Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam, apakah beza perkataan 'selamanya' dan 'selama-lamanya'? Terima kasih.Waalaikumussalam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Selamanya bermaksud:
Untuk jangka masa yg lama dan ber­terusan: Contoh ayat: Manusia tidak selamanya muda.

Selama-lamanya bermaksud:

1.Yang sangat lama, paling lama: Contoh ayat: Selama-lamanya dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia;
2. Tidak berkesudahan, kekal: Contoh ayat: Dia berikrar tinggal di Singapura selama-lamanya.

Maksud kedua-dua perkataan hampir sama tetapi tidak boleh digunakan pada ayat yang sama.  Penggunaan perkataan ini bergantung kepada konteks ayat dan maksudnya.
Makna09.04.2014
Penggunaan laras & gaya bahasa ayat berikut adakan sesuai atau tidak. "Bagaimana nampak lebih muda dan selamanya..?"Penggunaan laras bahasa dalam ayat berikut adalah betul dan hendaklah dipastikan elipsis (...) ditulis selepas selamanya, kerana elipsis digunakan apabila terdapat sebahagian kata dalam suatu ungkapan digugurkan seperti, 'Bagaimana nampak lebih muda dan selamanya... ?', dan jika elipsis ini ditiadakan, seperti  'Bagaimana nampak lebih muda dan selamanya?' ayat ini menjadi tidak lengkap/tergantung.Tatabahasa15.12.2010
Salam hormat. Saya ingin bertanya apakah fungsi "-nya" dalam perkataan-perkataan seperti kesimpulannya, selamanya, sesudahnya dan antaranya? Terima kasih.Salam hormat,

Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga.
Tatabahasa14.09.2015
Saya dan keluarga ambil ilmu yang haq sahaja dari buku-buku terbitan syarikat tuan dan web tuan tiada yang lain selamanya. Kami memulangkan ilmu kepunyaan dan kepunyaan tuan,staff syarikat dan syarikat tuan kepada tuan yang ada pada kamiSoalan anda tidak jelas. Sila kemukakan pertanyaan berkenaan permasalahan bahasa Melayu.Lain-lain15.07.2021
Maksud Perkataan "Selalu" - adakah bermaksud kerap atau boleh dimaksudkan sebagai "hari-hari"Merujuk kepada Kamus Dewan, "Selalu" ditakrifkan sebagai : sentiasa, selamanya, sepanjang masa. "Selalu juga ditakrifkan sebagai seluruh, semua, terus dan langsung. jadi, ayat yang dibina, perlulah mengikut konteks.Tatabahasa28.11.2007
1. perkataan "segar-bugar" boleh merujuk kepada sayur-mayur, buah-buahan dan daging seperti ikan? 2. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selamanya / selama-lamanya? terima kasih.Soalan 1 : boleh
Soalan 2 : Kedua-duanya boleh digunakan. Namun begitu, digalakkan menggunakan selama-lamanya
Makna06.09.2017
Kajian menunjukkan bahawa lebih kerap ahli keluarga makan bersama-sama, maka lebih rendahlah kemungkinan anak-anak terbabit dalam gejala sosial. Adakah istilah kerap dalam ayat ini boleh digantikan dengan selalu? kalau tidak, mengapa? terima kasih!Dalam konteks ayat tersebut, perkataan kerap lebih sesuai untuk digunakan.
Merujuk kepada Kamus Dewan, "kerap" ditakrifkan sebagai: acap kali, berkali-kali, selalu, sering. Manakala "Selalu" ditakrifkan sebagai: sentiasa, selamanya, sepanjang masa. "Selalu" juga ditakrifkan sebagai seluruh, semua, terus dan langsung. Oleh itu, ayat yang dibina, perlulah mengikut konteks.
Lain-lain28.09.2020
Saya agak keliru berkenaan penggunaan perkataan staf atau kakitangan. Adakah lebih elok menggunakan perkataan kakitangan berbanding staf? Contohnya staf sokongan vs kakitangan sokongan. Kerana dari laman web dbp sendiri masih menggunakan istilah staf atau staf sokongan berbanding istilah kakitangan dan kakitangan sokongan. Mohon diberi penjelasan.Kamus Dewan menakrifkan staf ialah kumpulan orang yang bekerja di tempat yang sama (di bawah ketua yang sama) atau kakitangan; manakala kakitangan pula ialah pekerja atau pembantu di sesebuah pejabat dan sebagainya. Berdasarkan makna yang tersebut perkataan staf melibatkan pelbagai  jawatan dalam kumpulan kerja yang sama. Kakitangan pula dikaitkan dengan jawatan yang lebih rendah atau pembantu di sesebuah pejabat. Walau bagaimanapun takrif ini tidak selamanya tepat kerana sering kita mendengar ungkapan kakitangan kerajaan (pelbagai jenis jawatan wujud di dalamnya). Oleh itu, penggunaan kata staf dan kakitangan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa28.03.2011
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamanya