Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SEBUTAN

Sebutan ialah proses atau perbuatan

mengujarkan kata. Istilah sebutan juga

menerangkan cara-cara ujaran itu dilakukan.

Tingkat kejelasan sebutan dikenali sebagai

enansiasi . Kadang-kadang perkataan mungkin

mempunyai lebih daripada satu sebutan yang

boleh diterima. Sebutan yang boleh diterima ini

tersenarai dalam kamus.

UMUM
DAFTAR UMUM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

DAFTAR UMUM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU, pedoman umum dan panduan sebutan baku. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991. Buku ini diterbitkan untuk memudahkan para pengguna bahasa Melayu merujuk dan menyebut setiap perkataan dalam bahasa Melayu dengan betul seperti yang dieja. Buku ini mengandungi transkripsi sebutan bagi sejumlah lebih kurang 20 000 kata dasar, termasuk sebutan bagi beberapa kata terbitan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap perkataan dalam ejaan Rumi disusun menurut abjad dan disertakan transkripsi sebutan baku yang dipermudah untuk keperluan semua peringkat pengguna.

 

BAHASAKarya
TANDA DIAKRITIK

Tanda diakritik ialah tanda yang digunakan pada

huruf abjad untuk menunjukkan sebutan atau makna

kata. Tanda diakritik adalah sebahagian daripada

ejaan dalam banyak bahasa. Dalam bahasa Inggeris,

sesetengah kata yang dipinjam daripada bahasa-bahasa

lain menggunakan tanda diakritik, tetapi tanda

diakritik digunakan terutamanya dalam kamus untuk

menunjukkan sebutan kata.

UMUM
KADAR PERTUKARAN

Kadar pertukaran ialah mata wang sesebuah

negara yang dinyatakan dalam sebutan mata wang

negara lain.

UMUM
SIRI

Siri dalam matematik, ialah jumlah urutan sesuatu

bilangan. Contohnya, set nombor 2, 4, 6, 8, 10

membentuk satu urutan. Jika anda menambah

nombor ini, ia membentuk siri 2 + 4 + 6 + 8 + 10.

Satu urutan boleh merupakan mana-mana set

sebutan (ungkapan nombor atau algebra) yang

disusun dalam tertib tertentu. Satu contoh urutan

yang mempunyai sebutan algebra ialah a, ar, ar²,

ar³, ar4. Siri berkaitan ialah a + ar + ar² + ar³ + ar 4.

Satu siri seperti ½ - . mengandungi

sebutan positif dan negatif.

UMUM
THE MALAY SOUND SYSTEM

THE MALAY SOUND SYSTEM, buku yang menghuraikan sisitem bunyi bahasa Melayu. Buku setebal 132 halaman ini ditulis oleh Yunus Maris dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. pada tahun 1980. buku ini digunakan untuk mengajar sistem sebutan bahasa Melayu di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Buku ini diperlengkapkan dengan latihan untuk mengajar sebutan bahasa Melayu di Amerika Syarikat pada tahun 1962. Naskhah siklostil diterbitkan pada tahun 1966.

BAHASAPenerbitan
TORAJA

TORAJA, satu kelompok etnik di Sulawesi Selatan, Indonesia. Perkataan toraja berasal daripada suku kata tau atau to yang bererti orang dan raja atau riaja bererti di sebelah atas atau pergunungan. Sebaliknya orang yang tinggal di pesisir pantai disebut to-lu atau to-lu-wu, sebagai sebutan terhadap penduduk menurut tempat pemukimannya. Selain orang Toraja yang bermukim di daerah Tana Toraja, terdapat juga orang Toraja yang bermukim di Mamasa dalam kabupaten Pole wzli-Mamasa (Polmas). Sebutan Toraja digunakan juga oleh pemerintah Hindia dan Belanda pada abad ke-19, yang ditujukan kepada banyak kelompok kaum yang tinggal di wilayah Sulawesi Selatan dan di wilayah Sulawesi Tengah.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU

PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU, usaha merancang dan menyelaras ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, tatabahasa, istilah dan kamus untuk bahasa. Perancangan korpus bahasa Melayu bermula sejak adanya individu berusaha membina ejaan, tatabahasa dan menyusun kamus serta istilah untuk bahasa Melayu.

BAHASABahasa
SINGGORA

SINGGORA, kerajaan Melayu Islam yang pernah wujud pemerintahannya selama beberapa ratus tahun di selatan Thailand.  Kini, ia merupakan salah sebuah wilayah Melayu-Islam dan lebih dikenal dengan sebutan Siam sebagai Songkhla.  Sejarah awalnya dikaitkan dengan sebuah tempat yang dipanggil Chihtu atau Tanah Merah dalam catatan tradisi awal China pada abad ke-6 M. dan abad ke-7 M.  Singgora juga disebut dengan berbagai-bagai nama dan ejaan seperti Singor, Sangora, Sanjura, Senggora, Sung-kra dan Sung-ka.  Sejarah Melayu merakamkan serangkap pantun mengenai Singgora.  Telur itek dari Singgora.  Namun begitu, seperti juga nasib negeri-negeri Melayu yang lain di utara Semenanjung Tanah Melayu yang menerima pengaruh penjajahan Siam, nama Singgora dan budaya Melayunya semakin luput.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KIBLATKIBLAT, majalah bercorak keagamaan.  Majalah ini diterbitkan pada bulan Ogos 1970 oleh Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur.  Majalah ini bermotokan Ke arah cita-cita bertakwa.  Majalah ini diterbitkan dalam tulisan Jawi berukuran 21 cm x 28 cm; mengandungi lebih kurang 40 muka surat.  Majalah ini diterbitkan sebutan sekali, pada setiap akhir bulan.SASTERAKonsep
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebutan;