Murdoch, Dame Iris (19191999), novelis British yang terkenal dengan novel-novel falsafah. Watak dalam semua novelnya menghadapi kemelut moral yang hebat dalam mengejar erti cinta sejati dan kebebasan; serta sering terlibat dalam pergolakan cinta yang kompleks. Ada pengkritik mengatakan bahawa watak dalam novel Murdoch merupakan patung bagi membayangkan idea-idea falsafahnya. Sebaliknya, ada juga yang memuji khayalan fiksyennya kerana kebijaksanaan dan pandangan falsafah yang terkandung dalam novelnya. |