Kata |
Takrif |
Sumber |
sekerap | bahan buangan yg boleh diproses semula: besi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekerap | 1. bahan buangan atau barang yg telah digunakan, terutamanya logam, yg dipungut dan diproses semula: logam ~; 2. sisa drpd sesuatu; getah ~ getah buku drpd sisa lelehan susu getah yg telah mengeras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekerap | benda-benda yg dibuang kerana tidak dpt digunakan lagi: besi ~. | Kamus Pelajar |
getah sekerap | getah buku drpd sisa lelehan susu getah yg telah mengeras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah sekerap | sisa susu getah yg sudah keras; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah buku (sekerap) | sisa-sisa getah pd pokok getah atau yg dikumpulkan menjadi berbuku-buku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
getah I | 1. cairan pekat yg keluar dr bermacammacam pokok: ~ jelutung; ~ rambung; 2. = susu ~ = ~ susu cairan yg keluar dr pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya; 3. bahan kenyal atau memberi yg dibuat drpd susu getah dll; ~ pemadam = ~ penggosok; kasut ~; tikar ~; 4. pokok para, Hevea spp.: ladang ~; menanam ~; 5. Id zat cair dr kelenjar tubuh: ~ bening; ~ lambung; ~ asap kepingan getah yg sudah diasap; ~ asli = ~ alam getah yg berasal drpd pokok para; ~ bening Id zat cair drpd darah yg mengandungi zat makanan; ~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu getah yg sudah keras; ~ gebu getah yg berupa span (bunga kerang); ~ kahwin pokok getah yg diperoleh dgn jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yg berlainan jenis; ~ keping getah yg berupa kepingan; ~ kerip getah keping yg menggerutu; ~ kilangan getah yg telah diproses di kilang; ~ lambung Id zat cair dlm perut utk pencernaan makanan; ~ serbuk getah yg berupa serbuk; ~ span = ~ busa getah yg dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan utk membuat tilam dan kusyen; ~ taban = ~ perca getah drpd pokok dlm famili Sapotaceae, terutama drpd taban merah, Palaquium gutta, dan digunakan utk membuat bahan penebat kabel; ~ tiruan = ~ sintetik getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll; ~-~ dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yg bergaul dengannnya; ~-~ dibawa ke semak prb perkara yg semakin kusut; ~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga prb anak sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara; ~ terbangkit, kuaran tiba prb salah langkah (utk mencari keuntungan); berseleleran bagai ~ di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak beraturan; ditakik ~ di daun prb hidup melarat; tak sama ~ daun dgn ~ batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; tak sungguh ~ daun, yg sebenarnya ~ batang prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baikjuga drpd kerabat yg lain; bergetah 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll); menggetah 1. mencari getah: kawan-kawannya ~ ke hutan; 2. menangkap (burung dll) dgn getah: ~ punai; 3. menjadi spt getah;~ bawang ki perkataan dll yg menyakitkan hati; niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; tergetah terkena getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah | 1 air pekat yg diperoleh dr berbagai-bagai jenis pokok: ~ jelutung; ~ nangka. 2 = pokok ~ nama sj pokok yg mengeluarkan cecair pekat spt susu; pokok para, Hevea brasiliensis; kebun ~; menanam ~. 2 = susu ~ cecair pekat spt susu yg diperoleh dr pokok getah: kerja-kerja memproses susu ~. 3 bahan kenyal yg dibuat drpd cecair spt susu yg diperoleh dr pokok getah (gunanya adalah utk membuat tayar, bola dll). 4 (sesuatu) yg dibuat drpd susu getah: kasut ~. ~ asap getah yg berkeping-keping yg diasapi. ~ asli getah yg diperoleh dr pokok getah. ~ berbunga getah keping yg telah dimesin supaya beralur-alur (utk mempercepat proses pengeringan). ~ buku (sekerap) sisa-sisa getah pd pokok getah atau yg dikumpulkan menjadi berbuku-buku. ~ cair susu getah yg tidak dibekukan. ~ kahwin (pokok) getah hasil drpd mengahwinkan dua jenis getah yg lain. ~ keping getah yg dibuat berkeping-keping. ~ kerintil getah yg berbutir-butir yg dibuat melalui proses khas di kilang. ~ krep getah yg rupanya spt renda atau berkerut-kerut (dibuat dgn memesin kepingan getah dgn kelajuan roda penggelek yg tidak sama). ~ neoprena getah yg tahan kena minyak atau petrol (baik utk digunakan dlm makmal). ~ pejal getah yg beku setelah dicampurkan bahan pembeku. ~ tiruan getah yg dibuat drpd campuran kimia. bergetah 1 ada getahnya: Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak. 2 berasa melekat-lekat spt ada getahnya: ~ badannya kerana berpeluh. 3 ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan, cara berpakaian dsb, ttg wanita). menggetah 1 mencari getah di hutan dll. 2 menangkap burung dll dgn menggunakan getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
getah | 1. air pekat yg diperoleh dr berbagai-bagai jenis pokok: ~ jelutung; ~ nangka. 2. = pokok ~ nama sj pokok yg mengeluarkan cecair pekat spt susu; pokok para, Hevea brasiliensis; kebun ~; menanam ~. 3. = susu ~ cecair pekat spt susu yg diperoleh dr pokok getah: kerja-kerja memproses susu ~. 4. bahan kenyal yg dibuat drpd cecair spt susu yg diperoleh dr pokok getah (gunanya ialah utk membuat tayar, bola dll). 5. (sesuatu) yg dibuat drpd susu getah: kasut ~. ~ asap getah yg berkeping-keping yg diasapi. ~ asli getah yg diperoleh dr pokok getah. ~ berbunga getah keping yg telah dimesin supaya beralur-alur (utk mempercepat proses pengeringan). ~ buku (sekerap) sisa-sisa getah pd pokok getah atau yg dikumpulkan menjadi berbuku-buku. ~ cair susu getah yg tidak dibekukan. ~ kahwin (pokok) getah hasil drpd mengahwinkan dua jenis getah yg lain. ~ keping getah yg dibuat berkeping-keping. ~ kerintil getah yg berbutir-butir yg dibuat melalui proses khas di kilang. ~ krep getah yg rupanya spt renda atau berkerut-kerut (dibuat dgn memesin kepingan getah dgn kelajuan roda penggelek yg tidak sama). ~ neoprena getah yg tahan kena minyak atau petrol (baik utk digunakan dlm makmal). ~ pejal getah yg beku setelah dicampurkan bahan pembeku. ~ tiruan getah yg dibuat drpd campuran kimia. bergetah 1. ada getahnya: Ada pokok yg ~ dan ada yg tidak. 2. berasa melekat-lekat spt ada getahnya: ~ badannya kerana berpeluh. menggetah 1. mencari getah di hutan dll. 2. menangkap burung dll dgn menggunakan getah. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
often | as ~ as, a. as many times as, sekerap: I can swim there as ~ as I want to, saya boleh berenang di situ sekerap yg saya mahu; b. each time that, setiap kali: as ~ as I ring him, he is out with his friends, setiap kali saya menelefonnya, saya dapati dia telah keluar dgn kawan-kawannya; as ~ as not, most times, selalunya: as ~ as not, she is late for school, dia selalunya lambat ke sekolah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
scrap 1 | 5.waste or discarded articles, sekerap: he made a meagre living collecting ~ from the housing estates, dia menyara hidupnya ala kadar dgn mengutip sekerap di kawasan perumahan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
scrap 1 | vt 1. break up for scrap, menjadikan sekerap: the old ship will be ~ped, kapal buruk itu akan dijadikan sekerap; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
scrap-yard | n kawasan simpanan sekerap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
please | vi 1. be agreeable, membuat orang berasa senang (hati), menyenangkan (hati) orang: shes a nice girl always so anxious to ~, dia budak baik dan selalu suka membuat orang berasa senang; 2. do what one thinks is desirable or appropriate, suka: you can go there as often as you ~, kamu boleh pergi ke sana sekerap yg kamu suka; 3. do whatever one wishes, sesuka hati: I dont care, do what you ~, saya tdk peduli, buatlah sesuka hatimu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
run | 4. finish a race as specified, mendapat tempat: my horse ran last, kuda saya mendapat tempat terakhir; 5. ply on a route, berulang-alik; (on particular days) berjalan; (at fixed times) bertolak: the train that ~s between the two cities, kereta api yg berulang-alik antara dua bandar raya itu; the trains ~ on Sundays but less frequently, kereta api berjalan setiap hari Ahad tetapi tdk sekerap biasa; the buses ~ every ten minutes, bas-bas itu bertolak setiap 10 minit; 6. function, proceed, berjalan: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exercise | c. (restrain, self-control, etc) dapat [v]: I thought he ~d great self-control, saya rasa dia betul-betul dapat mengawal diri; d. (responsibility) melaksanakan; 2. give exercise to, cause to exercise, (part of body) membuat senaman [n]; (animal) membawa bersenam: he was advised to ~ his leg as much as possible, dia dinasihati membuat senaman kaki sekerap mungkin; the horse must be ~d to prevent it from getting fat and lazy, kuda itu mesti dibawa bersenam utk mencegahnya drpd menjadi gemuk dan malas; 3. (usu pass.) trouble, (act.) merunsingkan; (pass.) runsing: he was greatly ~d by his sons financial difficulties, dia amat runsing ttg kesulitan kewangan anaknya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
bark scrap | sekerap kulit | Pertanian | Agronomi | Getah kering yang dikutip daripada pokok getah pada bahagian alur torehan. Getah ini biasanya melekat dengan cebisan kulit pokok getah. Dalam pemprosesan sekerap kulit, cebisan kulit pokok perlu diasingkan daripada getah. |
scrap | reja; sekerap | Geografi | Tiada | Tiada |
home scrap | sekerap sendiri | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
latex scrap | sekerap lateks | Pertanian | Tiada | Tiada |
scrap | reja; sekerap | Pertanian | Tiada | Tiada |
scrap (rubber) | sekerap (getah) | Pertanian | Tiada | Tiada |
scrap | reja; sekerap | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
bark scrap | sekerap pohon | Pertanian | Tiada | Tiada |
scrap | reja; sekerap; sisa | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
scrap metal | logam sekerap | Fizik | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ketal | getah sekerap, getah buku. | Melanau Mukah | |
belukuk I | getah sekerap. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sekerap | [se.ke.rap] | سکرڤ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekerap |
|
|