Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Assalamualaikum, terima kasih atas jawapan yang diberikan kepada saya berkaitan dengan istilah menyontek/ menjiplak dalam bahasa Malaysia. Apabila seorang awam masuk ke dalam ruangan peperiksaan dan membawa catatan tanpa diketahui dewan peperiksaan kemudian melihat catatan tersebut senyap-senyap, apa istilah untuk hal tersebut? Dalam bahasa Inggeris perbuatan tersebut dinamakan 'cheat on an exam' atau 'crib'. Terima kasih. Wassalamualaikum. Tata Tambi Bogor - IndonesiaMengikut Kamus Dewan, kata sontek bermaksud melanggar, me­ninju, menolak, menyorong, maka dalam konteks situasi yang diberikan melanggar peraturan peperiksaan. Bagi kata jiplak bermaksud  meniru hasil pekerjaan orang lain; plagiat iaitu mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakan sebagai karyanya sendiri. Maka, perbuatan atau kesalahan melihat catatan secara senyap-senyap semasa peperiksaan lebih merupakan perbuatan melanggar peraturan peperiksaan.Istilah22.10.2014
Manakah ayat yang betul: 1. TOLONG SENYAP AGAR KUSYOK JEMAAH BERSOLAT. 2. TOLONG SENYAP AGAR JEMAAH KUSYOK MENGERJAKAN SOLAT.Ayat yang betul ialah "Mohon senyap agar jemaah khusyuk mengerjakan solat." Ayat lain yang boleh digunakan ialah "Mohon senyap. Jemaah sedang bersolat."Tatabahasa22.11.2013
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani?

Saudari/Saudara,

Jawapan yang betul ialah:

1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut.

2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut.

3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana,

diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat).

4.  i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini?

    II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini?

    III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. 

    IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul.

Tatabahasa14.08.2012
Selamat sejahtera. (A) Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'secara' dan 'dengan'? Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya membaca buku dengan senyap di dalam perpustakaan. 2. Saya membaca buku di dalam perpustakaan dengan senyap. 3. Saya membaca buku secara senyap di dalam perpustakaan. 4. Saya membaca buku di dalam perpustakaan secara senyap. (B) Bagaimanakah membezakan penggunaan 'supaya' dan 'untuk'? (C) Adakah 'ai' yang terdapat dalam perkataan 'pacaindera' ialah diftong dan harus disebut pa+cain+de+ra? (D) Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya beratur sebelum menaiki bas. 2. Saya beratur untuk menaiki bas. Terima kasih.1. Melihat kepada aspek makna, perkataan secara bermaksud cara membuat sesuatu, manakala dengan bermaksud kata yang digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan. Berdasarkan makna tersebut ayat yang betul ialah "Saya membaca buku secara senyap di dalam perpustakaan" dan "Saya membaca buku dengan senyap di dalam perpustakaan".
2. Supaya bermaksud agar atau hendaknya, manakala kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama/frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu.  
3. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Huruf a dan i dalam perkataan pancaindera bukan dalam suku kata yang sama.
Tatabahasa01.05.2012
Apakah perbezaan sunyi dan senyap ? Kedua-dua ialah sinonim atau bukan ? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, senyap bermaksud 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri. Sunyi pula bermaksud 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan ini adalah sama maknanya.Istilah11.11.2010
Selamat sejahtera. 1. Murid-murid membaca buku dengan senyap di perpustakaan. 2. Murid-murid membaca buku di perpustakaan dengan senyap. Ayat yang mana lebih tepat?Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut lagi. Dalam ayat susunan biasa, unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Ayat yang betul ialah Murid-murid membaca buku dengan senyap di perpustakaan.Tatabahasa10.12.2014
1.ayat yang mana satu yang paling sesuai di gunakandan boleh tolong beri penjelasan: a) Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran dengan senyap di perpustakaan. b)Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran secara senyap di perpustakaan. 2.adakah ayat ini betul Murid-murid sedang membaca buku dengan tidak membuat bising.1. Penggunaan perkataan "dengan" dan "secara" boleh digunakan dalam ayat tersebut. Ayat yang paling sesuai ialah "Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran dengan senyap di perpustakaan."  Penggunaan kata sendi nama "dengan" lebih tepat digunakan kerana berfungsi sebagai keterangan cara yang menerangkan ayat induk. Keterangan cara ialah  unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.

2. Ayat tersebut betul.
Tatabahasa28.08.2013
Apakah jawapan untuk soalan di bawah: 1. Antonim Suasana di pasar raya itu riuh dengan suara pembeli. riuh A. bising B. sunyi C. senyap D. sepi Apakah perbezaan antara sunyi, senyap dan sepi? Terima kasih.Perkataan yang paling tepat dalam konteks ayat tersebut ialah "sepi".Tatabahasa17.10.2014
Salam. Adakah ayat ini betul? Saya akan mengajak kawan saya pergi ke tempat yang senyap seperti perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran agar tidak terganggu oleh hal-hal lain.Yang betul ialah, "Saya akan mengajak kawan saya pergi ke tempat yang senyap seperti perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran supaya tidak terganggu oleh hal-hal lain".Tatabahasa29.01.2022
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Pusat tuisyen menyediakan kemudahan yang lengkap seperti alat pendingin hawa.Selain itu,pelajar dapat belajar dengan lebih selesa dalam keadaan senyap.Hal ini juga menyebabkan cikgu dapat mengajar pelajar secara peribadi.Kelebihan yang terdapat pada kelas tuisyen menjadi tumpuan ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.

Tatabahasa29.09.2015
Tesaurus
 
senyap (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak bising: sepi, sunyi, hening, lengang, antap,
Berantonim dengan bising

2. Bersinonim dengan tidak berkata-kata: tidak bersuara, tidak berbunyi, diam, senyap, sengap, membatu, membisu,
Berantonim dengan becok

3. Bersinonim dengan tidak sibuk: lengang, sepi, hening, tenang, sirap,
Berantonim dengan sibuk

4. Bersinonim dengan nyenyak: lena

Kata Terbitan : senyap-senyap, kesenyapan,