Kata |
Takrif |
Sumber |
iklim sederhana | (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peleraian sederhana(medium resolution) | Mutu dan ketepatan perincian paparan grafik yang sederhana akibat paparan mempunyai jumlah piksel yang sederhana berbanding dengan ruang paparan. Imej pada paparan akan kelihatan lebih jelas tetapi akan tetap bergigi sedikit. | Kamus Komputer |
sederhana | 2 tidak banyak selok-beloknya; tidak sulit; mudah: Gunakanlah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah difahami orang. | Kamus Pelajar |
sederhana | 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; sedang: Pakaiannya ~ sekali. | Kamus Pelajar |
sederhana | menyederhanakan menjadikan sederhana (tidak keterlaluan). | Kamus Pelajar |
sederhana | kesederhanaan hal atau keadaan sederhana. | Kamus Pelajar |
iklim | 1. keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu tempat: Asia Tenggara boleh dibahagikan kpd tiga kawasan ~; ~ dingin (kawasan) berhawa dingin; ~ panas = ~ tropika (kawasan) berhawa panas; ~ sederhana (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); 2. ki suasana, keadaan: ~ politik negeri itu sudah mulai panas; pertama, bagaimana negara-negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi utk pembangunan mereka dlm ~ antarabangsa yg semakin memusuhi mereka; ketidakpastian terhadap ~ pelaburan; beriklim mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin); keikliman perihal iklim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sederhana | 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang: badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~; menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran; kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~; penyederhanaan perbuatan menyederhana-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan penyempurnaan terhadap Ejaan van Ophuysen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sederhana | 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; sedang: Pakaiannya ~ sekali. 2 tidak banyak selok-beloknya; tidak sulit; mudah: Gunakanlah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah difahami orang. menyederhanakan menjadikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan sederhana. penyederhanaan perbuatan atau hal menyederhanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sofistikated | 1. mempunyai cita rasa (perangai, tingkah laku, pandangan, dll) yg tinggi dan halus, bersifat kompleks dan halus (tidak bersahaja dan sederhana), canggih: keadaan kehidupan berubah dgn cepat dan pengalaman menjadi bertambah kaya, ~, dan menimbulkan cita-cita dan harapan baru; dia sudah berubah drpd seorang gadis yg sederhana kpd seorang gadis yg begitu ~ sekali; 2. mempunyai atau menunjukkan ciriciri dsb yg kompleks (moden, rumit, pelbagai, dsb), tidak ringkas atau sederhana, canggih: puisi Melayu moden mula mempunyai variasi dgn persoalan yg kompleks dan ~; muzik yg ~; mesin jahit model baru yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
average | n 1. standard regarded as ordinary, sederhana: his ability is above (the) ~, kebolehannya lebih drpd sederhana; below (the) ~, kurang drpd sederhana; 2. normal rate, degree, amount, etc, pukul rata, rata-rata: he smokes an ~ of twenty cigarettes a day, rata-rata, dia menghisap dua puluh batang rokok sehari; 3. arithmetic mean, purata, pukul rata, hitung panjang: the ~ of 2, 4 and 6 is 4, purata bagi 2, 4 dan 6 ialah 4; law of ~s, hukum purata; on /an, the/~, pukul rata, hitung panjang, purata: on an ~ he comes in about three times a week, pukul rata, dia datang tiga kali seminggu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abstemious | adj 1. (of person, habit) sangat sederhana makan minumnya: a man of ~ habits, orang yg sangat sederhana makan minumnya; 2. (of meal, diet, etc), (sangat) sederhana. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
homely | adj 1. simple and plain, sederhana: a ~ meal, hidangan yg sederhana; 2. like home, spt di rumah: the hotel had a ~ atmosphere, hotel itu mempunyai suasana spt di rumah; 3. domesticated, suka duduk di rumah: shes the ~ type, dia jenis suka duduk di rumah; 4. (US) ugly, hodoh: a ~ and awkward youth, anak muda yg hodoh dan canggung kelakuannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
average | adj 1. usual, typical, biasa: the ~ Malaysian, orang Malaysia biasa; the ~ skin, kulit yg biasa; 2. middling, ordinary, sederhana: a boy of ~ height, budak lelaki yg sederhana tingginya; her results are only ~, keputusannya sederhana sahaja; 3. equal to arithmetic mean, purata, pukul rata, hitung panjang: ~ cost, kos purata; ~ speed, kelajuan purata; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
intermediate | adj in between, a. (gen) pertengahan: ~ course, kursus pertengahan; b. (of distance) sederhana: ~ range missile, peluru berpandu jarak sederhana; c. (econs) pertengahan; ~ term financing, pembiayaan jangka perte-ngahan; d. (biol) perantaraan: ~ cell, sel perantaraan; e. (geog) antara, antaraan: ~ rocks, batu antaraan; ~ standard time, waktu piawaian antara; f. (chem) perantaraan: ~ compound, sebatian perantaraan; g. (med) perantaraan: ~ host, perumah perantaraan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
chaste | adj 1. virtuous, suci: a ~ life, kehidupan yg suci; 2. simple, sederhana: a ~ style of writing, gaya penulisan yg sederhana; 3. (of speech) bersopan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cruising | adj 1. (of speed) sederhana; 2. travelling at random, a. (of taxi-cab) lalu-lalang, berulang-alik; b. (of patrol car) meronda. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
climate | n 1. iklim: a mild ~, iklim sederhana; equatorial ~, iklim khatulistiwa; desert ~, iklim gurun; 2. (fig.) suasana, iklim: a good ~ for investment, suasana yg baik utk melabur; a healthy, political ~, iklim politik yg sihat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
anomy, anomie | n anomia: acute ~, anomia genting; simple ~, anomia sederhana. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bucolic | adj kekampungan, kedesaan; (liter.) bukolik: a simple ~ life, kehidupan yg sederhana dan kekampungan; ~ poetry, puisi bukolik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
comminution | penyerbukan | Herba | Tiada | Proses untuk mengurangi saiz zarah bahan herba secara fizikal atau mekanikal, seperti pemotongan dan penggilingan. Proses ini dilakukan untuk menghasilkan bahan serbuk herba bagi memudahkan pemprosesan selanjutnya. Saiz zarah dikelaskan sebagai kasar, sederhana kasar, sederhana halus, halus dan sangat halus berdasarkan ukuran saiz pengayak yang telah ditetapkan. Sinonim penghancuran. |
moderate disease | penyakit sederhana | Kesihatan Awam | Tiada | Penyakit dengan gejala yang sederhana. |
medium-risk exposure | dedahan risiko sederhana | Kesihatan Awam | Tiada | Keadaan bahaya pada tahap sederhana yang dihadapi oleh individu atau kelompok individu apabila terdedah kepada rembesan cecair daripada pesakit yang dijangkiti tanpa salah seorang individu tersebut menggunakan kelengkapan perlindungan diri. |
medium-chain triglyceride (mct) | trigliserida rantai sederhana | Sains Kesihatan | Tiada | Lemak yang terdiri daripada asid lemak rantai pendek dan sederhana. |
medium cost house | rumah kos sederhana | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Rumah kediaman yang dibina untuk pasaran terbuka dengan harga yang sederhana. |
pastoral | pastoral | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memerikan keadaan hidup desa yang sederhana, tenang, unggul, nostalgik dan secara tidak langsung mengkritik kehidupan kota. Puisi ini biasanya membawa unsur yang berikut: (a) Dialog atau pertandingan nyanyian antara dua orang gembala kambing. (b) Monolog yang berupa mimpi atau angan-angan gembala kambing. (c) Percintaan desa yang gagal atau berjaya. (d) Ratapan kematian seorang gembala kambing. Pada Zaman Renaissance, pastoral menjadi lebih mantap dengan membawa tema daripada kitab Injil dan kehidupan desa untuk menyampaikan mesej yang serius. Pastoral menggunakan unsur latar dan suasana daripada kedua-dua sumber tersebut untuk tujuan satira. Contohnya, Shepherds Calendar oleh Spenser dan Shepherds Week oleh John Gay. Sesetengah penyair menggunakan pastoral untuk menggambarkan kehidupan yang sederhana, contohnya karya bertajuk Lycidas oleh Milton dan Michael, dan A Pastoral Poem oleh Wordsworth. Pastor berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud gembala kambing. Lihat juga idil. |
medium building | bangunan sederhana | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
medium-term finance | pembiayaan jangka sederhana | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
medium density fibreboard | papan gentian ketumpatan sederhana | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan kayu yang dihasilkan dengan cara menghancurkan kayu keras atau sisa kayu lembut ke dalam gentian kayu dengan mencampurkan lilin dan pengikat resin untuk membentuk panel seperti papan. Papan ini kemudiannya dimampatkan dengan suhu dan tekanan tinggi dan dikemaskan menggunakan venir kayu. Kepingan papan ini banyak digunakan untuk membuat perabot atau dinding kerana sifatnya yang mesra alam, murah dan mempunyai ukuran yang tekal dan tetap serta mudah lentur |
