Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah maksud a) siar raya b) alat siar rayaSiar raya ialah ucapan umum atau padanan dalam bahasa inggerisnya public address. Dan siar raya juga boleh membawa maksud alat siar raya.Makna07.02.2012
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk haiwan, khususnya kambing "bersiar-siar" di padang? Bolehkah "bersiar-siar" digunakan untuk merujuk haiwan atau adakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Sekian, terima kasih.Bersiar-siar lazimnya dikaitkan dengan perbuatan manusia yang berjalan-jalan untuk mengambil angin atau untuk berehat-rehat.  Oleh itu, bersiar-siar tidak sesuai digunakan untuk merujuk binatang yang berkeliaran di padang. Perkataan yang sesuai ialah berkeliaran atau merayau.Tatabahasa31.01.2011
Saya dan ibu bersiar-siar di pasar raya. Adakah perkataan bersiar-siar sesuai digunakan untuk di pasar raya? Atau ada perkataan yang lebih sesuai?

Perkataan “bersiar-siar” kurang sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang lebih sesuai ialah “membeli-belah” atau “berjalan-jalan”.

Tatabahasa19.11.2024
Assalamualaikum. Adakah ada perbezaan antara siar kaki dan kaki lima?Siar kaki ialah istilah lama yang juga bermaksud kaki lima atau laluan jalan kaki.Istilah05.02.2015
perkataan siar kaki@siarkaki; perkataan guna sama@gunasama; penggunaan "double kk" cth menggunakan tqSiar kaki dan guna sama.Lain-lain01.08.2007
Perkataan manakah yang betul, siar raya atau siaraya?

Ejaan yang betul ialah siar raya.

Untuk maklumat lanjut dan rujukan, sila layari laman web prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa24.09.2024
Wujudkah perkataan siaraya? Atau apakah ejaan betul bagi perkataan tersebut? Siaraya, Siar raya, Siaran raya atau bagaimana? Terima kasih.siar rayaTatabahasa08.11.2007
ingin mengetahui perkataan 'siarkaki' atau 'siar kaki'. dengan nama lain adalah laluan pejalan kaki / koridor.

Saudara,

Perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu siar kaki.

Ejaan05.01.2010
Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai.Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. - ketiga-tiga perkataan tersebut betul tetapi lazimnya yang dijumpai di pantai ialah siput dan kulit siput.Tatabahasa17.05.2010
Selepas makan malam, ibu suka () di tepi pantai Aberlari-lari Bbersiar-siar Cberlumba-lumba Dberlepak-lepak Mana satu yang betul Terima kasihJawapan:

Selepas makan malam, ibu suka bersiar-siar di tepi pantai.
Lain-lain22.03.2022
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siar

Puisi
 

Pergi ke hutan mencari akar,
     Sambil duduk bersiar-siar;
Sebab dipikat burung di sangkar,
     Burung di hutan terlalu liar.



Lihat selanjutnya...