Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Sememangnya diketahui, PCA adalah satu daripada teknik statistik yang telah banyak diaplikasi dalam bidang mampatan data imej. Soalan : Betulkan penggunaan "Sememangnya diketahui" dan "diaplikasi", atau apakah perkataan yang lebih sesuai atau tepat?"Sememangnya diketahui" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut di atas. Manakala "diaplikasi" sepatutnya "diaplikasikan" dan sesuai dalam konteks ini kerana maksudnya ialah "digunakan secara praktik atau amali".Tatabahasa03.07.2007
Salam tuan di talian, Penggunaan kata sendi nama manakah yang tepat dalam ayat contoh di bawah. 1. (a) Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan seni ukirannya. atau (b) Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal oleh keunikan seni ukirannya. Sekian, terima kasih,Kedua-dua ayat itu betul, namun kata sendi nama dengan lebih kerap digunakan, iaitu Masyarakat Iban di Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan seni ukirannya.Tatabahasa01.08.2012
Apakah bentuk pola ayat di bawah? Sila berikan penjelasan. Terima kasih Dia sememangnya budak yang keras kepala A) Frasa Nama + Frasa Nama B) Frasa Nama + Frasa AdjektifPola ayat Dia sememangnya budak yang keras kepala - Frasa Nama + Frasa Nama. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 363: Binaan Frasa Nama.Tatabahasa24.01.2011
apakah perbezaan antara "yang" dengan "bahawa". contoh ayat, Ali mengakui ( ) dia sememangnya berasa gementar sewaktu berucap di perhimpunan sekolah petang tadi. jawapan A. yang B. jika C. andai kata D. bahawa nampaknya jawapan A dan D boleh diterima

Saudara/Saudari,

"Yang" ialah kata hubung pancangan relatif (kata relatif), berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Contoh: Saya membeli baju yang berwarna hijau. "Bahawa" ialah kata hubung pancangan komplemen (kata komplemen), berfungsi sebagai pelengkap pada klausa utama. Contoh, Guru itu menyatakan bahawa Anita sangat rajin.

Jadi menerusi ayat contoh yang dikemukakan tersebut kata pancangan 'bahawa' ialah penggunaan perkataan yang tepat dalam ayat tersebut.

Tatabahasa20.09.2012
merujuk soalan 73 yang telah saya tanya. Ayat' kereta itu tercantik sekali' sememangnya salah kerana kata adjektif'cantik' menggunakan kata penguat 'ter' dan 'sekali'. Walau bagaimanapun , ada pendapat yang mengatakan bahawa kata dasar bagi kata' terkenal' ialah 'kenal' iaitu bukan adjektif sebaliknya kata kerja. Oleh itu , ayat ' Pahlawan itu terkenal sekali' dianggap betul. Minta pendapat tuan. Terima kasih.

Imbuhan "ter" bagi terkenal bukan menunjukkan darjah penghabisan tetapi bermaksud "sedia kenal", oleh itu boleh digunakan perkataan sekali menjadi terkenal sekali. 

Tatabahasa08.03.2010
Saya masih lagi belum mendapat jawapan kepada pertanyaan saya yang lalu. Saya sememangnya berharap puisi-puisi saya itu dapat diterbitkan oleh DBP. Saya harap akan mendapat jawapan yang positif.

Jika saudara berminat untuk menerbitkan karya saudara (puisi), sila hubungi Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, 50926 Kuala Lumpur.

Lain-lain21.12.2008
Salam. Mengapakah cenderahati dieja dalam satu perkataan? Terima kasih.Cenderamata dan cenderahati sememangnya telah mantap dan dieja sebagai satu perkataan.Ejaan13.04.2012
Sebagai seorang pelajar kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Melayu, saya berasa sungguh kecewa dengan sesetengah pihak atau individu yang memandang remeh penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sememangnya kita tahu bahawa satu ketika dahulu Bahasa Melayu menjadi lingua franca di nusantara tapi itu ratusan tahun dahulu sebelum kita merdeka. Bagaimana pula penggunaannya masa kini? Jika hanya berpegang pada akta tapi pelaksaannya tidak berkesan, saya yakin dimasa akan datang anak melayu sendiri tidak pandai bertutur bahasa Melayu. DBP sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan pihak kerajaan bagi menaikkan semula Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi keagungan di Nusantara.Pandangan saudara kami terima. DBP sememangnya badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan namun yang paling penting ialah azam politik dan penguatkuasaan. Terima kasih.Lain-lain08.08.2008
Penggunaan perkataan Dato' dan Datuk?.Untuk makluman tuan,sblum ini saya pernah berkhidmat di Pej Sultan Kelantan.Sememangnya kami amat mengutamaan Protokol dlm penggunaan perkataan/bahasa bg urusan surat menyurat dgn VVIP.Saya difahamkn,Darjah Kebesaran yg d'anugerahkan olh Sultan gelaranya adlah Dato' manakala anugerah dr Ketua Menteri spt Melaka & P/Pinang gelaranya adlah Datuk.Klu blh pihak tuan dpt membuat penyelarasan dengan pihak berkaitan dlm pengunaan gelaran/perkataan tersebut,memandangkan sumbangan/jasa perkhidmatan drpd penerima darjah adlah berbeza.Seseorang yg memberi sumbangan dgn sangup berkorban untuk negeri,rakyat dan negara perlu diangkat darjatnya berbanding dgn seseorg peniaga yg berjya dlm perniagaanya.Sekian,terima kasihUntuk makluman saudara kami maklum bahawa Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan seperti Pulau Pinang dan Sabah. Pihak kami amat mengambil berat penggunaan gelaran ini dalam semua urusan yang berkaitan dengan gelaran ini. Walau bagaimanapun pihak media menyelaraskan penggunaan kedua-dua gelaran ini kepada Datuk sahaja bagi mengelakkan kekeliruan/kesilapan dalam penggunaan gelaran tersebut bagi mengatasi keperluan kerja mereka yang mendesak dan segera. Penyelarasan penggunaan gelaran ini dalam kalangan media adalah di luar bidang kuasa DBP.Karya10.12.2010
Salam sejahtera! Di dalam penggunaan dialog, perkataan/frasa tidak rasmi sering digunakan. Sebagai contoh "Jom kita pergi makan-makan." Sememangnya, perkataan "makan-makan" tidak wujud sebagai kata ganda dan ianya tidak didapati di dalam kamus. Oleh itu, di dalam penulisan dialog, haruskah saya mengekalkan makan-makan sebagai kata ganda, atau sekali gus mengeluarkan tanda sempang agar ianya menjadi "makan makan"? Sekian terima kasih!Kata makan tidak perlu digandakan. Dalam dialog, penggunaan kata makan sudah memadai, tidak perlu digandakan. 

Jom, kita pergi makan. 
Tatabahasa03.11.2020
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,