fielded panel | panel timbul | Kesenian | Hiasan Dalaman | Panel sederhana yang timbul pada bahagian tengah permukaan rata pada perabot, pintu, panel dinding atau siling. Panel ini biasanya diperbuat daripada kayu. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
sedong | sederhana sedang | - | - | - | - | - | - | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sederhana | sederhana [sdrhana] | Melanau Dalat | |
padak IV; ~ ji | sederhana; 1 tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: sebet jalak ayat wak ~ gak aneak sekul dibak buat satu ayat yg sederhana utk murid sekolah rendah; 2 sedang, biasa: biyaihsiyen ~, nda mesei nda bigieh badannya sederhana, tidak ge | Melanau Mukah | |
sederhana | sadahanak. | kedayan | |
sederhana | lihat padak IV. | Melanau Mukah | |
marung | sederhana | TETAW | |
tengahan | sederhana, tidak lebih dan tidak kurang, biasa, sedang. | Melanau Mukah | |
semeta | sj tempayan bertudung yg sederhana dibuat drpd tembikar atau logam. | Melanau Mukah | |
zon | zon; 1 salah satu drpd lima bahagian di permukaan bumi, mintakat: ~ lasuk zon panas; ~ padakji zon sederhana; ~ singuoh zon sejuk; 2 kawasan yg mempunyai sifat tertentu utk tujuan tertentu, daerah, mintakat; 3 kawasan atau daerah yg berada di bawah sekata | Melanau Mukah | |
kanan | tempayan; ~ batou tempayan yg besar, kecil mulutnya; ~ belanai tempayan yg besar dan tinggi, mulutnya besar boleh diisi dgn 30 gantang beras; ~ bujuong jenis tempayan yg besar, berwarna kehitam-hitaman, mulutnya kecil; ~ gusi tempayan yg sederhana besar t | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
irun Ib | sejenis tempayan sederhana besar dan berwarna hitam. | Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tajau binukul Mr | sejenis tempayan, bersaiz besar, sederhana tinggi, ada yang berwarna kehitam-hitaman. | Err mereka mau tajau tiluan empat buah, jelas ibunya teragak-agak. "Tajau binukul pula, enam buah. Dan tajau balayung, tajau malalair, masing-masing lima buah. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tajau tiluan Mr | sejenis tempayan yang bersaiz besar dan sederhana tinggi. | Err mereka mau tajau tiluan empat buah, jelas ibunya teragak-agak. "Tajau binukul pula, enam buah. Dan tajau balayung, tajau malalair, masing-masing lima buah. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
begagung, *gagung* Ib | baju tanpa lengan (pakaian tradisional lelaki Iban). | Seorang lelaki yang kelihatan gagah perkasa tapi mempunyai susuk badan yang sederhana besar pun datang. Dia memakai gelang manik, pedang di pinggang dan begagung. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb sekata dengan ira yang lurus atau bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 800 kg/m 3 hingga 925 kg/m 3 . Kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Alan batu mudah dikerjakan, dikemas siap, dikeringkan dan sederhana tahan. Alan batu digunakan untuk lantai, papan panel dan kayu kumai serta pembuatan perabot dan perahu. (HUT) alarima (alarima) Celah di antara dua paraglosa pada serangga. (BIO) alate (berala) Berkaitan
|
Kamus Thai 2.indb memasukkannya ke dalam karung. ปาท ่ องโก ๋ [pa:tko:] น cakoi ปาน 1 [pa:n] น tanda lahir ปาน 2 [pa:n] ดู ประดุจ ปานกลาง [pa:nkla:] ว sederhana: บ ้ านของเขาไม ่ ใหญ ่ โตขนาดปานกลางเท ่ านั้ น Rumahnya tidak besar, sederhana sa- haja. ป ่ าน [pa:n] น abaka ป ้ าน [pa:n] ว tumpul ป ้ าย 1 [pa:y] น papan iklan ป ้ าย 2 [pa
|
Kamus Thai 2.indb เจ ้ าภาพ [-pa:p] น tuan rumah: หอการค ้ า จังหวัดปัตตานีเป็นเจ ้ าภาพการสัมนาเรื่ อง การลงทุนในอุตสาหกรรมขนาดเล็กและกลาง Dewan Perniagaan Wilayah Pat tani menjadi tuan rumah seminar pelaburan dalam industri kecil dan sederhana. เจ ้ ามือ [-m:] น 1 (การพนัน) tauke judi 2 tukang bayar: เขานั่ นแหละที่ เป็นเจ ้ ามือ เลี้ ยงอาหารเที่ ยงวันนี้ Dialah yang men jadi tukang bayar makan tengah hari untuk pecah ama nah seorang ahli politik. ดำเนินชีวิต [-ci:wi t] ก menjalani hidup: ชาวบ ้ านที่ นั่ นดำเนินชีวิตอย ่ างเรียบ ง ่ าย Orang kampung itu menjalani hidup secara sederhana. ดำรง [damro] ก 1 menegakkan: ผู ้ พิพากษาเป็นผู ้ ดำรงไว ้ ซึ่ งความยุติธรรม Hakim merupakan orang yang menegakkan keadilan. 2 mengekalkan: ดำรงอ ั ตล ั กษณ ์ ไทย mengekalkan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sederhana | [se.der.ha.na] | سدرهان |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sederhana. |
|
|