Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KWASHIORKOR

Kwashiorkor ialah sejenis penyakit yang

berpunca daripada pemakanan yang tidak

seimbang, khususnya disebabkan oleh kekurangan

protein lengkap yang amat ketara.

UMUM
MANUSIA

Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia

makhluk Allah di muka bumi antara semua

kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan

menjadikan kejadiannya sama dan seimbang.

Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok

dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan

pertuturan yang dapat membezakannya daripada

makhluk yang lain.

UMUM
NECKER, JACQUES

Necker, Jacques (17321804) ialah negarawan

Perancis di bawah pemerintahan Raja Louis XVI.

Apabila dia dilantik menjadi menteri kewangan

Perancis pada tahun 1777 keadaan kewangan

negara tidak seimbang. Keadaan semakin buruk

selepas Perancis terlibat dalam Revolusi Amerika.

Necker, ahli bank yang terkenal, meminjam wang

dengan banyak, dan meneruskan semua kegiatan

tanpa menaikkan cukai. Tindakannya ini hanya

mampu menangguhkan masalah serius yang

sebenar. Dia menimbulkan kemarahan di kalangan

istana kerana menyiarkan buat pertama kalinya

laporan tentang cara cukai dibelanjakan dan

berapa banyak jumlah yang sebenarnya diberikan

kepada golongan orang kesukaan istana. Dia

meletakkan jawatan pada tahun 1781.

UMUM
KESEIMBANGAN KIMIA

Keseimbangan kimia ialah keadaan seimbang

yang tercapai apabila tindak balas kimia kelihatan

terhenti. Tindak balas ini biasanya ditunjukkan

dengan menulis persamaan kimia yang mempunyai

dua anak panah.

Gerbang Kata    DBP Niaga  Gerbang Kata  Akedami  Seminar  Semakan_Manuskrip

©Hak Cipta Terpelihara 2008 - 2017 Dewan Bahasa dan Pustaka.
Paparan terbaik Internet Explorer 5.5 ke atas, dengan resolusi skrin 1280x1024.
PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.