Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SWALLOW

Swallow ialah burung kecil yang cantik dan

menarik. Ia mempunyai sayap yang panjang dan

kuat, dan kaki kecil, lemah yang hanya sesuai untuk

bertenggek. Ia mempunyai mulut yang besar yang

sesuai untuk menangkap serangga, yang menjadi

makanan utamanya. Ia memakan banyak nyamuk.

UMUM
MULUT

Mulut ialah bahagian badan yang sesuai untuk

menerima makanan. Bibir pada bukaan mulut

membantu kita minum dan mengambil makanan. Di

dalam mulut, ada dua baris gigi, satu di atas baris

yang satu lagi, untuk mengunyah dan

menghancurkan makanan hingga lumat supaya

boleh ditelan dan dihadam. Kelenjar air liur di

dinding dan lantai mulut mengeluarkan air liur,

yang bercampur dengan makanan yang dikunyah.

Air liur menjadikan kita lebih mudah menelan

makanan kering dan membantu penghadaman gula.

Lihat Air liur.

UMUM
MALNUTRISI

Malnutrisi ialah suatu keadaan tidak sihat yang

disebabkan oleh makanan yang tidak berzat,

makanan yang tidak sesuai, atau tubuh yang tidak

dapat menyerap atau menggunakan zat makanan.

Malnutrisi primer berlaku apabila tubuh mendapat

terlalu banyak makanan, tidak memperoleh

makanan yang cukup atau mendapat makanan yang

tidak sesuai. Malnutrisi sekunder berlaku apabila,

disebabkan penyakit, tubuh tidak boleh

menggunakan zat makanan walaupun zat makanan

itu terdapat dalam sesuatu makanan.

UMUM
TINGKAH LAKU PENYESARAN

Tingkah laku penyesaran merujuk kepada

kepelbagaian aktiviti yang kelihatan tidak sesuai

dilakukan dalam sesuatu keadaan tertentu. Sebagai

contoh, sesetengah mamalia merapikan bulunya

apabila hendak mengambil keputusan apakah

untuk melawan atau melarikan diri. Kebanyakan

tingkah laku penyesaran berlaku semasa keadaan

emosi yang berkonflik.

UMUM
PRUN

Prun ialah plum manis yang telah dikeringkan.

Pengeringan menjadikan rupa prun berkedut-kedut.

Plum yang terutamanya sesuai untuk dikeringkan

dikenali sebagai plum prun. Prun mempunyai

kandungan besi dan vitamin yang tinggi.

UMUM
MELUKIS

Melukis ialah perbuatan membuat reka bentuk

atau imej menggunakan garis atau ton, di atas

sebarang permukaan yang sesuai. Reka bentuk atau

imej yang dihasilkan dikenali sebagai lukisan.

UMUM
KOSHER

Kosher, juga dieja kasher, ialah perkataan Ibrani

yang bermaksud sesuai atau betul. Biasanya

perkataan ini dikaitkan dengan makanan, tetapi

boleh digunakan untuk apa-apa sahaja yang

dianggap betul atau boleh diterima mengikut

amalan hukum Yahudi.

UMUM
TEKANAN

Tekanan , ditakrifkan sebagai daya per unit

keluasan. Dalam fizik, istilah ini biasanya digunakan

pada bendalir (gas atau cecair). Jika bendalir

dikenakan daya yang sesuai, tekanan terhasil di

dalamnya. Semakin besar daya, semakin besar

tekanan. Tekanan diukur dalam kilogram per

sentimeter persegi, atau pascal dalam sistem metrik.

Ia diukur dalam paun per inci persegi dalam sistem

imperial.

UMUM
MONAGHAN

Monaghan adalah kaunti di utara Republik

Ireland. Ia adalah salah sebuah kaunti daripada

tiga buah kaunti provinsi Ulster dan bukannya

sebahagian Ireland Utara. Kebanyakan muka

buminya sesuai untuk bercucuk tanam.

Perkampungan yang berselerak dan bandar-bandar

kecil terletak dalam kawasan penternakan.

Bandar Monaghan ialah pusat bandar terbesar.

UMUM
EMPING

Emping ialah sejenis kudapan yang dibuat

daripada padi muda atau pulut, dan kadangkala

diperbuat daripada buah belinjau. Walaupun

semua jenis pulut boleh dibuat emping, namun

yang paling sesuai ialah pulut galah.

UMUM
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,