihat.

Sdr. Piong Sin Yee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang;  jadi ayat ini betul

kata adjektif yang boleh digunakan bagi ayam antaranya ialah ayam segar, kukus, salai.

ayat yang diberikan tidaklah berapa tepat, biasanya ayam dikaitkan dengan segar/.

Makna12.09.2009
kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak Sidang Roh oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun?Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di'  digunakan untuk merujuk tempat.  Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya.    Tatabahasa06.03.2008
Saya kecewa dengan pemimpin-pemimpin Melayu semasa mereka berucap atau mengadakan sidang akhbar sama ada di TV 1, TV 2, atau TV 3. Mereka mengatakan bahasa melayu abahsa rasmi. bahasa Melayu bahasa Perpaduan tetapi semua itu hanya manis di mulut sahaja. Cakap dan tak serupa bikin. Dalam majlis yang dihadiri oleh khalayak masyarakat India atau Cina, pemimpin-pemimpin kita begitu tunjuk lagak seolah-olah merekalah yang pandai berbahasa Inggeris. Kononnya, berucap dengan bahasa Inggeris lebih difahami oleh khalayak. TAPI sebenarnya, suatu penghinaan kepada kaum India dan Cina yang telah menetap di negara ini selama lebih 50 tahun. Seolah-olah pemimpin-pemimpin kita beranggapan bahawa masyarakat India dan Cina tidak mahir berbahasa melayu. Seolah-olah mereka tidak faham apabila pemimpin berucap dalam bahasa Melayu. Saya cukup sedih dengan pemimpin kita yang berpura-pura ingin memperkasa bahasa Melayu tetapi semuanya hanya mainan bibir sahaja.

Encik Mahayuddin,

Pandangan yang tuan berikan itu memang tepat sekali. Sepatutnya para pemimpin menjadi contoh dan teladan yang baik, bukannya merendahkan martabat bahasa Melayu. Marilah kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara kita.

Lain-lain05.10.2010
Isu kesantunan bahasa yang digunakan masa kini, adakah bahasa yang digunakan tidak melambangkan bahasa melayu yang baik, contohnya sidang parlimen sekarang yang tidak mencerminkan budaya dan bahasa melayu yang sebenar?

Dalam konteks rasmi pengguna disarankan menggunakan bahasa tinggi sesuai dengan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, lebih-lebih lagi di dewan yang mulia dan penghuninya terdiri daripada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat sewajarnyalah menggunakan bahasa tinggi. Bahasa Melayu lengkap dengan kosa kata yang elok dan baik untuk penggunanya dan terserah kepada penuturnya untuk membuat pilihan dan kerana kera itulah banyak disebut orang Bahasa Menunjukkan Bangsa. Terima kasih.

Lain-lain31.12.2008
Soalan a dan b merujuk Berita Mingguan ( 8 Jun 2008 ), ingin mengetahui adakah betul penggunaan "kosa kata" a) PM sampai ucap tama sidang Islam - ucap tama b) Kementerian Kerjaraya - kenapa rapat dan bukan jarak ? c) Pelancongan atau pelancunganEjaan yang betul ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia dan ucap utama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih.Ejaan08.06.2008
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera, Salam penuh takzim, Saya berminat untuk menyumbangkan artikel dalam majalah Dewan Bahasa dan Dewan Masyarakat, namun bagaimanakah caranya? Adakah penulisan artikel mesti berdasarkan tema yang telah ditetapkan oleh DBP? Mohon pencerahan. Trm kasih.Waalaikumsalam. Setiap bulan sidang editorial akan menetapkan tema untuk majalah masing-masing. Walau bagaimanapun, puan boleh menghantar sebarang artikel yang sesuai dengan majalah yang dipilih kerana terdapat banyak ruangan lain yang disediakan untuk penulis.Terima kasihLain-lain12.04.2013
Adakah Siri Kamus istilah MABBIM Kamus Perhutanan:Pengurusan Hutan, mempunyai bentuk istilah yang mengandungi pembentukan kata atau tidak? Adakah kamus istilah dalam bidang ini mengandungi bentuk istilah yang digubal secara asli ataupun yang dipinjam?

Saudara,

Istilah yang dibentuk menerapkan pedoman pembentukan istilah seperti yang terkandung di dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah hasil sidang MABBIM. Bentuk istilah  digubal mengikut kaedah yang ditentukan di dalam buku pedoman tersebut , iaitu  istilah bahasa Inggeris diberi padanan kata  bahasa Melayu jati atau padanan kata tersebut dipinjam dan disesuaikan bentuk ejaannya mengikut pedoman sedia ada.  

Lain-lain12.02.2010
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sidang