Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera. Untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah menjadi ayat majmuk pancangan relatif, yang mana satu adalah betul? Atau kedua-dua jawapan adalah betul? Terima kasih. i) Pekerja restoran memakai pakaian seragam. ii) Pakaian seragam itu kemas. Jawapan 1: Pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas. Jawapan 2: Pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas itu.Jawapan yang betul ialah pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas.Tatabahasa04.05.2018
Adakah perkataan uniform dan seragam mempunyai maksud yang sama?Salam sejahtera,

Perkataan uniform dan seragam membawa maksud yang sama. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mencari makna dan perkataan dalam bahasa Melayu yang betul.

[u.ni.fom] | 

Definisi : pakaian seragam (dipakai oleh askar, polis, dll): pelajar-pelajar sekolah kerajaan dimestikan memakai ~ sekolah; beruniform memakai uniform, berpakaian seragam(Kamus Dewan Edisi Keempat).

Sekian, terima kasih.
 
Makna04.03.2020
Pakaian Seragam Berkualiti HebatUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.
1. Daftar Akaun Pelanggan (bagi pelanggan baharu).
2. Masukkan kata laluan yang diperoleh dan klik Daftar Iklan.
3. Pilih Jenis Iklan - contohnya Papan Premis Kedai (bagi iklan papan tanda syarikat).
4. Buat bayaran.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-21479200/9400/9500.
Lain-lain27.11.2017
1. pakaian seragam pasukan kadet polis sekolah itu kemas nian/sungguh. boleh tolong terangkan perbezaan kegunaan bagi kedua-dua perkataan tersebut. setahu saya kedua-dua perkataan membawa erti yang sama. 2. kegunaan perkataan "titis" dengan "titik". apakah perbezaannya?1. Bergantung kepada kesesuaian ayat dan situasi. 2. Titik dan titis membawa maksud yg sama. Sila rujuk Kamus dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Tatabahasa15.10.2009
Penggunaan Tatabahasa Ayat: 1. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap. 2. Semua pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, tingkaan 3, dan tingkatan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap Soalan: Ayat mana yang betul, 1 atau 2?. Apakah kesalahannya? Terima kasih.Kedua-duanya betul dan gantikan perkataan menggunakan kepada memakai.Tatabahasa07.02.2012
Kata bilangan pisahan: Perlukah penjodoh bilangan diletakkan selepas kata bilangan pecahan 'setiap'? Contoh ayat: Yang manakah gramatis? Setiap murid mesti memakai baju seragam ke sekolah. atau Setiap orang murid mesti memakai baju seragam ke sekolah. Entri di bawah dipetik daripada Kawus Dewan. Penjodoh bilangan 'buah' diletakkan selepas kata bilanga pecahan 'setiap': 'Setiap buah kereta mesti didaftarkan'. Harap dapat jelaskan. Terima kasih. setiap 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban:Ayat yang lebih gramatis ialah ayat kedua kerana penjodoh bilangan "orang" perlu hadir dalam ayat tersebut sebagai penerang pada kata nama yang mengikutinya, seperti dua orang pelajar ...  dua orang ahli PBSM .... setiap orang murid...Lain-lain14.04.2014
apakah bahasa baku?Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.Makna04.07.2006
Penjodoh bilangan untuk sikat, pemotong kuku dan benda-benda kecil yang mempunyai bentuk yang tidak seragam. Tolong jelaskan penjodoh bilangan dan fungsinya.Penjodoh bilangan bermakna perkataan yang digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan. Bagi sikat, penjodoh bilangan yang biasa digunakan ialah batang. Pihak kami sedang merancang untuk menyusun senarai penjodoh bilangan.Lain-lain17.01.2008
saya ingin bertanya tentang pembakuan bahasa melayuPembakuan bahasa Melayu bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.Makna25.08.2006
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? ''tanda pangkat dan lain-lain yang dipakai di bahagian bahu pakaian seragam tentera'' terima kasihKami tidak menjawab soalan teka silang kata. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain17.04.2010
Tesaurus
 
ragam (kata nama)
1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,

2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,

3. Bersinonim dengan lagu: langgam

4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,

Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman,