Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Assalamualaikum w.b.t Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan melancarkan laluan baharu perkhidmatan bas percuma GoKL sedikit masa lagi. Setiap laluan akan dinamakan berdasarkan warna-warna tertentu. Pengurusan ini memohon padanan yang bersesuaian bagi warna Maroon dan Magenta. Apakah padanan Bahasa Melayu yang bersesuaian dengan warna-warna tersebut?
Padanan maroon dalam bahasa Melayu ialah merah manggis, dan magenta ialah ungu kemerahan.
Istilah19.06.2020
adakah kekosogan jawatan di institusi anda?dimanakah saya nk dapatkan iklan kekosongan jawatan sekiaranya saya melayari laman di institusi anda?Terima kasih di atas minat yang anda tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan beberapa jawatan kosong akan diiklankan melalui laman web DBP dan di dalam akhbar tempatan dalam sedikit masa lagi. Sila lihat halaman utama (akan berkelip jika ada iklan baru) dalam laman web DBP untuk melihat iklan yang kami paparkan. Iklan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan mula disiarkan.Lain-lain22.03.2008
Selamat Pagi. Soalan saya, sedikit masa lalu kita diperkenalkan dengan penggunaan bahasa baku. pada hari ini saya dapati tiada lagi penggunaan bahasa baku. Namun penggunaan bahasa baku masih diamalkan di Singapura. Apa status bahasa baku di Malaysia. Masihkah lagi diamalkan? Jika tidak, mengapa? Mohon penjelasan pihak tuan.Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata.  Komponen yang terdapat dalam bahasa baku termasuklah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.  Walau bagaimanapun sebutan baku dihentikan pada tahun 2000 (bermula pada 1998) tanpa ada alasan yang kukuh. Proses pengukuhan sedang diusahakan dan DBP tetap berpegang pada sebutan baku kerana salah satu fungsi DBP ialah membakukan sebutan, ejaan dan istilah. Jika semua bahasa ada sebutan baku, maka bahasa Melayu juga harus ada sebutan baku.Lain-lain03.10.2012
Salam Sejahtera, Tuan; Apakah maksud bagi peribahasa yang berikut: "Biar kita mengambil masa yang lama, asalkan kita beroleh kejayaan" Terima kasih.

Salam Sejahtera. Untuk perhatian, saudara, peribahasa yang membawa maksud tersebut ialah 1) Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain 2)Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. Untuk mengetahui lagi peribahasa Melayu yang baik dan menarik, saudara boleh dapatkan buku 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu' yang disusun oleh Abdullah Hussain. Sekian, terima kasih.

Lain-lain31.03.2010
Jika ditinjau dari dimensi yang berbeza,ibu bapa juga dapat memberi ilmu mengurus wang yang betul.Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa ibu bapa sepatutnya menasihati bahawa anak-anak supaya tidak berbelanja wang atas membeli barangan yang tidak berguna untuk belajar pengajian tinggi di Universiti Biar kita lihat,anak-anak yang masih belajar mengatur belanjawan masing-masing dengan cara menyimpan sebahagian daripada wangg saku dalam simpanan tetap di institusi kewangan kini.Anak-anak mereka sering mengadakan pertemuan di pusat beli-belah,pusat hiburan dan di tepi-tepi tembok hingga pada waktu malam.Anak-anak yang sering belanjawan wang saku atas membeli barangan makanan tahun permainan dan sebagainya keluar dari rumah .Biar kita ambil contoh,kita perlu bijaksana membeli barangan yang kita memerlukan dalam kehidupan seharian .Baiarlah kita mula menabung dengan bijaksana atau menyimpan walaupun dengan jumlah yang sedikit pada awalnya kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah takJika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih

Jika dilihat dari sudut yang berbeza, ibu bapa juga perlu memberikan ilmu tentang pengurusan wang yang betul kepada anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa seharusnya sentiasa menasihati anak mereka supaya tidak boros ketika berbelanja khususnya ketika melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Perkara ini penting untuk diterapkan dalam diri anak-anak kerana mereka mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya untuk keluar melepak di pusat membeli-belah dan pusat hiburan yang akhirnya akan menyebabkan pembaziran wang. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan dengan menasihati anak-anak supaya bijak mengatur perbelanjaan mereka dengan membeli barangan yang diperlukan sahaja. Dalam masa yang sama, budaya menabung juga perlu disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi walaupun dengan jumlah yang sedikit, kerana bak kata pepatah, “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.

Lain-lain27.01.2021
saya sering tertanya-tanya kenapa bahasa kita,Bahasa Malaysia selalu berubah-ubah dari masa ke semasa,seolah-olah tiada satu pendirian sebagaimana Bahasa Inggeris.sebagai contoh ejaan, kalau dulu dari ejaan lama ke ejaan baru,kemudian kembali ke ejaasn baeu semula.satu lagi contoh yang paling senang ialah penggunaan 'Bahasa Malaysia' dan 'Bahasa Melayu'.dulu pernah digunakan Bahasa Malaysia,ditukar kepada Bahasa Melayu, kemudian diguna kembali Bahsa Malaysia.? ini memberi kesan terutamanya para pelajar yang mungkin akan ketinggalan dengan perubahan terkini bahasa kita.mungkin pihak DBP boleh jelaskan dan mungkin juga dapatkan satu jalan penyelesaian.terima kasih

Bahasa Melayu sebagai bahasa moden sentiasa berkembang dan menerima tempias dengan persekitaran luar terutamanya kemajuan sains dan teknologi yang memungkinkan bermacam-macam. Selagi bahasa Melayu itu hidup dan berkembang sedikit sebanyak akan mengalami perubahan sama juga seperti bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa moden yang lain. Perubahan itu datangnya daripada pelbagai faktor termasuklah faktor politik. Kerajaan mengumumkan penggunaan iatilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia atas alasan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia, tetapi pada dasarnya bahasa Melayu tetap digunakan untuk tujuan ilmu dan peradaban.

Lain-lain28.10.2009
Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara. Baru-baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakah masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap dan menjawat jawatan yang setaraf dengan kelayakan saya lebih-lebih lagi kos taraf hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Terima Kasih

Sdr,

Terlebih dahulu saya ingin mengcucapkan tahniah di atas kejayaan sdr terpilih untuk menjawat jawatan tersebut. Sdr sewajarnya memanfaatkan peluang ini dalam keadaam pasaran kerja yang tidak begitu baik pada masa kini.

 

Sebagai makluman sdr, tidak ada sebarang jaminin bagi mana-mana penjawat jawatan bertaraf sambilan untuk diserapkan ke dalam jawatan bertaraf tetap. Ia merupakan proses pengambilan pekerja yang berasingan. Untuk itu, sdr perlu mengemukakan permohonan untuk menjawat jawatan tetap dan harus melalui proses temu duga dan sebagainya dan akan dipertimbangkan sebagaimana pemohon lain. Pemilihan adalah berasaskan kelayakan dan merit.

 

Walau bagaimanapun, sebagai penjawat bertaraf sambilan, sdr mempunyai kelebihan sedikit berbandign calon lain kerana sdr telahpun mempunyai pengalaman kerja dan mengetahui serba sedikit tentang fungsi, dan kaedah kerja di DBP yang dapat membantu sdr dalam temu duga kelak.

