Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
"sentiasa diingati, tidak dilupai" Adakah penggunaan bahasa malayu di atas betul?Frasa biasa, bukanlah ayat. Jika ayat, itu bukanlah ayat yang gramatis kerana tidak ada subjek.Tatabahasa22.04.2016
Tuan, bagaimanakah pula dengan ayat di bawah ini? Kata adverba "sentiasa" menerangkan golongan perkataan yang mana? 1. Pegawai itu sentiasa sahaja di sini. Kata adverba "sentiasa" menerangkan perkataan "sahaja", atau menerangkan frasa sendi nama "di sini"? Di samping itu, apakah jenis golongan perkataan untuk perkataan "sahaja"?Adverba “sentiasa” menerangkan frasa sendi nama di sini.  Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa06.12.2014
Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat akan kebajikan pekerjanya atau Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya munsyi, manakah ayt yang manakah betul?Majikan syarikat itu sentiasa mengambil berat kebajikan pekerjanya.Tatabahasa13.02.2012
Soalan berkenaan Notis Lesen Anjing. A. Anjing sentiasa diikat oleh pemilik dengan tali atau rantai. B. Anjing sentiasa diikat oleh pemunya dengan tali atau rantai. Jawapan : A atau B Terima kasihAnjing hendaklah sentiasa diikat oleh pemilik/pemunya dengan tali atau rantai.Tatabahasa09.11.2016
Dia sentiasa berada ___________ saya. a. di hati b. di dalam hati c. dalam hati Pilihan yang manakah adalah betul? Terima kasih.Jawapannya (a), iaitu di hati. 'Di' berfungsi menunjukkan tempat.Tatabahasa18.06.2008
Pejabat ini sentiasa berkomunikasi dengan pihak luar khususnya kontraktor dan juruperunding bagi melaksanakan projek. Malangnya sesetengah kontraktor ingkar menggunakan bahasa kebangsaan dalam surat rasmi mereka kepada Jabatan. Apakah tindakan yang boleh diambil dan wujudkah sebarang peruntukan untuk mewajibkan mereka menggunakan bahasa kebangsaan dalam setiap surat menyurat?Dalam  Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967  (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:
  • Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;
  • Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;
  • Digunakan dalam semua rekod kerajaan;
  • Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan
  • Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.

Sebagai Bahasa kebangsaan yang digunakan dalam semua rekod kerajaan, sewajarnyalah semua urusan dengan pejabat kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan. Walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk mengatasi sikap pelanggan seperti yang saudara hadapi, pemakaian Akta Bahasa Kebangsaan adalah kepada semua warganegara Malaysia.

Lain-lain30.09.2010
Dia sentiasa rajin seperti semut untuk mengulang kaji pelajarannya. Dia sentiasa garang macam singa tetapi baik hati. Ayat ini boleh diterima?Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
Dewan Bahasa dan Pustaka, ayat di bawah yang manakah betul dari segi penggunaan kata sendi nama? 1. Hakimah sentiasa berkongsi segala masalah dengan ibunya. 2. Hakimah sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya. Kata sendi nama "dengan" atau "kepada" lebih tepat digunakan?Ayat yang betul ialah "Hakimah sentiasa berkongsi segala masalah dengan ibunya".Tatabahasa17.08.2014
Apakah perbezaan dari segi penggunaan sentiasa dan senantiasa? Adakah kedua-duanya sama?Sentiasa dan senantiasa sama maksudnya dan penggunaan kedua-dua perkataan juga sama.Ejaan24.06.2014
Saya ingin tahu maksud "untuk menjadi orang yang sentiasa bermotivasi tinggi " ?Untuk menjadi orang yang sentiasa mempunyai semangat yang kuat pada diri sendiri dan mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan.Makna28.08.2016
Tesaurus
 
sentiasa (adjektif)
Bersinonim dengan senantiasa, selalu, sepanjang masa, setiap waktu, selamanya, berpanjangan, berterusan, berkekalan, tunak, selulus, sokmo;,

Puisi
 

Di Kampung Hulu banyak temu,
     Tumbuh bersepah merata-rata;
Adakah tahu nasib temanmu,
     Sentiasa berendam airnya mata.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
436

Once bitten, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekalilah si buta kehilangan tongkat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy.

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekalilah si buta kehilangan tongkat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...