Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Anak sepat baru berenang, Pasang tiba air pun penuh; Hendak dekat hatiku bimbang, Kupandang saja dari jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ikan sepat mudik ke hulu, Ikan haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ikan sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dada; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih mata.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak sepat anak sembilai, Anak tengkarung di dalam padi; Dari jauh sengek dan kulai, Senyum serong haram tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ikan sepat ikan muara, Anak itik di pinggir kali; Meminta maaf pada saudara, Kesilapan besar sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak sepat mata merah, Ambil lepas dalam cerana; Kalau tersepak jangan marah, Ambo nak pelepas anak teruna.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kacang sepat kaki melela, Orang meraih di lubuk Johor; Di mana tempat hati gila, Hitam manis rambutnya kejur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kacang sepat kacang melata, Kacang melata di atas kota; Orang berempat sebaya saja, Salah satu kuambil juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepat

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Anak haruan putih dada;
Siapa cepat dapat dahulu,
     Siapa kemudian putih mata.



Lihat selanjutnya...