Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Buku ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
BADARUDDIN H.O.

BADARUDDIN H.O. (1942 -     ), penyair Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 23 September 1942 di Kampung Burung Pingai Air, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Haji Othman. Setelah dia dikurniai gelaran oleh Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 6 November 1984, dia dikenal sebagai Pehin Udana Khatib Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Haji Othman (salah seorang Menteri Agama, Brunei). Dia menerima pendidikan asas di Brunei. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, Badaruddin melanjutkan pelajaran di Sekolah Arab al-Juneid, Singapura. Setelah itu dia meneruskan pelajaran di Kolej Islam Kelang. Dari tahun 1968 hingga tahun 1971, dia ke Al-Jamiah al-Azhar, Mesir dan lulus dengan memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang Siasah Perundangan Islam.

SASTERAKonsep
1
Tesaurus
 
siasah
Rujuk :politik