Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera. Kemusykilan - Yang manakah betul? pada setiap masa setiap masa pada setiap hari setiap hari terima kasih | Frasa yang betul ialah "pada setiap masa" dan "pada setiap hari". | Tatabahasa | 23.08.2011 |
Salam sejahtera, 1. Kita harus meminta maaf daripada / dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kita harus guna daripada atau dengan dalam ayat di atas?) 2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa. (boleh tambah pada sebelum setiap masa?) 3. Ibu bapa mendidik kita sejak dari kecil / sejak kecil.( sejak kecil / sejak dari kecil). Terima kasih. | Ayat yang tepat: 1. Kita harus meminta maaf daripada/dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kedua-dua perkataan boleh digunakan) 2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa. 3. Ibu bapa mendidik kita sejak sejak kecil. | Tatabahasa | 17.07.2018 |
salam..saya ingin bertanya tentang perkataan 1)dari semasa ke semasa 2) pada setiap masa adakah 2 perkataan ini sama maksud atau berbeza? apakah perbezaan antara dua perkataan itu dan contohnya.. | Waalaikumussalam. Perkataan dari semasa ke semasa dan pada setiap masa berbeza maksudnya. Perbezaan boleh dilihat dalam contoh ayat yang berikut: i. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa ii. Dia menjaga ibunya setiap masa di hospital Sekian. Terima kasih. | Tatabahasa | 14.06.2017 |
1) Salam, mohon nasihat adakah perkataan LITUPAN dan LIPUTAN boleh digunakan setiap masa untuk maksud yang sama atau ada tempat yang hanya salah satu. 2) Yg berikut mana satu betul : a) Litupan bedak asas a) Liputan bedak asas | Frasa yang betul ialah "liputan bedak asas". | Tatabahasa | 21.07.2016 |
Selamat pagi . Adakah ayat berikut betul ??? 1. Kita mestilah menghormati guru kita setiap masa. Soalannya: Perlukah saya mengajar murid saya meletak - lah di belakang perkataan kata bantu ??? Baru-baru ini saya mendapat maklumat bahawa dalam Ujian UPSR Bahagian C , jika murid menulis contohnya mestilah , patutlah , haruslah dikira salah . Adakah ini betul ??? Terima kasih . | Partikel -lah, -tah dan -kah merupakan kata penegas. Ia dirangkaikan dengan kata yang ingin ditegaskan dan mengalami proses pendepanan. Contoh: Itulah rumah idamanku, bukan : Rumah idamanku itulah. Ayat yang cikgu berikan adalah betul. Untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi tentang penggunaan partikel -lah sebagai kata penegas, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261. | Lain-lain | 31.07.2009 |
Salam tuan/puan/cik. Saya sedikit keliru: Adakah perkataan menteri besar nama khas? Perlu ditulis setiap masa menggunakan perkataan Menteri Besar atau bolehkah ditulis menteri besar bila dibuat ayat? Ini kerana rata-rata dalam khidmat nasihat DBP menggunakan perkataan Menteri Besar, huruf besar didepan Yang mana betul apabila dibuat ayat: 1. Sesi bergambar bersama mantan-mantan menteri besar 2. Sesi bergambar bersama mantan-mantan Menteri Besar | Perkataan "Menteri Besar" dieja dengan huruf besar kerana merujuk kepada nama jawatan. Ayat yang betul: Sesi bergambar bersama mantan-mantan Menteri Besar. | Lain-lain | 10.04.2019 |
Berapakah lama alamat email yang dibuat akan aktif dalam web dewan bahasa dan pustaka? | Untuk makluman tuan/puan, alamat e-mel yang telah didaftarkan untuk menggunakan perkhidmatan KNDBP tidak mempunyai tarikh luput dan boleh diaktifkan setiap masa. | Lain-lain | 06.05.2009 |
Ibn Hajar Al-Asqalani 5HB JULAI 3.44 PTG Assalamualaikum..sy ingin bertanye..apakah perbezaan perkataan dari semasa ke semasa dan pada setioa masa..adakah kedua2 perkataan ini sama maksud atau maksud berbeza?terima kasih.. *pada setiap masa harap dapat membantu | Kedua-dua frasa mempunyai maksud yang hamper sama, hanya konteks penggunaannya sahaja yang beza. Dalam hal mengemas kini sesuatu perkara, frasa yang lazim digunakan ialah dari semasa ke semasa. | Tatabahasa | 05.07.2017 |
APAKAH MAKNA INOVASI? | Berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, inovasi bermaksud 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi. | Makna | 06.08.2010 |
Salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan ayat seperti ini: "..hidup dan bernafaskan inovasi" adakah penggunaan ayat tersebut betul "bernafaskan inovasi"? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dalam perkhidmatan bank, misalnya rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yang baru. Daripada takrifan tersebut, penggunaan frasa "...hidup dan bernafaskan inovasi" tidak tepat. Cadangan kami ialah "kehidupan berteraskan inovasi", "inovasi dalam kehidupan". | Tatabahasa | 19.06.2015 |