Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apa beza makna dan penggunaan kata "serap" dengan "resap" | Serap bermaksud masuk melalui liang-liang kecil, manakala resap bermaksud hilang, lenyap, lesap. | Makna | 21.11.2008 |
Untuk kasut dan kain 'oxford', adakah bahasa Melayu akan mengekal ejaannya atau serap menjadi kasut oksford atau kain oksford? Oksford dalam hal ini bukan nama tempat tetapi jenis kain/gaya kasut. | Kami mencadangkan "Oxford" dikekalkan ejaannya. | Istilah | 10.04.2022 |
Assalamualaikum& salam sejahtera, saya ingin bertanya bagaimana untuk membezakan kata majmuk dan frasa? | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku. 1. Daun kering - Frasa nama 2. Bilik muzik - Kata nama 3. Buah pinang - Kata nama 4. Bertempuk tangan - Kata kerja 5. Sedang bernyanyi - Kata kerja 6. Sangat Suka - Kata adjektif 7. Di taman - Frasa sendi nama 8. Seekor rama-rama - Kata nama | Tatabahasa | 26.07.2018 |
APAKAH KATA MAJMUK? CONYOHNYA: | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
Makna Kata Majmuk. | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk lazimnya dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, tidak boleh disisipkan dengan sebarang unsur antara unitnya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kecualian kata majmuk yang ditulis bercantum berdasarkan penggunaannya yang sudah mantap. Contoh bentuk lazim: jalan raya, daya serap. Contoh bentuk kecualian: warganegara, Bumiputera, Kakitangan. (untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman:54-55). | Tatabahasa | 14.09.2020 |
Bagaimana hendak membezakan antara kata majmuk dengan frasa?1) daun kering ,bilik muzik, buah pisang digolong dalam frasa atau kata majmuk? 2) bertepuk tangan, sedang bernyanyi,sangat suka,di taman, seekor rama-rama digolong dalam frasa atau kata majmuk? Minta buat penjelasan...terima kasih | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku. 1. Daun kering - Frasa nama 2. Bilik muzik - Kata nama 3. Buah pinang - Kata nama 4. Bertempuk tangan - Kata kerja 5. Sedang bernyanyi - Kata kerja 6. Sangat Suka - Kata adjektif 7. Di taman - Frasa sendi nama 8. Seekor rama-rama - Kata nama | Tatabahasa | 09.09.2017 |
Salam Tuan/Puan, Menurut Kamus Dewan (2004), "denai" merujuk kepada jejak binatang di hutan (semak, belukar dll). Saya kurang pasti sama ada "denai" juga boleh digunakan bagi merujuk jalan-jalan kecil di dalam hutan. Atau ada apa-apa perkataan yang lebih sesuai bagi merujuk lorang/jalan-jalan kecil yang berliku-liku di dalam hutan/belukar? Sekian, terima kasih. | Seperti yang tuan maklum, denai ialah jejak binatang. Ada beberapa perkataan yang boleh kita gunakan bagi merujuk jalan kecil atau lorong di dalam hutan seperti jalan serap yang bermaksud jalan kecil yang hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui) dan rintisan, iaitu jalan kecil yang baru dibuka dalam hutan. | Istilah | 05.11.2012 |
|
|