Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Selama belatuk mati bini, Banyaklah enggang dilibasnya; Selama beruk jadi kerani, Banyaklah orang diperasnya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Selama puntung tidak bernyala, Banyaklah periuk tidak diangkat; Selama lotong tidak menjala, Banyaklah beruk turun memukat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selama pasu berantai tali, Banyaklah gelang berjela-jela; Selama si bisu pandai bernyanyi, Banyaklah orang tergila-gila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selama memasang lantai perahu, Banyaklah ketam lata melata; Selama musang pandai merayu, Banyaklah ayam nan jatuh cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selama tumbuk lantak kolek, Habislah tiris tiang-tiangnya; Selama beruk pandai bersolek, Habislah gadis dipinang-pinangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selama dapat kuini muda, Tidak berbau buah mempelam; Selama mendapat bini muda, Tidak mahu lagi keluar malam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selama tidak berperigi lagi, Punai merbah tercari-cari; Selama tidak bergigi lagi, Petai dikunyah pandai menari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selama badak memakai baju, Payahlah orang mencari kemeja; Selama budak bercerai susu, Ayahnya datang menggantikannya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Selama merpati menggoda lalat, Banyaklah ulat memberi petuah; Selama menteri gilakan pangkat Banyaklah umat mati terlapah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Selama merpati kena jerat, Banyaklah lalat berasa pilu; Selama menteri gila menjilat, Banyak umat yang kena tipu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Puisi
 

Baik-baik jaga kemudi,
     Kita tahu pergi kuala;
Selama banyak kain berkodi,
     Songket di gedung jarang jumpa.



Lihat selanjutnya...