Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin kepala titi; Tepuk bantal panggil semangat, Semangat datang di dalam mimpi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Main sengat pantang dipegang, Main senduk bawa berlaga; Main semangat berjuang gelanggang, Main meredah hujan tenaga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan sengat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hati; Kus semangat abang seorang, Tolak belakang ada ganti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Tolak belakang ada gantinya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan selangat ikan mungkul, Belah belakang dipanggang hati; Ayuh semangat jangan masyghul, Buang belakang ada ganti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Pusing belakang banyak gantinya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan selangat ikan bertulang, Belah belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Pusing belakang banyak gantinya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang mengail Lubuk Bulang, Taruk umpan kulit limau; Baik juga semangat tak hilang, Anak kucing kusangka rimau.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sarang penyengat di pintu gua, Mari terbakar dua pertunang; Terbang semangat sampai jiwa, Menatap nasi kepunyaan abang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan buntal tidak bersengat, Mari jatuh atas titi; Tepuk bantal panggil semangat, Ingin bersua dalam mimpi.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semangat;

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.



Lihat selanjutnya...