Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak tadika berusia 4-6 tahun? Murid tadika atau pelajar tadika? atau ada perkataan lain yang lebih sesuaiPerkataan yang sesuai merujuk kepada kanak-kanak tadika berusia 4-6 tahun ialah murid-murid tadika atau kanak-kanak tadika. Istilah30.09.2021
Perkataan alumni sesuai digunakan untuk pelajar lepasan sekolah menengah ke? Sekiranya tidak sesuai, apa perkataan lain yang sesuai digunakan?Kata alumni bermaksud seperti yang berikut:

alumni kata nama
1 bekas pelajar yang tamat dari sesebuah sekolah atau institut pengajian tinggi:
Contoh penggunaan:
Beliau telah dilantik sebagai Presiden alumni USM.
Kelab Alumni Sekolah Perniagaan Harvard Malaysia di Universiti Utara Malaysia.

2 bekas peserta, pelatih dan sebagainya sesebuah persatuan, program dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab Umno Luar Negara;
Kelab Alumni Minggu Penulis Remaja.

Kata lain yang boleh digunakan ialah bekas atau mantan mengikut kesesuaian konteks dan maknanya.

Sila rujuk kamus yang terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat berkaitan bahasa Melayu.
Makna16.12.2023
Search to refine the results. Cari untuk memperhalus kelihatan tidak sesuai. Apa istilah sesuai untuk refine ya?Padanan terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan "refine" dalam konteks yang dinyatakan ialah perincian. Terjemahan "search to refine the result" ialah  cari untuk perincian keputusan.Makna09.11.2022
Saya sedang menterjemah beberapa teks bahasa arab berkaitan Rasulullah. soalan saya, adakah sesuai saya menterjemah "Anta" yang ditujukan kepada Rasulullah dengan "Paduka Tuan". seterusnya, adakah sesuai sekiranya perkataan "syurga" dalam konotasi Islam saya terjemahkan sebagai inderaloka. terima kasih.

Untuk konteks terjemahan yang melibatkan Rasulullah, "Paduka Tuan" tidak sesuai digunakan. Gelaran ini lebih sesuai dengan contoh teks berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan penggunaan gelaran ”Ya Rasulullah”, atau nama sahaja seperti “Wahai Muhammad” bergantung pada kesesuaian konteks ayat.

 

Untuk "syurga" juga tidak sesuai dipadankan dengan “inderaloka” kerana istilah ini juga lebih sesuai untuk teks yang berlatarbelakangkan Alam Melayu atau Nusantara. Pihak kami mencadangkan untuk kekal menggunakan istilah “syurga” atau “jannah”.

Penyemakan dan penterjemahan05.09.2023
Apakah penggunaan 'capai' dalam "Capai Raya Meriah" sesuai? ia bermaksud kita hendak mencapai raya yang meriah. Jika tidak sesuai, apakah sebabnya dan apakah kata ganti yang sesuai yang selari dengan 'capai raya meriah'Menurut kamu s Pelajar Edisi Kedua, maksud capai ialah:
1. (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dengan menghulur­kan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu.
2 Sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun.
3 Mendapat (sesuatu maksud dan lain-lain); menyampaikan atau menjayakan (maksud dan lain-lain): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-cita­nya.
4 Mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi.

Manakala maksud raya pula ialah besar

Maka cadangan penggunaan ayat yang betul dan baik ialah "Mencapai Hari Raya yang Meriah"
Tatabahasa18.03.2021
Konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amannya. Tuan/Puan,saya nak tanya kata sendi nama untuk tidak sesuai digunakan di sini atau betul digunakanKata sendi nama "untuk" sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.01.2021
Adakah perkataan 'DITALISASI PENGGUNA' sesuai digunakan bagi menggambarkan perubahan norma pengguna dalam menggunakan perkhidmatan atau membuat pembelian seperti transaksi dalam talian dan penggunaan platform e-daganag dan sebagainya, atau adakah perkataan lain yang lebih sesuai. Mohon pencerahan dan cadangan. Terima kasih.Padanan perkataan yang sesuai untuk keterangan yang dinyatakan ialah "pendigitalan pengguna". Melalui semakan kami, pola "pendigitalan" lebih banyak digunakan berbanding perkataan "digitalisasi" dan "-sasi" lebih mirip kepada bahasa Indonesia.Istilah12.02.2022
Adakah perkataan 'DIGITALISASI PENGGUNA' sesuai digunakan bagi menggambarkan perubahan norma pengguna dalam menggunakan perkhidmatan atau membuat pembelian seperti transaksi dalam talian dan penggunaan platform e-dagang dan sebagainya, atau adakah perkataan lain yang lebih sesuai. Mohon pencerahan dan cadangan. Terima kasih.Padanan perkataan yang sesuai untuk keterangan yang dinyatakan ialah "pendigitalan pengguna". Melalui semakan kami, pola "pendigitalan" lebih banyak digunakan berbanding perkataan "digitalisasi" dan "-sasi" lebih mirip kepada bahasa Indonesia.Istilah12.02.2022
1. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "the raising of loans"? Sama ada boleh menggunakan perkataan "pemerdapatan pinjaman" sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan? 2. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "to raise loan"? Sama ada boleh menggunakan perkataan "memperdapatkan pinjaman"? 3. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "raised"? Sama ada perkataan "diperdapatkan" boleh digunakan? Adakah perkataan "pemerdapatan", "memperdapatkan" dan "diperdapatkan" betul dari segi tatabahasa?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi the raising of loans ialah peningkatan kadar pinjaman, to raise loan ialah meningkatkan kadar pinjaman atau mendapatkan pinjaman. Manakala raised ialah meningkatkan. Walau bagaimanapun, frasa pemerdapatan pinjaman yang diguna pakai dalam Perlembagaan Persekutuan adalah mengikut laras dan istilah bagi bidang tersebut.

Penyemakan dan penterjemahan28.06.2021
Istilah sesuai bagi Spatial computing. Penerangan "refers to humancomputer interaction that is perceived by humans as taking place in the real world, in and around their bodies, instead of perceptually behind a computer screen."Padanan bahasa Melayu bagi istilah spatial computing ialah pengkomputeran reruang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.02.2024
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,