Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Terpelihara pompat sempurna sukat, Terpelihara nyiru elok penampi; Terpelihara adat sempurna sifat, Terpelihara malu duduk terpuji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau menyalin dengan sempurna, Suratnya bersih halamannya terang; Kalau memimpin dengan bijaksana, Rakyatnya kasih Tuhan pun sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sifat tua berdada lapang, Elok budi sempurna sifat; Adat dijaga lembaga dipegang, Untuk menjadi pelita umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bangsal Tok Jalal, Bangsal ikan pari; pastikan rezeki halal, Sempurna anak isteri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sifat muda suka berjalan, Berjalan dekat mahupun jauh; Adat dijaga sempurna iman, Badan selamat hidup senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat muda suka berjalan, Salah langkah membawa sesat; Adat dijaga sempurna iman, Akhlak terpuji beban pun lepas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat muda suka berjalan, Hilir mudik mencari rezeki; Adat dijaga sempurna iman, Fikiran baik diri terpuji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat muda suka berjalan, Berjalan jauh menuntut ilmu; Adat dijaga sempurna iman, Iman kukuh patut ditiru.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada sunah, Sunah nabi pembawa rahmat; Senonoh laku sempurna lidah, Hidup mati pahalanya dapat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada bapak, Bapa alim anak bertuah; Senonoh laku sempurna tegak, Bagaikan kayu banyak berbuah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sempurna.

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.



Lihat selanjutnya...