Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MEKAR DAN SEGAR

MEKAR DAN SEGAR, antologi cerpen yang memuatkan hasil karya pengarang Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) yang digolongkan sebagai penulis angkatan baru.  Antologi ini diterbitkan oleh Oxford University Press (OUP), Kuala Lumpur pada tahun 1959 dan diulang cetak pada tahun 1960.  Dalam cetakan kedua, terdapat sedikit tambahan dengan melampirkan catatan biodata setiap pengarang.  Antologi ini dicetak oleh Craftman Press Ltd. Singapura, manakala kerja-kerja mengumpul dan menulis kata pengenalan dilakukan oleh Asraf, yang ketika itu bertugas sebagai ketua redaksi di OUP.

SASTERAKarya
PLUM

Plum ialah buah yang popular yang dimakan

segar atau digunakan untuk membuat jem, jeli dan

jeruk. Sesetengah jenis plum dikeringkan untuk

dibuat prun (lihat Prun ).

UMUM
MENTOL

Mentol ialah sebatian putih yang lembut, berbau

pudina dan mempunyai rasa segar serta sejuk. Ia

digunakan secara meluas sebagai bahan untuk

ubat batuk dan selesema, pewangi dan rokok.

Mentol diperoleh daripada minyak daun pokok

pudina.

UMUM
SUSU MENTEGA

Susu mentega ialah cecair putih yang tinggal

selepas krim digodak untuk dibuat mentega. Susu

mentega asli manis dibuat daripada krim segar

yang telah disejukkan dan digodak. Susu mentega

asli masam dibuat daripada krim yang telah

dimasamkan dengan menambah bakteria

penghasil asid laktik, yang dinamakan pemula.

Susu mentega asli tidak tahan disimpan sebagai

minuman segar. Tetapi susu mentega asli manis

kadangkala dikeringkan menjadi serbuk dan

digunakan secara komersial dalam memasak,

membakar dan membuat aiskrim.

UMUM
NUTRIA

Nutria, juga dikenali sebagai coypu , ialah

rodensia besar yang tinggal dalam air segar atau

berhampiran dengannya. Nutria berasal dari

selatan Amerika Selatan, tetapi telah

diperkenalkan ke negara-negara lain untuk

diternak bagi bulunya. Bulunya dikenali sebagai

nutria, iaitu perkataan Sepanyol bagi memerang.

Bulu nutria digunakan untuk membuat kot dan

sarung tangan, manakala dagingnya digunakan

untuk membuat makanan haiwan kesayangan.

UMUM
AIR MAWAR

Air mawar ialah larutan jernih dan tidak berwarna

yang diperbuat daripada bunga mawar segar dan

digunakan untuk membuat pewangi dan ubat

tertentu.

UMUM
SELADA

Selada ialah sayur yang popular yang digunakan

terutamanya untuk membuat salad. Biasanya selada

dimakan segar dan tidak dimasak. Selada adalah

sebahagian daripada banyak diet untuk mengawal

berat badan kerana ia mengandungi sedikit kalori

dan membekalkan kalsium, besi dan vitamin A.

Kebanyakan jenis selada mempunyai daun yang

besar berwarna hijau dan tumbuh rapat ke tanah

pada batang yang sangat pendek. Selada adalah

tanaman ladang yang penting di banyak kawasan di

dunia, dan pekebun rumah menanam beberapa

jenis selada. Perladangan selada mungkin bermula

di Parsi seawal tahun 550 S.M.

UMUM
AISBERG

Aisberg ialah timbunan ais yang amat besar,

berkemungkinan pecah di hujung bahagian bawah

glasier dan jatuh ke dalam laut. Timbunan ais yang

amat besar ini dikenali sebagai aisberg, dan ia

terjadi daripada air beku segar

UMUM
PERKEBUNAN PASARAN

Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur-

sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya,

untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri

daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan

yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza.

Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar

kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di

seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan

penggunaan penyejukan bagi mengekalkan

kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah

mengurangkan pergantungan penduduk bandar

pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran

moden merupakan perniagaan besar, yang

membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad

atau tomato.

UMUM
LADANG PASTURA

Ladang pastura ialah ladang rumput atau tanaman foraj untuk dijadikan makanan ternakan, sama ada digunakan untuk ragutan atau dipotong dan diberi makan secara segar kepada ternakan.

PERTANIANKonsep
Tesaurus
 
segar (adjektif)
1. Dalam konteks badan
bersinonim dengan sihat, cergas, afiat, sejahtera, selesa,
Berantonim dengan lesu

2. Dalam konteks udara
bersinonim dengan nyaman, nikmat, sedap, selesa, seronok, enak, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan
bersinonim dengan subur, banyak, biak, umbur, umbul,
Berantonim dengan layu

4. Bersinonim dengan rancak: cergas, hidup, tangkas, giat, lincah, sigap, pantas, cekatan, gancang, cerdas, aktif,
Berantonim dengan lemah

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terlekat, ada, kekal, terngiang-ngiang, terbayang-bayang,
Berantonim dengan lenyap

Kata Terbitan : menyegarkan, kesegaran,