Kata |
Takrif |
Sumber |
sekerat sepuntung saja | beberapa orang saja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekerat jalan | sebahagian jalan (belum sampai ke penghabisan jalan atau perjalanan): kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekerat dawai | sepotong dawai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ular I | sj binatang menjalar yg tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak); ~ belerang sj ular laut yg berbisa, Pelamis plat-urus; ~ cincin emas sj ular, Boiga dendrophila; ~ cindai sl sj ular; ~ kapak bakau sj ular, Trimeresurus purpureomaculatus; ~ katam tebu sj ular, Bungarus fasciatus; ~ kepala aruan sj ular, Xenopeltis unicolor; ~ kepala dua a) sj ular, Cylindrophis rufus; b) ki orang yg munafik; ~ lidi = ~ tambang sj ular yg kecil dan berbisa, Ahaetulla ahaetulla; ~ matahari sj ular, Mati-cora intestinalis; ~ minum = ~ mengiang Mn = ~ danu Kd pelangi; ~ sawa sj ular, Python reticulatus; ~ selimpat = ~ laut biasa sj ular, Enhydrina schistosa; ~ sinar matahari = ~ matahari biru sj ular, Maticora bivirgata; ~ tedung sj ular, Naja naja; ~ tedung abu (selar) sj ular, Ophiophagus hannah; ~ bukan, ikan pun bukan prb seseorang yg tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya; ~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dsb), orang yg munafik; ~ dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = spt memalu ~ dlm benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak prb menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dgn seadil-adilnya; bagai ~ dgn legundi prb perihal seseorang muda yg sangat lekat hatinya pd kekasihnya; bagai ~ dgn orang prb perihal dua orang bersaudara yg tiada mahu berkenalan; biar ~ mati dan kayu tiada patah prb binasakanlah musuh dgn tidak merosakkan diri sendiri; jika ~ menyusur akar, tiada akan hilang bisanya prb orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun; kerosok ~ si rumpun bambu prb jangan takut akan ancaman orang; macam ~ kekenyangan prb perihal seseorang yg buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul; melangkahi ~ prb melakukan sesuatu yg sangat berbahaya; naga ditelan ~ lidi prb anak orang bangsawan berkahwin dgn orang kebanyakan; spt ~ kena palu = cengkeling bagai ~ dipukul prb a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah; b) bengkang-bengkok tidak beraturan (spt jalan atau jahitan yg tidak lurus); sudah tampak kaki ~ prb telah diketahui tingkah laku sese-orang yg buruk (yg dahulunya tidak diketahui); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tongkat | sekerat kayu, rotan dll yg dipegang ketika berjalan utk menyokong dll. bertongkat menggunakan atau membawa tongkat: ~ lutut duduk membongkok dgn bertelekan lutut. menongkat menopang; menunjang: ~ dagu menopang dagu. ~ langit ki lama atau selama-lamanya (ttg hidup). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peluntang | sekerat kayu yg ringan dan diberi berkail utk memancing ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekudung | sekerat, sepenggal, sepotong; ~ limbat, ~ lintah prb goyang atau tidak teguh pendiriannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tongkat | sekerat kayu, rotan dll yg dipegang ketika berjalan utk menyokong dll. | Kamus Pelajar |
pancing | 1 sekerat dawai bengkok yg hujungnya berkait dan digunakan utk menangkap ikan; mata kail: Sejurus kemudian, ~nya mengena. 2 sj alat drpd benang (tali), joran dan dawai bengkok yg hujungnya berkait yg digunakan utk menangkap ikan; kail. memancing 1 menangkap ikan dll dgn pancing; mengail: Tiap-tiap minggu, banyak orang yg ~ ikan di lubuk itu. 2 ki melakukan sesuatu supaya mendapat apa-apa yg diingini; mengumpan: Janji-janji itu cuma utk ~ undi saja. kepancingan berasa sakit tekak ketika menelan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luntang | , = peluntang sekerat kayu yg ringan dan diberi berkail utk memancing ikan. meluntang menangkap ikan dgn peluntang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
dengkerot | sekerat | - | - | - | - | - | Sistem Penomboran dan Idea Berasosiasi | Bajau -> Bajau Tuaran |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sekerat | [se.ke.rat] | سکرت |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekerat |
|
Puisi |
---|
|
Baju cik tangan sekerat, Habis minyak sebelah bahu; Perkara sedikit jangan duk melarat, Kerana nanti banyak orang tahu.
Lihat selanjutnya... |
|