Lain-lain28.10.2008
Rose Merah Nov 28th, 1:36am Salam sejahtera, sy ada sedikit soalan, apakah peranan subjek bahasa melayu di sekolah? Jika subjek agama berperanan bagi mendidik akhlak dan mengenal hukum , jika subjek sejarah adalah bagi melahirkan masyarakat yg tahu tentang peristiwa2 penting bagi membentuk suatu kesedaran dan pengajaran serta boleh menjadi alat kepada buah fikiran masyakat dlm suatu keadaan, matematik digunapakai , dipraktikkan bagi urusan kira2 dalam kehidupan harian, tp bagaimana pula dgn peranan subjek bahasa melayu? Bukankah orang melayu sememangnya tahu berbahasa melayu? Pembelajaran adalah kaedah bagi merubah ketidaktahuan kepada pengetahuan, dan apabila sy yg yakin, sememangnya ada peranan subjek bahasa melayu tersebut dalam kehidupan harian,bukan hanya sekadar memperkenalkan apa itu 'bahasa melayu' bukan? Apa yang saya nampak disini , ramai penulis2 muda yang menulis tanpa mengambil berat mengenai tatanan kata2, tatabahasa rosak, dan bagi mereka ianya tidak penting , dan sy percaya, ketaksedaran inilah yang menjadi alasan mengapa subjek bahasa melayu diperkenalkan disekolah. Jadi, saya harap tuan/puan beri pencerahan kpada sy, apa lagi peranan subjek ini kepada masyarakat terutama kepada sy yg cintakan 'bahasa ibunda' ini.Bahasa merupakan wadah atau alat untuk menyampaikan buah fikiran atau dalam maksud yang lebih luas bahasa merupakan alat menyebarkan ilmu. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu dan bahasa pengungkap peradaban dalam sebuah tradisi ilmu agung yang berkembang beribu-ribu tahun lamanya. Sistem pendidikan negara yang berbahasa pengantar bahasa Melayu telah membentuk suatu kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai, dan pandangan sarwa dalam kalangan generasi muda Malaysia, selain terbentuknya budaya berbahasa yang relatif seragam. Penulis terkenal dalam bahasa Melayu merupakan seniman yang menggunakan perkataan, ayat dan tanda baca. Seni penulisan menjadi ujian dan ukuran kepintaran seseorang penulis melahirkan buah fikirannya. Dalam hal ini, kemahiran berbahasa Melayu tinggi amat penting bagi menjamin kelestarian berbahasa. Apa-apa jua bahan yang didokumenkan pada masa kini, termasuklah penulisan dan penerbitan dalam pelbagai genre akan menjadi citra kepada generasi yang akan datang dalam menilai keutuhan pembinaan tamadun bangsa. Maka, di sinilah letaknya kepentingan bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu telah berjaya dan terbukti dalam mengungkapkan segenap bidang ilmu termasuklah matematik, sains, teknologi, perubatan, kejuruteraan, pengurusan, kedoktoran, undang-undang, perakaunan dan diplomatik.Lain-lain28.11.2015
1. Tuan, dalam konteks Malaysia, adakah singkatan "Ir." bagi Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia) dan lulusan universiti tempatan atau United Kingdom merujuk kepada gelaran "Insinyur" atau "Ingenieur"? Di Eropah, singkatan "Ir." adalah untuk gelaran "Ingenieur". Bukankah istilah "Insinyur" berasal dari Bahasa Indonesia dan bermaksud sarjana keteknikan lulusan negara tersebut? 2. Seperkara lagi, apakah sebutan yang betul untuk singkatan "Ir."? Apakah ianya disebut dengan nama penuh "Ingenieur/Insinyur" atau I R (disebut dengan dua huruf ini sahaja) kerana dalam sesetengah majlis rasmi ada pengacara majlis menyebutnya dengan sebutan I R sahaja. Dalam masa yang sama, singkatan "Dr." tidak pula disebut D R tetapi dengan nama penuh "Doktor".Dalam Kamus Dewan, ejaan "Ir" dilabelkan sebagai bahasa Indonesia dan kependekan bagi Insinyur. Sedikit maklumat yang kami peroleh, mengikut amalan di negara kita gelaran "Ir" d iberikan kepada jurutera bertauliah yang telah lulus ujian kelayakan profesional. Gelaran tersebut disebut mengikut ejaan huruf yang diwakili, iaitu Ir (I.R) sama seperti Ar (A.R) bagi Arkitek, berbeza dengan amalan di negara jiran kita yang menyebut dengan ejaan penuh Insiyur. Untuk amklumat lanjut, tuan boleh menghubungi pihak Lembaga Jurutera Malaysia, pihak yang berwenang dalam hal berkenaan.Penyemakan dan penterjemahan18.10.2015
Tuan, apakah beda antara "puas" dengan "berpuas"? Pada saya, beda dua kata itu hanya golongan kata, iaitu "puas" sifat dan "berpuas" perbuatan tiada melampau kerana telah ditambahi awalan ber- pembentuk perbuatan tiada melampau. Dalam Tatabahasa Dewan pada halaman ke-169, apabila sifat rasa seperti gembira, sedih bergabung dengan awalan ber-, ber- bermaksud berada dalam keadaan sifat rasa itu. Maka bermaksudlah "berpuas" berada dalam keadaan puas. Saya tidak melihat beda makna antara "puas" dengan "berpuas", hanya cara penggunaan kedua-dua kata dalam ayat mungkin sedikit lain. "Berpuas" bermaksud berasa puas, maka berpuas kepada jayanya dalam peperiksaan = berasa puas kepada jayanya dalam peperiksaan. Kalau digunakan kata "berpuas", digunakan kata "berpuas" sahaja, iaitu "berpuas kepada jayanya dalam peperiksaan" tetapi jika yang digunakan "puas", mungkin perlu disertakan kata "berasa", iaitu "berasa puas kepada jayanya dalam peperiksaan" kerana berasa puas = berpuas. Namun begitu, tanpa kata "berasa", saya tidak melihat kesalahan frasa "puas kepada jayanya dalam peperiksaan" kerana jika cerita frasa sifat "puas" dapat diluaskan dengan frasa sendi nama keterangan "kepada jayanya dalam peperiksaan". Saya telah mengetahui bahawa kedua-dua kata ini bermakna serupa dan golongan kedua-dua kata ini berbeda, yang hendak saya soalkan: adakah "puas" dan "berpuas" ini senjang kaedah penggunaannya dalam ayat? Bolehkah tuan menunjukkan kesenjangan tersebut?Awalan beR- membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif sama ada berpelengkap atau tanpa pelengkap. Pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar seperti bertukar dan bersenam. Namun begitu terdapat juga pengertian khusus, bergantung pada golongan perkataan tertentu seperti bercukur, bertumbuk dan bertulis. Kata kerja bermain membawa maksud yang terkandung dalam kata dasar main. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang menandai masa perbuatan didahului dengan perkataan telah, sedang dan akan. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat yang dapat menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan, maka perkataan telah, sedang dan akan boleh digugurkan. Contohnya ayat Ahmad sedang bermain bola sepak di Stadium Bukit Jalil menunjukkan perbuatan itu sedang dilakukan dan ayat Ahmad bermain bola sepak di stadium semalam, tidak perlu lagi didahului kata telah.
Tatabahasa22.12.2016
1
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,