Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam, Yang mana penggunaan kata ganti nama (ia/dia)yang betul (1)majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, yakni ia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa. (2)majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, yakni dia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa. Sekian, terima kasihPenggunaan yang betul ialah "Majlis itu berhak bertindak dengan sendirinya, yakni ia tidak semestinya mengikut nasihat sesiapa."Lain-lain13.06.2022
Pilih ayat yang betul. A) Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang. B)Bukan semestinya kamu boleh pulang awal pada hari ini. C) Hasil lukisan itu bukan seperti yang saya harapkan. D)Jawapan yang diberikan oleh penceramah itu bukan menyakinkan.Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

a) Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang.
b) Tidak semestinya kamu boleh pulang awal pada hari ini.
c) Jawapan yang diberikan oleh penceramah itu tidak meyakinkan.
Tatabahasa15.04.2013
Subjek ayat bahasa Malaysia semestinya frasa nama. Dengan itu bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan "Terdapat"? contohnya seperti, "Terdapat banyak cara mempelajari bahasa Malaysia." Adakah ayat ini ayat tergantung?Dalam tatabahasa bahasa Melayu, subjek daripada frasa nama boleh terbentuk daripada salah satu daripada unsur  berikut, iaitu: kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama. Dalam contoh ayat yang diberikan itu adalah betul kerana kata kerja yang penggunaannya dalam ayat tersebut berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 359 dan juga halaman 464.Tatabahasa30.11.2010
Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. Perenggan di atas merupakan jawapan DBP berkaitan soalan saya. Saya bertanya soal fungsi, bukan soal boleh atau tidak boleh..... seperti fungsi baju untuk menutup aurat, tapi boleh juga baju untuk kesat tahi kucing..... mengapa rendah sangat standar DBP berfikir???

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP)(DBP, 2020: 2376) tingkap bermakna 1. bukaan, biasanya berbentuk segi empat, pada dinding rumah, bangunan, kapal dan lain-lain yang boleh dibuka dan ditutup supaya cahaya matahari dan udara dapat masuk; sinonimnya ialah jendela; dan makna ke-2 ialah tetingkap. 

Terdapat pelbagai jenis tingkap, misalnya tingkap berpangsi, tingkap bulan, tingkap gelangsar dan tingkap kipas. Sila rujuk KDP dan PRPM.

Sudah pastilah fungsi bagi tingkap bergantung kepada jenisnya. Namun, secara umumnya, fungsi tingkap adalah untuk:

1) Membolehkan kemasukan cahaya semula jadi,

2) Mengadakan peredaran udara semula jadi,

3) Menebat haba dan bunyi, dan

4) Menghalang angin dan hujan.

Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk pakar bidang seni bina, kesenian hiasan dalaman atau kejuruteraan bangunan. Salah satu cara mudah untuk mendapat maklumat, tuan juga boleh membuat carian di Internet dengan menaip "fungsi tingkap".

Harap dapat membantu.

Lain-lain14.10.2022
lelaki gagah adalah kuatlelaki gagah semestinya kuatTatabahasa06.05.2011
Dalam BM, bolehkah kita sebut "mengundurkan tangan"? Atau semestinya dan hanya sebut "menarik balik tangan"?

Frasa yang betul ialah “...menarik balik tangan”.

Tatabahasa19.01.2015
Saya ingin bertanya apakah asal usul e pepet dan e taling? Semestinya nama pepet dan taling itu diberi oleh seseorang. Seterusnya apakah sebutan taling yang betul? Taling atau teling (teyling).Tidak ada maklumat tentang sejarah kewujudan huruf e pepet dan e taling dalam pangkalan data kami. Sebutan adalah seperti ejaan - taling.Tatabahasa05.08.2015
"Sebelum ini telah disebut bahawa setiap huruf yang terdapat dalam al-Quran sudah semestinya membawa maksud dan hikmah yang tersendiri". "telah disebut" atau "telah disebutkan" dalam ayat di atas? bagaimana nak tahu bila nak letak imbuhan "kan" atau tidak? Dan secara umumnya, ayat di atas betul atau tidak keseluruhannya? terima kasih.

Kata terbitan disebut adalah betul. Awalan di-...  lazimnya membentuk kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga; manakala apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Untuk lebih memahami kedua-dua tajuk ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 176 dan 202. Disebut bermaksud dikatakan atau diceritakan. Dalam penulisan ilmiah penggunaan kata diterangkan dan dijelaskan adalah lebih sesuai berbanding dengan kata disebut itu.

Tatabahasa11.02.2011
maksud sayugiaEjaan yang tepat ialah seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya, semestinya.Lain-lain01.07.2010
Adakah kata hubung "namun" di permulaan atau pertengahan ayat mesti diikuti oleh tanda koma? Jika tak semestinya, mohon berikan contoh ayat untuk menunjukkan bezanya. Terima kasih.

Perkataan "namun" merupakan kata hubung keterangan pertentangan yang berada di tengah-tengah ayat dan memerlukan tanda koma. Contohnya, walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, namun nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dalam ingatan seluruh bangsa.

Tatabahasa12.10.2017
Tesaurus
 
mesti (kata tugas)
Bersinonim dengan tidak boleh tidak, wajib, perlu, hendaklah, terpaksa, jangan tidak, harus, patut, wajar, tetap, tentu;,
Kata Terbitan : semestinya, memestikan, kemestian,