Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mempertinggi semangat anjing.

Takrif

Memperbaiki nama orang jahat, akhirnya rugi dan sia-sia saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertukar jiwa dengan semangat.

Takrif

Sedang berkasih-kasihan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kasih itu roh (= semangat) yang buta.

Takrif

Kasih tidak memilih yang baik atau yang cantik saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Takrif

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
semangat (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: nyawa tubuh halus, batin, rohani,
Berantonim dengan jasad

2. Bersinonim dengan perasaan hati: jiwa, gerak, sentimen, kata hati, emosi, desak hati, cita, sukma, firasat,

3. Bersinonim dengan maksud: tujuan, niat, erti, tafsiran, makna, inti pati, inti sari,

4. Bersinonim dengan kemahuan: semangat waja, nafsu, keinginan, selera, keghairahan, idaman, hajat,

Kata Terbitan : bersemangat, menyemangati,

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.



Lihat selanjutnya...