Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ayat 1; Kerana kesuntukan masa,mereka tidak sempat membincangkan perkara lain dalam mesyuarat semalam. Ayat 2; Kerana kesuntukan masa, perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat semalam. Ayat 3; Perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat semalam kerana kesuntukan masa Ayat 4; Semalam, perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat kerana kesuntukan masa. Soalan; ayat 2, 3 atau 4 kah yang merupakan ayat pasif bagi ayat 1?Ayat pasif yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "Kerana kesuntukan masa, perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat semalam".Tatabahasa11.06.2014
Penggunaan ke atau pada yg betul dalam ayat di bawah. Jasanya tidak sempat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi.Ayat yang betul ialah  Jasanya tidak sempat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi.Tatabahasa23.04.2016
Salam saya hendak hantar borang permohonan jawatan masih sempat tidak untuk saya hantar selepas pukul 2?Salam
Puan boleh menghantar permohonan jawatan kosong pada tarikh tutup permohonan iaitu 24 September 2020 sebelum pukul 12 tengah malam.
Sekian.
Lain-lain22.09.2020
Jika perkataan 'honeymoon' bermaksud berbulan madu, bagaimana pula dengan perkataan 'babymoon'? Contoh ayat, "Sempat lagi tak kita nak 'babymoon'? Jom bercuti kat hotel untuk 'babymoon' kita. Lagipun, sayang dah nak bersalin."Padanan bahasa Melayu bagi kata babymoon ialah bulan madu hamil.Padanan kata ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Lain-lain27.09.2022
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bapa tertarik pada kereta yang canggih itu. 2. Kehidupannya sangat tertib. 3. Adunan ini saya uli untuk membuat piza. 4. Beliau memperoleh undi majoriti. 5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka. 6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja. 7. Negara kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. 8. Dia minum air dengan banyak kerana kehausan. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan betul, kecuali:
5. Warga syarikat itu tekun-tekun belaka.
6. Kami sempat ziarah ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja.
Ayat yang gramatis ialah Warga syarikat itu tekun belaka dan Kami sempat melawat ke Wat Angkor semasa melancong di Kemboja
 
Tatabahasa01.10.2012
Polemik Tabung Bantuan (TBP) berlaku lima tahun lalu setelah negara kita ( )dengan berita yang menyayat hati, iaitu seorang kanak-kanak, Intan Syafiqah Mohamad Fauzi yang berusia tiga tahun meninggal dunia kerana menghidap bengkak hati sebelum sempat menjalani pembedahan. pilihan A tergempar pilihanB kegemparan pilihan C digemparkan pilihanD mempergemparkan mana satu yang betul Kata "dengan" dalam ayat ini ialah kata apa?kata nama?
Polemik Tabung Bantuan (TBP) berlaku lima tahun lalu setelah negara kita digemparkan dengan berita yang menyayat hati, iaitu seorang kanak-kanak, Intan Syafiqah Mohamad Fauzi yang berusia tiga tahun meninggal dunia kerana menghidap bengkak hati sebelum sempat menjalani pembedahan. Kata dengan ialah kata sendi nama.
Tatabahasa31.10.2021
salam. 1)"oleh kerana" dan "oleh sebab", yang mana satu salah penggunaannya? 2) betulkah penggunaan perkataan dalam ayat Ini? - "semalam-malaman" dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu. -"setengah-setengah" orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat. -Ali sempat "merakamkan" pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu. Tq

1. Penggunaan yang salah ialah oleh kerana (yang betulnya oleh sebab), oleh merupakan kata nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan.

2. Semalam-malaman (semalaman - juga betul dan sama maknanya) dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu.

3. Setengah (tidak perlu digandakan) orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat.

4. Ali sempat merakamkan pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu.

Tatabahasa08.07.2008
Pada suatu hari, ketika saya hendak mengambil air panas di kafe saya terserempak dengan seseorang yang saya amat berharap untuk berjumpa sebelum ini iaitu Ustaz Salahuddin. Saya agak terkejut kerana tidak menyangka akan berjumpa dengan beliau. Sempat saya menyapa beliau. Alhamdulillah ustaz masih ingat kepada saya. merujuk ayat-ayat di atas, adakah ustaz dieja sebagai huruf kecil atau besar? sebab ia merujuk kepada ustaz yang dinamakan dalam ayat di atas. Mohon penjelasan.Ustaz Salehuddin ialah kata nama khas dan ustaz ialah kata nama. Apabila dalam satu wacana hanya perkataan ustaz digunakan untuk merujuk Ustaz Salehuddin, hendaklah dieja dengan huruf kecil. Ejaan05.07.2022
Salam sejahtera. Berdasarkan Kamus Dewan, barong ditakrifkan sebagai Jw sj tarian yg penarinya memakai topeng binatang. Walau bagaimanapun, dalam buku teks Bahasa melayu muka surat 221, baris terakhir cerpen: Petugas di barong SPR menunjukkan isyarat masih sempat kepada Fazrin. Ternyata barong tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Apakah perkataan yang sepatutnya?Perkataan barong pada ayat yang dinyatakan boleh digantikan dengan pondok atau reruai.Istilah01.10.2020
Apakah terjemahan untuk 'just-in-time' dalam bahasa melayu?Puan boleh kemukakan pertanyaan berkenaan penterjemahan kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan padanan "just in time" dalam bahasa Melayu ialah "sempat".Penyemakan dan penterjemahan17.07.2014
Tesaurus
 
sempat (adjektif)
Bersinonim dengan ada peluang, sampang, kober, masih ada masa;,
Kata Terbitan : menyempat, menyempatkan, kesempatan, berkesempatan,